BAB 20

961 48 1
                                    

'break up with your girlfriend, yeah yeah 'cause i'm bored' -Ariana Grande

<><><>

Afham's POV

Setelah aku menghabiskan cerita aku, suasana menjadi diam seketika. Hanya suara Afwan yang kegembiraan sambil sedang melihat kartun kegemarannya di kaca televisyen.

"Afham, I'm sorry."

Aku memandang Alia dengan perasaan sedikit terkejut, "No it's okay."

"No it's not okay." Alia berkata dan menggelengkan kepalanya. "Saya terlalu kasar dengan awak dan fikirkan bukan bukan." Alia tersengih kecil sebelum menyambung, "Saya banyak baca berita tentang pasangan hidup dalam keadaan huru hara sebab ditipu."

Aku membuka mulut, ingin berkata tetapi Alia sempat memberhentikan aku, "Dannn, saya ingat awak mungkin macam tu." Alia menundukkan kepalanya, wajahnya menunjukkan rasa segan. "Awak langsung tak nak bagitau kerja awak apa so saya ingat awak mungkin-" Alia tersekat.

"Mungkin?"

"Mungkin awak penagih dadah?" Alia mengenyetkan matanya, seakan akan malu untuk melihat aku. Aku ketawa kecil dengan pemikirannya. Alia mendengus, "Lagi satu, awak asyik pakai baju hitam je macam jin pun ada saya tengok."

"Saya pakai baju hitam sebab adik saya cakap saya nampak handsome dengan pakaian warna hitam." Aku ketawa, terasa lucu dengan perkara ini.

"So sebab tu-" Alia kelihatan terkejut.

"Sebab tu?"

"Sebab tu masa saya jumpa awak masa blind date, baju awak serba hitam?"

Aku tersengih, "Ye." Alia ketawa, begitu juga aku.

"It's okay Afham," Alia senyum. "Everyone makes a mistake at some point." Dia membuka beg galasnya dan mengeluarkan kad kecil berwarna putih, aku membaca tulisan yang tertera pada logonya yang berwarna biru muda.

Alia's Kitchen

Di bawah logo tersebut tertulis nombor telefonnya. Aku tersenyum.

"And I made a mistake to let you go." Dia berkata dan senyum. "Awak masih suka tak buat soalan Math?"

Aku senyum padanya dan mengambil kad itu dari tangannya.

"Saya masih suka."

...

Aku mengemaskan diri aku dan melihat diri aku dalam cermin. Aku membaca jam di dinding; pukul 1:45 petang.

Aku masih ada 50 minit untuk lunch break aku. Aku keluar dari bilik kerja dan bergerak menuju ke parkir kereta di hadapan pintu masuk bangunan. Baru sahaja aku ingin memasuki kereta, seorang lelaki menghentikan aku dalam keadaan kelang kabut.

"Wei Afham, tolong aku, ikut kereta tu cepat!" Aku terkejut melihat Hafiz yang sedang memegang lengan baju aku dengan erat sambil matanya melirik kepada seseorang.

Aku melihat ke arah penglihatannya. Sebuah kereta Audi melintas melalui kami berdua. Aku memandang Hafiz kekeliruan, "Buat apa kau ni?" Aku bertanya dan melepaskan tangannya dari lengan baju aku. "Ala ikut jela cepat, nanti terlepas la!" Kata Hafiz kemudian berlari anak anak memasuki ke dalam kereta aku.

Aku memasuki kereta aku dan menghidupkan enjin. Hafiz masih tidak terhenti melihat kereta Audi tersebut.

"Wei cepatlah!" Kata Hafiz sambil memukul bahu aku.

"Aku sibuklah, siapa cakap aku nak tolong kau!"

"Kau nak pergi mana jugak?" Hafiz berkata lalu melihat jam di tangannya. "Ni kan masih lunch break kau, nanti aku belanja la- kejarlah cepat kereta tu! Ah cepat, diorang dah U-turn!" Hafiz makin memukul bahu aku apabila kereta Audi itu hilang daripada penglihatan.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now