14,

187 26 6
                                    

guess who's coming back HAHAHAH


Hae Jung mengambil tempat di tempat duduk yang kosong. nota yang telah dia sediakan dibuka dan mula membacanya. gilirannya untuk menduduki peperiksaan lisan bagi english language akan tiba sekejap sahaja lagi. Soo Jung sudah mendudukinya semalam dengan beberapa rakan yang lain. mujurlah rakan rakan sekelasnya turut ada juga yang mengambil ujian itu hari ini. tidaklah dia berasa sedikit kekok menduduki peperiksaan dengan pelajar dari kelas lain, lebih lebih lagi dari kelas untuk golongan elite itu.

Pintu bilik peperiksaan itu dikuak perlahan dari dalam. Hae Jung 5sempat menoleh ke arah pintu. sedikit terkejut di hatinya melihatkan siapa yang masih di pintu itu namun perasaan itu segera dia padamkan.

"can i ?" mahu tercabut jantung Hae Jung mendengarkan sepasang suara itu. namun dia tetap menoleh. setelah beberapa saat, Hae Jung menangguk perlahan.

"im Luhan. Xi Luhan. Sehun's bro" Ujar Luhan setelah dia melabuhkan punggungnya di salah satu tempat duduk disitu. Namun dia menjarakkan kedudukan mereka. Hae Jung hanya menangguk perlahan pada mulanya namun setelah dia sedar, dia sedikit terkejut.

"Step brother. my father now used to be his father." Tidak dapat Hae Jung menahan untuk tidak membesarkan bebola matanya setelah mendenger kenyataan dari Luhan. agak tragik.

"know what? my biological father now is Sehun's uncle" ujar Luhan sambil menayangkan senyuman nipisnya.

"oh. how-how can you guys -?" Hae Jung mahu meneruskan pertanyaannya tapi dia tidak bagaimana untuk dia menuturkannya.

"we just put it behind. we are all human after all" ujar Luhan selamba. senyuman nipisnya masih tidak lengkang dibibir. Hae Jung hanya mengangguk perlahan namun rasa terkejutnya masih bertakhta disudut hatinya. tidak pernah dia menyangka bahawa Sehun berlatar belakangkan status sebegitu. masih banyak yang masih belum diketahui.

"emmmm. sa-saya nak tanya something boleh?" setelah lama mereka berdua mendiamkan diri, timbul disudut hati Hae Jung untuk menanyakan sesuatu. lagipula ramai pelajar pelajar kini sedang memberikan sepenuh perhatian kepada mereka berdua.

"sure. saya boleh cakap hangul" ujar Luhan sambil tersenyum lebar menyebut hujung akhirnya. lega dihati Hae Jung kerana tidak perlulah dia membelitkan lidahnya untuk bertutur dalam bajasa asing itu.

"em Sehun memang tak pandai cakap hangul eh?" tanya Hae Jung perlahan.

"se-sebab he always use english when we were having conversation"

"sh-short conversation"

Setelah Hae Jung merasakan bahawa dia telah diberi renungan yang agak tajam dari Luhan, terus dia tergagap gagap. Luhan hanya tergelak melihatkan tingkah laku Hae Jung.

"her mum is britain" ujar Luhan. Hae Jung hanya menangguk faham walaupun rasa terkejutnya masih dirasakannya. sebelum sempat Hae Jung menanyakan soalan seterusnya, pintu bilik peperiksaan itu dikuak dari dalam. Luhan dan Hae Jung menoleh perlahan.

Tidak dapat Hae Jung menyembunyikan perasaan takut serta gementarnya melihat renungan tajam yang diberikan oleh Jun Myeon. entah mengapa Jun Myeon perlu merenung sebegitu. macam nak makan orang je tengok.

rasa seperti peluh membasahi tangan Hae Jung ketika Jun Myeon melalui jalan berhadapan dengan dirinya dan Luhan. dapat Hae Jung rasakan aura yang kurang menyenangkan dari Jun Myeon.

"biarkan dia" Hae Jung tersentak mendengar kata kata Luhan. apa maksudnya?

"dia memang macam tu. serious memanjang, muka ketat tak tentu pasal" ujar Luhan yang seakannya sedang merungut tentang perangai Jun Myeon.

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now