11,

251 21 1
                                    

"finally,I got your eyes" mata Hae Jung yang dari tadi hanya menilik wajah sempurna Sehun, kini menumpukan segala perhatiannya ke arah anak mata hazel Sehun. dapat dilihat wajah Sehun yang tersenyum nipis. dan itu membuatkan jantung Hae Jung makin laju mengepam darah. bagai nak tercabut sahaja.

"little do know little princess, it took me forever to-" belum sempat Sehun habiskan ayatnya. Tangan kanan Sehun dengan lajunya menangkap bola keranjang yang hampir sahaja terkena Hae Jung. Mujur tangannya dapat menahan bola keranjang bersaiz besar itu kerana dia hanya sempat menggunakan satu tangan sahaja.

Hae Jung yang terkejut hanya melihat tangan Sehun yang betul betul dekat di tepi arah kanannya. Elok sahaja tapak tangan Sehun menggenggam bola tersebut.

-

" aik dah balik?" Tanya Soo Jung pelik yang melihat Hae Jung yang sedang menuju ke tempat duduknya. Melihatkan Hae Jung yang langsung tidak memeberi respon dengan tegurannya, terus dia mendekati tempat duduk Hae Jung. Kepalanya ditongkatkan. Bagaikan bersedia mendengar cerita Hae Jung .

Hae Jung dalam masa yang sama mengeluarkan buku latihan physic dan bekas penselnya dari laci bawah mejanya. calculator turut dikeluarkan.

Hae Jung tidak berkata-kata. Hanya mimik muka sahaja yang digunakan bagi menjawab segala pertanyaan Soo Jung. Soo Jung yang menangkap mimik muka Hae Jung yang seakan akan seperti dalam kesedihan terus dia membuat satu andaian.

"ni mesti kes cikgu panggil dia" Ujar Soo Jung dengan yakin. namun, gelengan yang diberikan oleh Hae Jung membuatkan dahinya berkerut seribu kerutan.

"dahtu?" Tanya Soo Jung hairan. Apa lagi sebab munasabah yang dapat diberikan oleh akal sehat?Soo Jung menunggu jawapan dari Hae Jung yang sedang sibuk menekan punat calculatornya. physic ada pakai calculator ke?

"ada orang jumpa dia" Ujar Hae Jung sambil menulis jawapan yang dia dapat ke atas helaian muka surat buku latihannya. Soo Jung yang mendengar hanya ternganga. Muat lalat masuk.

"sapa?! girl or boy?" Tanya Soo Jung bersungguh sambil menepuk sekali meja Hae Jung. Walaupun sekali, cukup untuk membuatkan Hae Jung tersentak.

"boy. kalau ye pun excited, janganla tepuk- tepuk" ujar Hae Jung geram. Habis tulisan bagi jawapan soalan yang dijawabnya kucar kacir. Hae Jung mengambil correction didalam bekas penselnya seterusnya terus dia menyembunyikan jawapan yang kucar kacir itu dan digantikan dengan yang lain. Buat sejenak, dia teringatkan tentang sesuatu

"weh Soo Jung, kau ingat tak kes budak yang kena buli tu?" Soo Jung yang tadi hanya membatu dan menunduk  dek kerana Hae Jung memarahinya terus diangkat kepalnya

"oh budak pertukaran chinese tu? ha ingat, dah sekolah balik dah budak tu" ujar Soo Jung perlahan. Soo Jung agak pelik Hae Jung bertanya tentang. Tidak pernah pula Hae Jung tahu menahu tentang perkara sebegini.

"dia kena buli kat mana eh?" tanya Hae Jung. Pen yang berada digenggamannya turut dilepaskan seketika.

" kat area bilik persalinan lelaki cemtu rasanya. asal tanya?" tanya Soo Jung diakhir kata katanya. bertambah pelik kerana Hae Jung bagaikan ingin mengambil tahu sangat tentang perkara begini. Hae Jung sebelum ni langsung tak mengendahkan kes kes pelik sebegini kerana dia merasakan, buang masa sahaja.

"em kau tau tak muka dia cemana?" Hae Jung mengendahkan soalan yang diajukan untuknya sebaliknya di menanyakan lagi soalan.

"rasanya aku ada dapat gamba dia dalam group" ujar Soo Jung setelah dia berfikir sejenak. Soo Jung yang melihat Hae Jung seakan akan tertanya tanya tentang budak lelaki itu dipandangnya pelik

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now