08,

262 36 8
                                    


"Hae Jung, kau bertugas eh harini? Nak aku tunggu tak?"  Hae Jung menoleh ke arah Soo Jung yang sedang ralit mengemaskan barang-barangnya. Tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dia masukkan kedalam beg sandang kecil miliknya.

"Takpe. Takyah tunggu aku" Ujar Hae Jung sambil tersenyum nipis. Tidak sampai hati untuk menyuruh Soo Jung menunggunya.

"Serious ni?" Tanya Soo Jung semula setelah dia bangun dari duduknya. Kini dia berdiri dihadapan meja Hae Jung. Hae Jung hanya mengangguk perlahan.

"Hmm okay. Tapi kan, aku rasa akan ada orang lain yang akan teman kau nanti" Hae Jung mengangkat wajahnya. Dilihatnya kini Soo Jung sedang tersenyum seperti kerang busuk. Dah kenapa dia ni. Sawan ke apa

"Siapa?" Tanya Hae Jung. Sebelah keningnnya terangkat. Wajah Soo Jung masih dipandangnya. Soo Jung tersenyum naik ke tulang rusuk.

"Siapa lagi kalau bukan putera kau" Ujar Soo Jung sambil menjelirkan lidahnya ke arah Hae Jung. Hae Jung yang mendengarnya terus menaikan tangannya. Niat dihati mahu dipukulnya kawan sepuaka ni tetapi gagal kerana Soo Jung sudah awal-awal lagi berlari anak keluar dari kelas

Hae Jung hanya beri jelingan tajam kepada Soo Jung yang melepasi sisi kelasnya. Mahu sahaja dia baling meja dihadapannya ini tetapi bila difikirkan semula, tak sanggup dia menahan malu akibat menjahanamkan harta milik sekolah.

-

"Em, Hae Jung" Terus sahaja kepalanya tertoleh kearah pemilik suara yang memanggilnya. Senyuman turut diberikan olehnya.

"Hmm, kenapa Eun Ha?" Tanya Hae Jung. Penyapu sampah yang berada digenggamannya disandarkan pada salah satu meja dikelasnya. Setelah itu,dia menoleh kembali ke arah Eun Ha.

"Boleh tak awak tolong cabutkan carta-carta ni? saya nak pergi tandas kejap. nanti saya sambung sapu sampah,boleh?", Ujar Eun Ha sambil tersenyum sumbing. Jari telunjuk ralit menunjukkan carta yang manakah perlu dia cabuti.

"Boleh je. Awak pergila tandas dulu" Balas Hae Jung sambil tersenyum manis. Langkahnya menuju ke arah papan kenyataan dibilik darjahnya. Eun Ha yang mendapat maklum balas positif dari Hae Jung tersenyum. Tanpa berlengah, dia melangkah keluar dari kelas.

Hae Jung hanya melihat firgura Eun Ha keluar dari kelas. Hae Jung mengagak bahawa Eun Ha sedang sakit perut. Hae Jung ada terlihat Eun Ha mengusap-usap sekitar perutnya semasa mereka berdua berada didalam kelas untuk menyelesaikan tugas mereka memandangkan harini mereka berdua yang bertugas.

Hae Jung berpaling kearah papan kenyataan kelasnya. Terdapat beberapa lagi carta-carta yang belum dicabut. Selebihnya sudah dilakukan Eun Ha.

Tanpa berlengah,terus dia mulakan tugasnya. Jarinya lincah mencabut paku-paku tekan. Setelah itu, dia mengalihkan carta tersebut di atas meja guru. Perbuatan diulangi selama beberapa pusingan. Banyak sangat benda yang nak ditampalnya,inilah jadinya.

Setelah beberapa pusingan dilakukan, akhirnya tugasnya hampir menuju ke penamatnya. Hanya tinggal satu carta lagi yang perlu dia cabuti. Dengan perlahan, Hae Jung menjengketkan kakinya sedikit bagi memudahkan dirinya untuk mencapai ketinggian carta tersebut tertampal.

Tangannya dibawa menuju kearah carta tersebut setelah dirinya dapat diimbangkan dengan sempurna bagi menghalang berlakunya apa-apa kecedraan. Namun, belum sempat jarinya mencabut paku tekan tersebut, tiba-tiba ada sepasang tangan menghalang perbuatan tersebut. Jarinya kini berada dalam genggaman si sepasang tangan tersebut.

Wajahnya ditolehkan bagi melihat siapakah pemilik tangan tersebut. Alangkah terkejutnya dirinya apabila dia mengetahui siapakah si pemilik tangan tersebut.

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now