Sehun keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe , tuala kecil tersangkut pada leher mulusnya yang digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah. Rambutnya yang lembap itu dilibas libas untuk menghilangkan kelembapannya. Dia kini berada dihadapan sebuah cermin. Ditilik mukanya serta badannya memandangkan cermin itu besarn dan panjang hingga memuatkan satu tubuhnya. Sambil dia menilik mukanya yang tampan bak putera gunung ledang dia teringatkan perbualannya bersama Luhan.Tergelak kecil Luhan dibuatnya mendengar kata kata Sehun. Sudu yang berada digenggamannya kini dilepaskan.
"Bila korang punya 'first meet' tu?" Tanya Luhan memandang Sehun yang masih dengan kedudukan yang sama. Duduk di kerusi dengan tangannya menongkat dagunya.
"This morning" Membulat mata Luhan tatkala mendengar jawapan dari Sehun. Seakan terkejut. Sehun yang melihat reaksi Luhan berasa pelik. Keningnya ternaik sebelah.
"Why? " Luhan menggaru perlahan rambutnya yang tidak gatal itu. Seakan hilang kata-kata.
"Dia setuju ke?' Kening Sehun terangkat mendengar soalan diajukan Luhan.
"Setuju for what?" Jawab Sehun. Sehun keliru dan hairan dengan soalan Luhan. Setuju untuk apa?
"To be yours" Luhan memandang wajah Sehun sambil menunggu jawapan yang dinantikannya. Makin terkejut dirinya melihat Sehun memberi jawapan dengan menggeleng yang diakhiri dengan senyuman nipis.
-
Ketukan dipintu bilik mengejutkan Hae Jung yang sedang berehat di bilik tidurnya. Setelah mendapat sahutan dari Hae Jung, tombol pintu itu dipulas perlahan. Hae Jung tersenyum setelah mengetahui siapakah si pengetuk pintu itu.
"Unnniiieeee !~" Makin lebar senyuman yang terukir dibibir Hae Jung setelah mendengar panggilan itu dari seorang anak kecil menerjah masuk gegendang telinganya. Anak kecil itu melompat ke atas katil Hae Jung. Tanpa menunggu lama, satu pelukan hangat diberikan kepada Hae Jung.
"Seronok tak jalan-jalan dengan eomma?" Soalan diutarakan ketika mereka berdua masih dalam keadaan berpelukan. Sepertinya anak kecil itu tidak mahu melepaskan pelukan itu.
"Seronok! HaEun dapat makan eskrem(aiskrim) lepastukan eomma belikan Ha Eun teddy bear baru dengan baju baru" Anak kecil atau lebih dikenali dengan HaEun itu menjawab dengan penuh kegembiraan. Diakhir kata-katanya, diberikan senyuman manis serta diikuti dengannsuara manjanya.
"Ni tak adil ni. Nak majuk lah cemni!" Hae Jung berlakon seakan-akan dirinya bagaikan dipinggirkan walaupun realitinya tidak. Malah dia lebih gembira setelah memgetahui bahawa adik kecil manjanya itu akan memghabiskan masanya dengan eomma. Bibir Hae Jung dimuncungkan , kedua belah tangannya disilangkan pada dada. Seakan kanak kanak kecil merajuk. Comel
"Emmm sebagai ganti rugi, biar HaEun sembuhkan kaki unnniee !" Hae Jung tergelak kecil melihat gelagat adiknya yang seakan sedang menggunakan kuasa unikornnya untuk menyembuhkan kakinya.
"Kaki unnnie dah sembuh! HaEun sembuhkan hehehehe" Ujar HaEun dengan suara manjanya.
Belum sempat membuka mulutnya. Tangan kecil HaEun menarik lembut tangan Hae Jung supaya turut baring disebelah HaEun yang sudah baring dikatil empuk milik Hae Jung. Mengantuk agaknya setelah penat berjalan-jalan.
Hae Jung hanya tersenyum kecil melihat gelagat adik kesayangannya itu. Hae Jung mengambil tempat disisi HaEun untuk berbaring sambil menarik selimut. Belum sempat Hae Jung membuka mulutnya untuk berbual dengan adiknya, terdengar dengkuran halus menerjah telinganya. Makin lebar senyum Hae Jung sambil melabuhkan kepalanya pada bantalnya.
"Sleep tight , baby boo" Bisik Hae Jung perlahan. Tangannya menepuk lembut badan Jung Ah. Seakan mendodoi.
