part 24: last hope

167 14 1
                                    

sekarang waktu makan malam dan aku bencikannya. Aku duduk sebelah jimin dan depan kitaorang omma appa jimin. Suasana sekarang agak tegang dan aku harap jimin tak memburukkan keadaan.

"hmmm.... appa..." Jimin bersuara

Tidak!!! Apa yang kau lakukan?!! Ini bukan masa yang sesuai!! Aku pegang  tangan jimin kat bawah meja. Aku geleng kepala sebagai isyarat yang sekarang bukan masa yang sesuai.

"Wae? ada apa-apa yang tak kena kena ke jimin?" appa dia tanya

Jimin geleng. Nasib baik sempat halang dia. Aku takut kalau jimin tanya sekarang, appa dia tak selera nak makan dah.

---------------

Aku, jimin dan appa dia kat ruang tamu. Waktu keluargalah katakan sekarang. Aku rasa sekarang waktu yang terbaik untuk berbincang. Baik aku mulakkan dulu sebab Jimin jenis panas baran, jadi aku tak rasa ianya akan berakhir dengan baik.

"Mr.Park , saya nak tanya sesu...." 

"Betul ke Jimin dan Yebin adik beradik?!" Jimin potong ayat aku.

Appa jimin hanya pandang bawah.

"Jadi betullah. Kenapa appa rahsia kan?!" jimin kata dalam keadaan marah.

"Jimin, tolong bertenang. Bagi Mr.Park terangkan" aku cuba tenangkan jimin.

Jimin mula berdiri dan aku halang dia dari melepaskan kemarahan. Aku pegang tangan dia dan tarik dia untuk duduk. Apapun jawapanya, Jimin kena belajar menerimanya.

"Sebenarnya... kamu berdua bukan adik-beradik. Jimin, appa faham kenapa kamu marah. Kamu terlalu sayangkan yebin lebih dari kasih sayang adik-beradik."

Walaupun itu jawapan yang sudah cukup untuk jimin dengar tapi tak cukup bagi aku. Siapa appa aku kalau bukan appa jimin?

"Jadi.... Siapa appa yebin?" aku tak pandang appa jimin.

"mianhae yebin, pak cik tak nak cakap benda buruk pasal omma yebin" dia cuba sembunyikan sesuatu.

"apa pun jawapannya, yebin ada hak untuk tahu kebenarannya." aku mula hilang sabar.

"baiklah, pak cik cerita tapi ini sebab kamu yang nak. Omma kamu ada hubungan sulit dengan lelaki lain dan.... dan... terlanjur. Lepas itu, Omma kamu mula sebarkan berita palsu dan bagitahu pakcik yang buat. Waktu tu, pak cik dah kawin dengan omma jimin kat luar negara jadi ramai yang tak tahu pakcik dah kawin. Pakcik kawin dengan omma kamu 5 bulan sebelum kamu lahir sebab kesian. Omma jimin rasa kesian jadi dia rela bermadu. Pakcik bercerai dengan omma kamu sebab pakcik sedar yang omma kamu mula pergunakan pakcik sebab duit. Pakcik rasiahkan sebab tak nak burukkan nama omma kamu." 

Penerangan appa jimin menyebabkan air mata aku mengalir. Tak sangka yang omma seteruk itu. Jimin peluk aku dengan erat. Tak sangka aku yang balik mengis selepas dengar jawapannya. 

"mianhae yebin." 

"bukan salah Mr.Park  , jadi tak perlu minta maaf. Yebin yang nak dengar semua ni" Aku lap air mata.

"Kalau nak tahu, appa tiri yebin sebenarnya appa kandung yebin" 

Aku bangun dan masuk ke dalam bilik. Jimin kejar aku dari belakang. Aku baring kat atas katil dan terus tutup mata. Aku perlu tenangkan fikiran aku dari semua ni. Aku rasa aku yang tak dapat terima kenyataan.

"chimchim sentiasa ada untuk bimbim" Jimin peluk aku dari belakang.

------------

 Lepas beberapa hari, aku pulang ke rumah. Aku berbincang dengan omma dan appa untuk beberapa hari. Mestilah aku tak bawak jimin sebab ni hal keluarga. Aku ambil masa bermingu-minggu untuk terima semua ni.

Lepas aku terima segalanya, Omma dan appa adakan perkawinan. Walaupon dulu aku bencikan appa tiri aku... maksud aku.. appa kandung aku, tapi sekarang aku manusia paling gembira bila lihat dia orang berkawin.

Hubungan Omma dan aku lebih rapat sekarang. Hubungan aku dengan jimin? happy tapi sakit hati. Tapi tu yang buatkan hubungan kami istimewa.

-the end-

patutnya part ni post bulan lepas tapi sebab wattpad buat hal tak nak publish  dan hilangkan part ni banyak kali. THANKS WATTPAD!!!! SUKA SANGAT BILA PART NI KENA BUAT BALIK!!!

apa pon , sorry kalau ending tak best. Jangan risau, admin akan tulis balik buku ni. Doa kan buku 2 untuk cerita ni. BYE~

 BYE~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rough Girl VS Byuntae Boy (Complete)Where stories live. Discover now