03,

265 32 0
                                    

"W-whats next ?" Kening Sehun terangkat mendengar soalan dari Hae Jung. Turut tersenyum bibirnya melihat gelagat Hae Jung yang seakan mahu mengelak bertentangan mata dengannya setelah apa yang diucapkan oleh Sehun.

" Turas serbuk zink yang lebih tadi keluar , guna corong turas" Terus sahaja Hae Jung bangkit dan mencapai corong turas. Dia melakukan apa yang dikatakan oleh Sehun. Sepenuhnya

" Nampak sangat awak tak ambil perhatian masa saya buat demo tadi kan?" Hae Jung mengangkat wajahnya dan memandang wajah Sehun. Mukanya seakan tertanya-tanya.Corong turas tadi diletakkan semula di atas meja. Apa ni ? Adakah dia tertipu dengan apa yang dikatakan oleh Sehun?

Sehun mendekatkan wajahnya dengan Hae Jung. Tidak terlalu rapat. Masih ada ruang kosong untuk lalat mahupun rama-rama melalui ruangan tersebut.Hae Jung membatu di tempatnya. Dia memandang anak mata Sehun. Entah kenapa, dia tidak dapat melarikan pandangannya dari anak mata Sehun. Bagaikan ada tarikan magnet.

' Jangan terpedaya Hae Jung , Jangan. Harini cuma hari bertuah kau je. Jangan terpedaya Hae Jung'

-

" Hae Jung, aku nak pergi jumpa Madam Jung kejap. Wait me here" Have Jung hanya mengangguk dengan arahan Soo Jung. Kini mereka berada di hadapan bilik guru. Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kelas setelah sesi pembelajarannya bersama Sir Kim sudah tamat. Hae Jung melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia di luar bilik guru. 

Pintu bilik guru itu terkuak perlahan. Terus sahaja Hae Jung menoleh. Ingatkan Soo Jung ialah orang disebalik pintu itu. Sangkaan Hae Jung salah. Seorang pelajar lelaki dengan tangan kanannya dibalut keluar dari bilik guru. Terdapat sedikit luka dan calar di sekitar mukanya. Apabila pelajar itu menyedari tentang kehadiran Hae Jung, terus dia menoleh kearah yang bertentangan. Seperti tidak mahu sesiapa mengetahui tentang keadaan dirinya. Tangan kirinya didaratkan di dinding. Dengan perlahan, pelajar itu melangkah pergi dari bilik guru itu.

Hae Jung hanya memerhatikan firgura pelajar itu menjauhi pandangan matanya. Terasa ingin menolong tetapi tiba-tiba Soo Jung keluar dari bilik guru. Terus terbantut hajatnya.

"Kenapa, Hae Jung ?" Hae Jung terkejut dengan kehadiran suara Soo Jung. Hae Jung menoleh kebelakang Dipandangnya Soo Jung.

" Takdeapa. Jom" Hae Jung menarik tangan Soo Jung lembut. Soo Jung mengikut langkah Hae Jung untuk menuju ke kelas. Sebelum meninggalkan kawasan perkarangan bilik guru, sempat Hae Jung menoleh kembali. Kelihatan pelajar tadi masih disitu. Masih melangkah dengan perlahan. Jalannya agak terhinjut sedikit. Mungkin disebabkan kakinya yang turut berada dalam kesakitan.

-

" Hae Jung. Jom balik" Hae Jung tertoleh tatkala mendengar suara Soo Jung. Terus dia mengangguk dan mula mengemas barangnya. Kemudian, mereka keluar dari kelas bersama-sama. Mereka melepasi kelas Sehun dan Jong In. Sudah lenggang. Mungkin Sehun sudah pulang. Sebernarnya Hae Jung masih lagi dalam kebuntuan dengan apa yang telah terjadi pada hari ini. Semuanya. 

Saat mereka melalui bilik rawatan, Hae Jung terlihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil. Hae Jung dapat melihatnya memandangkan terdapat ruang kecil antara pintu. Hae Jung tiba tiba teringatkan tentang sesuatu. Ya, itulah pelajar tadi. Pelajar yang Hae Jung bertemu di bilik guru tadi. Akibat terlalu berfikir, langkah Hae Jung semakin lama semakin perlahan dan membuatkan Soo Jung kehairanan.

" Kenapa?" Hae Jung tersedar dari lamunannya tatkala telinganya mendengar suara Soo Jung. Terus kepalanya digeleng. Senyuman diberi.

"Takdeapa. Jom, nanti pemandu tunggu" Hae Jung memaut lembut lengan Soo Jung. Soo Jung hanya mengikut langkah. Akibat terlalu ingin tahu, Soo Jung menoleh kebelakang. Hampa, tiada apa-apa. Soo Jung ambil positif. Langkah diteruskan.

집 | 𝑯𝒐𝒎𝒆 ㅡ 𝒐𝒔𝒉Where stories live. Discover now