BAB 2

4.2K 260 12
                                    

So you use google to everything?
Yeah, everything but love.

...

Mulut aku ternganga. Ternganga besar. Mama aku cakap, kalau aku terkejut ke, menipu ke, mesti mulut aku terbuka sedikit ataupun terbuka besar. Eh eh lalat!

Hehehe.

Hafiz ketawa melihat aku ternganga. Comelnya keta- Eh No! No No No! Kau tak boleh jatuh cinta pada dia Hanis, jangan! Aku rasa hari ini lah peluang terbaik untuk aku lihat perangai dia. Aku dah google dah semua dan kesemua ciri yang aku senarai itu mesti ada pada dia. Satu je tiada, TOLAK.

"Hahaha, haih Hanis bawa si Hafiz ni masuk rumah. Jom Ina." Mama menyuruh. Nak kena bawa ke, pintu ada di depan je.

Mama dan Auntie Ina berjalan untuk memasuki rumah. Tapi ada sesuatu yang tertinggal. Ya ianya Hafiz. Dia sepatutnya ada ciri ciri ini.

Ciri yang pertama:
Bersalaman dengan ibu bapa apabila berjumpa dengan ibu bapa.

Hmmm, dia tiada buat pun. Aku mempelawa dia untuk masuk. Nampaknya, dia gagal dengan ciri yang pertama. Kalau begitu tiadalah perkahwinan Muahahaha.

"Ha dudukla dulu.." Mama mempelawa tetamu untuk duduk di atas sofa. "Mak cik," Tiba tiba sahaja ada suara menyahut. Itu suara Hafiz. Dia datang menghampiri Mama. Dia,

bersalaman dengan Mama!!

Alamak, dia berjaya Lulus Ciri yang pertama. Takpe ada banyak lagi ciri ciri.

Aku pegi ke dapur untuk menolong mama membawa makanan, makanan diletakkan di atas meja ruang makan. Setelah itu, aku dan mama duduk berhadapan mereka. Ya, kami ada dua sofa.

Baiklah, ciri yang kedua:
Dia peramah terhadap orang ramai.

"Sihat kan semua." Mama bertanya. Aku hanya duduk di sebelah mama dan melihat dia memulakan perbualan. Aku terkejut, sebab bukan Auntie Ina yang jawab, Hafiz yang jawab! "Sihat, cik. Sihat Wallafiat!"

"Ohhh, Alhamdullilah. Patutlah badan tu Uihhh nampak sado aje, heheheh" Mamaku ketawa bagaikan orang gila. Mujur Auntie Ina kawan rapat mama. Kalau tidak pelik orang lihat dia. "Ish mestilah sado, setiap suami mesti Strong! untuk melindungi isteri.." kata Auntie Ina sambil mengurut urut bahu Hafiz.

Sado? Nak muntah aku. Aku rasa diorang rabun, mata aku jelas lihat dia ni ketot, kurus sama je macam dulu.

"Dia kerja apa ni?" Mama bertanya. Auntie Ina membalas, "Ohh dia ni Photographer untuk model semua." Mama senyum lalu membisik kepada aku, "Eih sepadanla dia dengan kamu heheheheh." Mama membisik dengan penuh excited. Mama pelik la harini. Selalunya orang datang melamar dia tak macam ni tau.

Sambil aku memandang mama dengan muka kerisauan, Hafiz menyapa aku sambil senyum ke arah aku. "Hanis pula kerja apa?"

Aku memandang dia dan segera menjawab, "Ouh, saya model. Tapi yang muslimah punyala." Aku menjelaskan. Tiba tiba sahaja Auntie Ina bersuara, "Eh eh anak kamu model Faz? Sesuai la pulak sepadan la!" Auntie menepuk tangannya sekali.

Aku duduk di sana kekeliruan. Apa dah jadi dengan orang tua ni? Tapi yang lagi pelik, Hafiz boleh layan diorang lagi. Siap boleh buat lawak lagi dengan diorang. Pabila diorang ketawa, aku langsung tak dapat ikut sebab aku tak rasa benda tu lawak pun. Dia buat lawak apa?

Bila dia cek sayur sawi tu, tiada daun Hahahahah. Ketawa mama dan Auntie Ina dengan lawak Hafiz. Serious aku blur!

Dan urghhh, lagi sekali dia berjaya. Eh itu baru ciri kedua. Takpe kita ada ciri yang seterusnya. Kita tengok dulu.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now