01,

649 41 22
                                    


" Ha , kantoilah usya ! " Suara Soo Jung yang sememangnya boleh membuatkan dunia ini bergegar mengejutkan Hae Jung yang sedang termenung ke luar tingkap . Soo Jung berada ditempatnya yang bersebelahan Hae Jung . Ini membuatkan Soo Jung mudah untuk melihat segala gerak geri rakan baiknya itu . Hae Jung memandang Soo Jung dengan muka tidak puas hati . Usya sapa pula ni ?

" Kantoi usya Kim Jong In ~~ " Soo Jung bersuara sambil melangkah mendekati tempat duduk Hae Jung yang hanya bersebelahan di tempat duduk Hae Jung . Soo Jung melabuhkan punggungnya di atas meja Hae Jung yang kosong memandangkan penselnya diletakkan di bawah mejanya .

" Kau usya dia kan ? dia kat bawah tu je " Hae Jung mengikut arah dimana jari telunjuk rakan baik sehidup semampos ditujukan . Memang benar , di bawah sana , ada Kim Jong In . Berada di padang memakai pakaian sukan . Bersama pelajar lelaki lain . Dan oh , ada Oh Sehun . Tetapi dia bukanlah usya mereka . Dia termenung kerana memikirkan makanan tengah hari apa yang akan dimasak ibunya nanti .

" Woi ! " Buat kali kedua , suara Soo Jung mengejutnya . Tetapi kali ini , bukan hanya suara sahaja , Soo Jung menghentak meja Hae Jung sekali bagi menyedarkan yang sedang mengelamun itu .

" Apa ? " Hae Jung memandang Soo Jung . Hae Jung meninggalkan pandangan indah di bawah sana . Indah ke ? Hanya sekumpulan pelajar lelaki di bawah sana , memakai pakaian sukan , mungkin indah kerana ada Oh Sehun di sana .

" Nak turun tak ? " Soo Jung menanya . Hae Jung baru teringat bahawa hari ini semua pelajar perlu turun ke padang untuk turut serta acara sukan tahunan . Tetapi ini baru latihan saje .

" Pergi lah dulu . Nak kemas barang jap " Hae Jung menyuruh Soo Jung supaya pergi tanpanya dahulu . Dia mahu berkemas sedikit . Berlambak buku berada di bawah mejanya ini . Dia harus membahagikan buku yang dia perlu bawa pulang ke rah untuk diulang kaji dan buku yang dia tinggalkan di kelas .

" Alright " Soo Jung melompat dari meja Hae Jung dan terus berlari anak keluar dari kelas . Hanya tinggal beberapa sahaja lagi pelajar yang berada di kelas . Dan semua itu adalah kaki buku , yang malas nak turun . Hae Jung berkemas . Dia meletakkan buku - bukunya di rak belakang kelasnya . Setelah itu , dia menoleh ke arah tingkap . Ingin melihat apa yang berlaku . Tidak semena - mena , bibirnya mengukirkan senyuman .

Hae Jung keluar dari kelas setelah sesi meng-usya tamat . Berbunga hatinya menuju ke arah bilik persalinan . Dia perlu menukar pakaiannya ke pakaian sukan . Agak tidak sopan untuk berada di padang dengan berpakaian sekolah , walaupun mungkin dia tidak akan terlibat dengan apa yang akan berlaku di padang nanti .

Ketika berjalan , Hae Jung terdengar bunyi sesuatu , dari arah kirinya . Kedengaran rintihan seseorang . Seperti kesakitan . Pada mulanya , Hae Jung ingin membiarkan sahaja perkara tersebut . Tetapi , rintihan kedua memberhentikannya . Dengan perlahan - lahan , dia melangkah ke tampar tersebut , belakang bilik persalinan lelaki , dia menoleh sedikit . Alangkah terkejutnya dia melihat seseorang sedang terbaring ke tanah . Mukanya penuh dengan carit - carit . Auch

Hae Jung tidak keruan . Dia kasihan kan pelajar tersebut . Patutkah dia laporkan kepada guru ? And yah , itu adalah jalan terbaik untuk semua ini . Tanpa buang masa , Hae Jung bergerak dari tempat tersebut dan ingin menuju ke bilik guru . Tetapi apalah nasib , kakinya tersadung pada pasu yang berada disitu dan menyumbangkan suatu bunyi .

Hae Jung buntu . Dia sedang terduduk di bawah dengan kakinya yang agak perit di bahagian buku lali . Terdengar sahaja bunyi derapan kaki seseorang . Terus sahaja dia bangun dan ingin menyorokkan diri . Hae Jung bangun tetapi kakinya sukar untuk bergerak . Derapan kaki tersebut semakin dekat . Semakin takut dirinya dengan semua ini . Dia cuba berjalan tetapi peritnya melawan segalanya .

Tiba - tiba , tangannya ditarik dan dibawa ke belakang . Tempat yang boleh menyorokkan diri . Mulutnya ditutup dengan sebuah tangan yang agak sasa . Hae Jung bersandarkan badan manusia tersebut . Dapat dirasakan degupan jantung manusia tersebut yang berdegup laju . Melihat sahaja tangan sasa itu , Hae Jung mengetahui bahawa manusia ini adalah manusia yang berjantina lelaki .

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now