#Gara2 Mayra

19 2 2
                                    

Majlis pertunangan Zareef meriah gila,cemburunya aku,nampak dia tersenyum manis lagi buat aku cemburu,walau keluarga Rafeeq ada tapi aku banyak diam,tak laratnya aku melihat kebahagiaan orang lain yang dulunya milik aku,mengeluh aku lalu berjalan kedapur,aku tuang air dalam gelas lalu teguk rakus,jantung aku berdegup laju maknanya aku tengah marah,marah dengan keadaan sekelilingku

"kenapa la aku ada kat sini"kataku sendiri

"cakap sorang2?"aku berpaling Jo dekati aku,tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya buatkan dia nampak segak,walau lelaki ini baru je 15 tahun

"saja,biar la nak kata apa,tak kisah dah"kataku

"marah nampak"aku diam,aku pusing mengadap gelas yang aku letak tadi,berdecit mulut aku bila rasa ni tak nak hilang

"kenapa?dari minggu lepas lagi akak macam ni,akak ok ke?"aku ketawa sedikit

"kau rasa akak ok ke?"tanyaku inginkan kepastian,Jo angkat bahu

"dia senang2 bertunang dengan orang lain,kenapa sebelum ni dia tak boleh terima akak?"Jo masih diam mendengar

"kan bagus akak tak terima dia dulu"kataku lagi

"akak cemburu?"tanya Jo

"yes I am,majlis meriah,bertunang dengan awek cantik siapa tak cemburu?akak cuma anak angkat je"kataku

"kita sama la anak angkat"jawap Jo

"tapi kau anak kesayangan ayah juga"komenku Jo pandang aku

"tapi akak anak kesayangan ayah Redha,tak cukup ke?"aku terdiam,entah la,malasnya aku fikir,tapi otak aku ligat berfikir sekarang ni

"akak cemburu dengan abang Zareef jangan salahkan ayah Redha,bukannya ayah Redha nak semua ni jadi"aku masih diam

"entah la Jo,akak tak kisah pun sebenarnya tapi,akak geram kenapa dia buat akak macam tu"kataku Jo angguk2 kepala

"Jo faham apa akak rasa,kalau Jo kat tempat akak pun Jo akan marah juga,akak jangan la tunjuk marah akak pada ayah Redha,kesian Jo tengok ayah Redha serba salah dengan akak"aku mengeluh,betul kata Jo simpan je la rasa marah aku ni bukan salah ayah pun benda dah nak jadi kita tak boleh larang

"mana Tengku Zafuan?kenapa tak ada hari ni?"Jo angkat bahu

"entah katanya tak jadi balik sini,dah 2 minggu kat London sana"jawap Jo,bestnya pergi London,tak apa la Tengku pergi London tak la dia fikir pasal aku dengan Jeffry,terkedu juga aku dengar cadangan ayah Zalfian semalam,suruh Jeffry bagitahu dengan Tengku Zafuan supaya aku menikah dengan Jeffry secepat mungkin tak tertelan nasi yang aku kunyah,mahu ke Tengku Zafuan terima aku?terang lagi bersuluh dia memang dah tak suka,tak kan aku nak hadap dia lagi?macam mana aku tahu dia tak suka aku?Tengku Zafuan sendiri datang jumpa aku dengan semua bodyguard dia yang kenal dengan aku,bermaksud kawan dengan aku,dia sendiri bagitahu dengan aku kalau

"kau jangan dekat dengan anak aku lagi,sebenarnya aku tak suka kau,aku benci tengok muka kau"masa tu aku terkedu,kaku beku terus aku dengarnya,masa tu juga Eric dengan Jimy ada,mujur la cuma mereka saja kalau tak?mana aku nak letak muka aku?mana aku nak lari?baru aku tahu yang Tengku Zafuan cuma berlakon sukakan aku

"aku tahu kau cuma nak kan harta saja,kau bukannya betul2 suka dengan anak aku"sambung Tengku Zafuan air mata aku bergenang masa tu langsung tak boleh nak berkata2,lidah aku kelu terus membeku,hal tu dah 3 bulan lebih yang lalu

"tak sabar nak kawin ke?"laju aku pandang Jo disebelahku,telan air liur aku,ketawa aku sedikit cuba hilangkan resah didada

"tak ada la,mengarut je"jawapku Jo gelak2

NIKAHI AKU✔(Editing)Where stories live. Discover now