02,

301 38 13
                                    


"Hae Jung menongkat kepalanya menggunakan tangan kanannya sambil menunggu kehadiran Soo Jung yang sedang berlerang nyawa membeli makanan untuk mereka berdua. Disebabkan kaki Hae Jung yang masih tidak dapat bergerak dengan sempurna , haruslah Soo Jung berbuat sebegitu.

Tiba tiba dia teringat tentang kejadian yang berlaku di padang tadi. Rasa terkejutnya masih belum hilang tetapi dia hanya memendamkannya sahaja. Soo Jung ada juga bertanyakan tentang hal itu tetapi Hae Jung hanya jawab acuh tak acuh. Dia mula terfikir,mengapakah Sehun melakukan perkara itu? Adakah itu hanya saja saja ?

" N-Nae ?" Hae Jung masih lagi terkejut dengan semua ini. Seakan semua ini ialah sebuah mimpi. Mimpi indah yang tersangat indah yang ramai orang mahukan mimpi yang sama. Tetapi ye, ini bukan mimpi , realiti.

Sehun hanya tersenyum dengan reaksi yang diberikan Hae Jung. Seperti yang dijangka. Suasana disitu sungguh riuh rendah dengan reaksi orang ramai. Turut terkejut sekali agaknya.

" Kaki awak, dah okay ?" Buat kali kedua, Sehun bertanyakan tentang keadaan kakinya. Masih lagi tidak berputus asa untuk menggali tentangnya sehingga dia puas hati.

" O-okay" Dalam keadaan yang masih bising dengan suara suara pelajar perempuan yang menyaksikan kejadian memang agak sukar bagi mereka untuk berinteraksi . Ditambah pula dengan sikap Hae Jung yang masih menunjukkan yang dia masih malu dengan semua ini.

Sehun tiba-tiba sahaja bangun dari melutut dan bertindak mendekati wajah Hae Jung sambil tangannya mengusap lembut kepalanya.Oh tidak lupa juga ,Sehun senyum.Dia akan seperti membisik sesuatu ditelinganya . Belum sempat dia mendengarnya, Sehun sudah menarik kepalanya dan tersenyum kearahnya. Setelah it, dia meninggalkan Hae Jung yang masih dalam keadaan tidak sedar.

Sehun menghirup supnya perlahan. Sungguh dia amat menikmati makanannya pagi ini. Mungkin kerana dia terlalu lapar setelah berlari di padang tadi. Jong In juga turut sama. Wajahnya langsung tidak diangkat. Hanya fokus pada makanannya sahaja.

" Weh korang ada dengar tak pape pasal budak kena buli tu ?" Baek Hyun tiba-tiba sahaja membuka laluan untuk mengadakan perbualan memandangkan mereka langsung tidak bercakap sebaik sahaja makanan mereka sudah ada didepan mata.

" Ha?! Sapa kena buli ?!" Jong In bersuara dengan terkejut. Terdapat butir nasi dibawah mulutnya. Sehun yang berada disebelah Jong In hanya menggeleng perlahan. Dekat luar kemain nak macholah apalah.

" Aku rasa budak kelas sebelah " Sampuk Jong Dae. Dia yang dari tadi hanya mendiamkan diri kini bersuara. Sehun memandang Jong Dae.

" Budak kelas sebelah budak kelas Sehun lah kan ?" Tanya Min Seok yang berada disebelah Jong Dae. Memandangkan mereka berdua tidak dapat berenggang, perlulah mereka duduk bersebelahan sahaja.

" Memang ada dua kelas je kat sekolah ni" Jawab KyungSoo dengan menayangkan muka selambanya. Dia yang tadi sibuk dengan makanannya sahaja disebelah Jong In akhirnya bersuara.

" Budak kelas aku ke ?" Tanya Yixing sambil menunding jari kearah dirinya. Yixing mengambil kelas untuk pelajar dari China memandangkan semua rakan sekelasnya adalah pelajar pertukaran dari China

" Tak, dia bukan budak kelas kita " Sampuk Yi Fan sambil menyuapkan sesudu nasi kedalam mulutnya. Memandangkan dia adalah ketua kelas di kelas tersebut, maka dia tahu segalanya kerana sebelum pergi ke kafeteria , dia sudah memastikan bahawa semua pelajar kelasnya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

" Jadi ? Budak kelas mana ? Junior ke yang kena ?" Tanya Chanyeol tiba-tiba. Semua mata memandang ke arah Chanyeol. Seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Chanyeol.

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now