Tubuh Hae Jung menggeletar. Menahan segala rasa yang dirasainya ketika itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Sehun akan tahu tentang kewujudannya disitu. Matanya tidak
dapat memandang wajah Sehun dihadapanya."It's good to see you this morning princess,since I won't be at school today to catch up all my matches. Any word to cheer me up?" Hae Jung mengangkat wajahnya perlahan. Kini dihadapanya adalah wajah redup Sehun. Entah mengapa Hae Jung terasa tenag tatkala merenung wajah itu. Bibirnya digigit. Mencari idea untuk berkata-kata.
"U-umm fighting?" Sehun tergelak kecil mendengar kata-kata semangat yang diberikan oleh Hae Jung. Comel. Lebih comel apabila tangan kanan Hae Jung yang digenggam diangkat ke udara tatkala menyebut sebutan itu. Hae Jung yang perasan dengan gelakan kecil Sehun terus menurunkan tangannya. Bibirnya diketap. Wajahnya ditundukkan
"That's cute ,princess. I love it. Thank you. See you this evening" Ujar Sehun sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Hae Jung. Hae Jung yang tatkala itu menundukkan wajahnya mendengar derapan tapak kaki Sehun menjauhi dirinya terus diangkat wajahnya. Sepertinya Hae Jung seakan-akan tidak mahu melepaskan Sehun pergi. Bibirnya digigit ketika sedang melihat firgura Sehun pergi jauh meninggalkannya.
" see you this evening?"
-
"Tak sampai sehari kau tak jumpa putera kau terus dah macam kucing hilang anak. Termenung je" Ujar Soo Jung sambil melihat Hae Jung yang berjalan disebelahnya tetapi langsung tidak berkata apa-apa. Diam dan termenung sahaja. Selalunya mulut tu membebel bebel. Tanpa memberi isyarat, tangan Hae Jung terus memukul lengan Soo Jung. Ha kan dah kena. Soo Jung mengaduh kesakitan. Terus diusap lengannya. Soo Jung mencebik.
"Kau ingat aku tak tau yang kau angau dengan Jong In tu? Sampai termimpi-mimpi kan dia" Hae Jung sambil menjelirkan sedikit lidahnya keluar sambil berlalu pergi meninggalkan Soo Jung. Hae Jung terus masuk ke perkarangan kafeteria. Soo Jung membulatkan matanya. Kurang asam punya Hae Jung.
'Kalau angau dengan dia pun kenapa?' Ujar Soo Jung didalam hati sebelum membontoti langkah Hae Jung memasuki perkarangan kafeteria .
-
"Eomma, Hae Jung nak keluar dengan Soo Jung boleh?" Tanya Hae Jung kepada ibunya sebaik sahaja dia memasuki ruang dapur. Ibunya kini yang sedang menyediakan makanan tengah hari bersama beberapa orang pembantu rumah. Dengar sahaja suara Hae Jung, Puan Kim terus sahaja tersenyum.
"Boleh je sayang, nanti suruh Encik Kim hantarkan," Lembut sahaja Puan Kim menjawab.
"Takpe, nanti Hae Jung dengan Soo Jung naik bas je" Tolak Hae Jung dengan lembut. Dirinya terasa bosan kerana selalu sahaja kemana-mana dengan menaiki kereta. Sekali-sekala tukar angin takpe kan?
"Iyelah. Take care of yourself okay. Balik sebelum pukul 6." Hae Jung hanya mengangguk tanda faham. Diberikan kebenaran untuk kelur bukan bermaksud untuk sesuka hati pulang lewat ke rumah. Bagi kediaman Tuan Kim, semua ahli keluarga harus pulang sebelum pukul 6.
Setelah itu, Hae Jung melangkah masuk ke biliknya. Ikatan rambutnya dilepaskan dan getah rambutnya diletakkan diatas meja solek. Selepas itu,kakinya melangkah menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan dirinya dan bersiap untuk keluar
-
"Yah Soo Jung! Janganlah!" Tempik Hae Jung apabila Soo Jung tidak berhenti-henti mengganggunya yang sedang sedaya upaya mengimbangkan diri di atas lantai berais. Ketidakbiasaan Hae Jung diatas lantai ais itu dengan hanya menggunakan ice skates itu membuatkan Hae Jung susah untuk mengimbangkan dirinya