09,

257 29 9
                                    

Hae Jung berlajan beriringan bersama Eun Ha disebelahnya. Mujurlah Eun Ha tidak berasa curiga atau apa-apa terhadap kejadian yang berlaku tadi. Mahu tercabut jantung nya mengingat kembali kejadian tersebut.

Mujurlah Eun Ha tidak banyak bertanya. Setelah Sehun berkata bahawa dia pergi ke kelas Hae Jung hanya untuk mengambil barang Jong In yang tertinggal. Eun Ha pula hanya mempercayai dengan apa yang dikata Sehun.  Tetapi Hae Jung pelik juga. Tidak mungkinlah Eun Ha langusng tidak nampak apa yang dilakukan mereka?

Hae Jung hanya mendiamkan dirinya. Niat di hati memang mahu bertanya, betulkah Eun Ha langsung tidak nampak apa-apa? Tetapi, Hae Jung takut pula benda lain akan terjadi.

Hae Jung dan Eun Ha melepasi gelenggang bola keranjang brsama-sama. Hanya suasana sepi yang menemani mereka. Hae Jung terdengar suara jeritan dari gelanggang bola keranjang tersebut.  Eun Ha berhenti dan menoleh ke arah gelanggang tersebut. Hae Jung hanya mengikut pergerakan Eun Ha .

Hae Jung mengecilkan matanya agar penglihatannya akan lebih jelas. Mungkin. Ianya sedikit sukar kerana pemain tersebut masih sibuk mendapatkan bola. Hae Jung menggigit bibirnya. Sampailah disatu ketika pemain tu mendapat bola tersebut lalu berlari perlahan sambil melantun-lantun bola tersebut pada lantai. Dia berhenti di luar kawasan D lalu melompat sambil melontar bola tersebut masuk ke dalam gelung. Dan ya, bola itu termasuk tepat ke dalam gelung itu. Beberapa pelajar lain pergi mendapat pelajar tersebut lalu memeluk pelajar tersebut. Setelah beberapa saat, semua berubah  seperti biasa. Semua pemain beralih ke kedudukan mereka semula. Pelajar tersebut turut bergerak pergi ke kedudukannya semula. Dalam perjalanannya, pelajar tersebut menoleh ke arah Hae Jung. Lalu bibirnya tersenyum nipis kearah Hae Jung dan terus berlari pergi ke kedudukannya.

Hae Jung terkejut dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.  Bagai hendak  tercabut jantungnya.  Mana tidaknya, pelajar yang dari tadi dia perhatikan tidak lain tidak bukan ialah Oh Sehun. Dia sangkakan bahawa Sehun sudah pulang ke rumah setelah bertemu dia dan ' Eun Ha' tadi di kelas. 

Mujurlah Eun Ha lansung tidak mengetahui tentang apa sahaja yang baru  berlaku tadi. Eun Ha masih lagi menyaksikan perlawanan tersebut dengan kyusyuknya. 

Mereka menyambung perjalanan mereka untuk keluar dari perkarangan sekolah. Setelah itu, mereka berdua mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain sebelum memasuki kenderaan mereka.

-

"Seriously Kim Hae Jung?" Hae Jung menoleh ke arah Soo Jung yang masih  menayangkan muka terkejutnya. Hae Jung hanya tersenyum nipis sambil menyelitkan rambutnya kebelakang telingan sebelum meneruskan makannya.

"Something fishy here" Ujar Soo Jung sambil mengusap lembut dagunya. Hae Jung menoleh ke arah Soo Jung. Makanananya diendahkan seketika. 

"Kau tak rasa ke yang.." Ujar Soo Jung dengan nada seakan tertanya tanya. Tangannya yang masih berada didagunya diusap lagi. Hae Jung yang berada disebelahnya mengangkat sebelah keningnya. 

"Eun Ha tau tapi dia buat buat tak tau?" Ujar Soo Jung sambil wajahnya ditolehkan ke arah sebuah meja yang terletak tidak jauh dari mereka. Meja yang diduduki oleh Eun Ha dan rakan rakannya yabg lain. Hae Jung turut mengikut pergerakan kepala Soo Jung.

Sebenarnya, Hae Jung juga ada terfikirkan tentang itu. Tetapi dia hanya biarkan sahaja kerana tidak mahu berburuk sangka terhadap orang lain

Soo Jung menoleh kembali ke arah mejanya. Kemudian dia menoleh ke arah Hae Jung yang seakan sedang terfikir dengan apa yang dikatakannya.

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now