-
"Hae Jung, boleh tak tolong ambilkan alat perlatan dalam stor sukan? Saya dah letak tadi kat tepi pintu " Hae Jung hanya mengangguk dengan arahan yang diberikan rakan sekelasnya, Eun Ha yang sedang membawa beberapa perlatan sukan. Hae Jung meletakkan senarai alatan yang sudah dia sediakan semalam diatas meja. Pada Hari ini, terdapat beberapa para pelajar yang akan turun padang dalam acara balapan. Meskipun ianya dijalankan di sekolah lain, tetapi segala alatan sukan harua disediakan oleh pihak sekolah sendiri. Kebetulan pula pada harini , Hae Jung dan Eun Ha yang bertugas menguruskan stor sukan.
Tanpa berlengah, Hae Jung terus melangkah ke stor sukan. Mujurlah kakinya sudah boleh berjalan seperti biasa setelah dirawat oleh doktor peribadinya. Ditambah pula dengan rawatan unikorn yang diberikan oleh HaEun malam semalam.
Hae Jung masuk kedalam stor sukan. Masuk sahaja dia, terus dia terlihat alatan sukan yang terletak didalam kotak yang disebut oleh Eun Ha sebentar tadi. Dia mengangkat kotak tersebut. Setelah itu,dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan stor itu dan melangkah kearah Eun Ha.
"Oh, terima kasih Hae Jung" Terukir senyuman dibibir Hae Jung setelah mendengar ucapan terima kasih Eun Ha. Hae Jung meletakkan kotak tersebut diatas meja.
"Mana dorang ni. Nanti coach Kim marah kalau dorang lambat" Rungut Eun Ha. Hae Jung hanya tergelak kecil dan menyambung kerjanya yang tertunggak sebentar tadi. Hae Jung mencapai sehelai kertas dan mula menyambung tugasannya.
"Oh itu pun!" Suara Eun Ha membuatkan Hae Jung terus mengangkat wajahnya dan menoleh kearah yang jari Eun Ha tunjukkan.
Terdapat sekumpulan pelajar lelaki berpakaian sukan menuju ke arah mereka. Terdapat beberapa daripada mereka yang Hae Jung kenal dan cam. Dari kiri, Jong In,sebelah dia Tae Min, sebelah dia taktau,sebelah dia lagi taktau, sebelah dia Yi Fan, sebelah dia lagi Min Seok, sebelah dia lagi taktau, sebelah dann sebelah dan sebelah dia lagi taktau. Se-
Kejap. Tu bukan ke.
Sehun?
Membulat mata Hae Jung tatkala dia ternampak wajah Sehun dari kalangan mereka. Semakin lama sekumpulan pelajar lelaki semakin mendekati mereka. Hae Jung terus menolehkan badannya ke arah lain. Harapnya Sehun tidak perasan dengan kehadiranya.
"Lambatnya korang sampai" Eun Ha bersuara. Seakan memarahi mereka.Hae Jung kini sudah membelakangi mereka. Hatinya berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja.
"Ala, bukan selalu Eun Ha, ni Yifan tadi lama sangat. Nak style lah abenda lah" Jawab salah seorang dari mereka.
"Eh amboi. Kau yang nak berak lah apa lah" Yifan menjawab.
"Ha gaduh pula. Dah warm-up belum?" Eun Ha pula bersuara.
"Hehe. Nak buatlah ni" Suara Tae Min kedengaran. Tatkala mendengar bunyi tapak kaki melangkah menjauhi Hae Jung dan Eun Ha, Hae Jung bersyukur. Mujurlah tiada siapa menyoalkan tentang dirinya yang membelakangi mereka. Hae Jung tarik nafas lega. Tanpa tunggu lama, terus dia menoleh kembali. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila seorang lelaki kini berdiri dihadapanya.
Dan ia
Ialah
Oh Sehun
"hey princess"
-
Finally, chapter 4 huhuhuhu. Sebenarnya idea tak keluar sangat hehe sorry.
Ada juga yang tanya, bila dorang akan stop mengejutkan satu sama lain? Haha mian saya masih lagi dalam process nak buat scene dorang start talking to each other. Insyaallah chapter 5 atau seterusnya akan Ada.
So hope you guys love this chapter. Don't forget to vote, comment and put this book in your linrary\reading list.
See you in the next chapter! Bubyyee~
Wo Ai Ni !~~~