guesssss who's here HAHAHAHAH—————
Hae Jung melangkah perlahan memasuki perkarangan sekolahnya. meskipun ujian kemasukkan kolej telah berakhir, sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa cuma waktu lapang tersebut akan digantikan dengan aktiviti yang telah disusun pihak sekolah.
Hae Jung mendaki anak tangga untuk ke kelasnya. satu satu anak tangga didakinya. kedengaran bunyi tawa dan keriangan para pelajar yang turut turun naik tangga melintasi Hae Jung yang masih sedang mendaki anak tangga.
mujur mereka masih mematuhi etika turun naik tangga iaitu mereka yang turun tidak boleh menggunakan laluan bagi mereka yang naik. maka Hae Jung tidak mengalami apa apa masalah dengan pendakian tangganya kerana semua pelajar tersebut hanya mahu menuruni anak tangga
pada tingkat terakhir, Hae Jung tersedar akan sepasang tapak kaki sedang mengganggu laluannya. Hae Jung mendongak.
Kyung Soo ?
Hae Jung mengerdipkan matanya beberapa kali bagi mentafsir apa yang sedang berlaku. sudah kenapa pula kyung soo ni?
"sehun asked me to pass you this" Hae Jung memandang barang yang sedang dihulurkan leh Kyungsoo. tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan olehnya. Hae Jung teragak-agak untuk menyambutnya, namun dia mengambil saja. mahu cepat beredar dari situ. takut takut pelajar lain nampak.
setelah itu, Kyung soo terus beredar tanpa mengucapkan sebarang kata. Hae Jung hanya terpana disitu. Hae Jung mengerling ke arah pegangannya.
"a phone?"
———
Hae Jung masuk ke kelasnya. riuh rendah dengan suara kawan-kawan sekelasnya bergelak ketawa. dia mengerling ke arah Soo Jung yang sedang duduk di anjung tingkap kelasnya. terus dia melangkah ke arah Soo Jung setelah meletakkan begnya.
"buat apa?" Soo Jung mengerling ke arah Hae Jung. lolipop yang sedang dinikmatinya dikeluarkan seketika dari mulutnya sambil menunjuk sesuatu di luar tingkap.
Hae Jung memandang ke arah yang ditunjukkan Soo Jung. terlihat beberapa orang pelajar sedang bermain bola keranjang di court. apabila Hae Jung meneliti permainab itu, dia ternampak Jong In
"nampak tak?" tanya Soo Jung. Hae Jung hanya mencebik perlahan. setakat jong in, apa dia kesah.
"bukan Jong In. Sehun" nak terkeluar jantung Hae Jung mendengar apa yang dikatakan Soo Jung. bagaimana dia boleh tidak perasan?
Hae Jung merenung ke luar tingkap dengan lebih teliti. Ditelitinya satu persatu pemain bola keranjang tersebut. Hae Jung tidak dapat menangkap dimana Sehun kerana kebanyakan pemain itu mempunyai tinggi yang hampir sama.
"the one yang number 94 on his jersey tu ke?" tanya Hae Jung perlahan. setelah ditelitinya pemain berjersey 94. caranya berjalan, caranya bermain dan bentuk badan belakangnya sama dengan Sehun. Hae Jung hanya tersenyum nipis memandang Sehun yang sedang fokus bermain. sudah berapa lama dia tidak dapat memandang wajah itu. perasaan marahnya terhadap Sehun tiba tiba sahaja pudar sedikit. Hae Jung menyandarkan badannya sedikit ke anjung tingkap itu.
Hae Jung sedang merasa dirinya sebagai secret admire kepada Sehun. melihatnya bermain secara senyap. entahlah dirinya sendiri tidak daat mendifnisikan apa jenis hubugan yang berlaku antara dirinya dengan Sehun.