BAB 19

958 56 0
                                    

You make me feel special
-Twice

<><><>

Afham's POV:

Aku gembira melihat Afwan melompat lompat di atas sofa bilik kerja aku apabila aku mengajakkan untuk bawa ke 'fun fair'. Kanak-kanak itu berasa sungguh ceria bila dia akhirnya diajak keluar selepas dipaksa untuk duduk diam; 'main game' dalam bilik kerja aku.

Ibunya, sepupu aku bernama Farisya sedang sibuk bekerja menguruskan hal di mahkamah seharian sebagai lawyer. Disebabkan hari minggu, Farisya terpaksa menyuruh aku menjaga Afwan sebab taska yang selalu menjaganya tutup pada harini.

Sepatutnya, aku dan Farisya pun patut bercuti kerana hari minggu, tetapi disebabkan aku ada banyak kertas kerja yang perlu disiapkan dan pelanggan Farisya pula tiba tiba ditangkap dan masuk lokap- kami berdua terpaksa bekerja sepanjang hari dan Afwan berada di bawah jagaan aku.

Aku sudah menyiapkan hampir kesemua kertas kerja aku, hanya tinggal satu dua lagi yang boleh disiapkan esok. Aku meregangkan tangan sambil menguap, terasa penat dan lega dalam masa yang sama kerana beban di dada terangkat.

Hanya aku dan Afwan sahaja yang berada di dalam tingkat satu bahagian pejabat Pendakwa pada hari minggu ini.

Aku melihat Afwan dan teringatkan seseorang, perasaan sedih tiba tiba. Lantas aku hilangkan perasaan itu dan memanggil Afwan dengan nada yang ceria.

"Afwan budak baik ya hari ni." Aku senyum pabila Afwan membuka seliparnya dan memanjat sofa yang tinggi itu. Sambil melompat dia menjerit dengan riang, "Ye Afwan budak baik harini! Abang cakap nak bawak Afwan ke fun fair kan kalau Afwan jadi budak baik harini?" Kata Afwan, tidak terhenti melompat.

Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum, "Okay jom kita pergi fun fair!" Aku berkata dan berdiri, mengemaskan baju dan membawa Afwan keluar. Kami berdua bergerak ke fun fair menaiki kereta aku.

Bukan selalu dapat pergi fun fair, sejujurnya- aku sendiri tak pernah pergi fun fair jadi aku tak tau apa yang ada dekat dalam fun fair. Aku harap permainannya tak terlalu extreme untuk kanak kanak seperti Afwan.

Kebetulan juga harini hari last fun fair. Aku jangkakan, ramai yang akan berada di fun fair ni untuk bersuka ria. Tapi, apabila aku dan Afwan sampai di tempat ini, tidaklah begitu ramai orangnya. Keadaannya pun tak terlalu bising. Cahaya cahaya daripada gerai itu bersinar dan mencahayai langit pada waktu malam.

Begitu juga seperti Afwan, aku berasa riang dapat melihat keseronokan di fun fair ini.

"Afham?" Satu suara milik seorang wanita memanggil aku. Aku memandang sekeliling dan pandangan aku terhenti pada seorang perempuan yang berdiri di belakang aku.

"Alia."

"Abang Pendakwa, nak cotton candy!" Ngomel Afwan sambil mengayun ayunkan tangan aku yang dipegangnya.

Alia memandang Afwan kemudian kepada aku.

....

"Tak sangka boleh jumpa kat sini." Alia senyum sederhana.

Kami bertiga duduk di sebuah gerai roti hotdog. Alia duduk berhadapan dengan aku manakala Afwan duduk bersebelahan dengan aku sambil menikmati minumannya dengan rancangan kanak kanak yang bermain pada televisyen kecil yang dipasang di dalam gerai.

Aku membalas senyumannya, "Saja bawak Afwan jalan jalan, bukak selalu." Aku senyum janggal, tak tahulah apa yang nak dikatakan. Kami berdua duduk diam dengan minuman kami yang masih belum disentuh lagi dari tadi.

Alia tiba tiba bersuara, "Tak sangka awak dah berkahwin, baru 2 bulan tapi nampaknya awak dah ada anak." Kata Alia, ada sedikit nada cemburu dalam kata katanya. Aku secara cepat cepat memberitahunya, "Eh bukan, ini sepupu saya punya anak saya jagakan- sebab mak dia sibuk harini."

Kata kata aku itu membuatkan Alia berasa sedikit lega, dia senyum dan mencapai minumannya.

"Abang Pendakwa.. boleh tak Afwan nak hotdog lagi?" kata Afwan sambil menarik narik lengan baju aku. Aku ketawa, comel betul Si Afwan. "Okay okay, makanlah sepuasnya."

Afwan tersenyum gembira ketika aku mengambil pesanan makanan kegemarannya. Aku memandang ke arah Alia yang ingin mengatakan sesuatu.

"Pendakwa?" Alia bertanya.

"So you're a prosecutor?" Tanya Alia lagi.

Aku menundukkan kepala dan mengangguk. Rasa sedikit malu memikirkan punca kami putus. Naif, aku fikirkan.

"Sorry, sebab selama ni saya rahsiakan." Aku kata kemudian minum minuman aku.

"Tak salah pun jadi pendakwa, kenapa selama ni tak bagitau saya?" Alia bertanya, ada nada kemarahan dan kekeliruan dalam kata katanya.

Aku menarik nafas dalam. Aku memandangnya sebelum aku memulakan cerita aku. "Dulu saya ada girlfriend-"

Belum sempat aku menyambung kata kata aku, Alia mendengus dan mengalihkan perhatiannya dari aku sambil meminum airnya. Aku ketawa kecil, "-bekas girlfriend."

"Satu hari saya ambil satu kes jenayah pembunuhan dan saya tak sangka yang dia terlibat dalam kes itu." Alia mengalihkan semula perhatiannya kepada aku.

"Masa tu saya terlalu buta dengan one side love saya dan saya terlalu eager untuk lepaskan dia dari kesalahan, so saya buat sesuatu yang sepatutnya seorang pendakwa tak harus buat." Aku mengeluh, kejadian 5 tahun lepas kembali dalam memori aku.

"Saya kalahkan diri saya dalam kes tersebut, bermakna dia tak dapat dipenjarakan. Saya buat konon kononnya bukti tak kukuh dan saksi menipu. Saya tak ikhlas dengan kerja saya."

"Saya ingat dia boleh berubah, mungkin dia bunuh tanpa sengaja. Tapi tak, semua bukti menunjukkan yang dia betul betul penjenayah dalam pembunuhan tersebut. And then karma happens." Aku senyum palsu dan minum minuman aku.

"Kayla," Aku sebutkan nama dia, Alia kelihatan sedikit terkejut. "Dia jadi gila. You know, psycho." Aku ketawa, seakan akan aku pun menjadi gila. "Pada hari yang sama dia dilepaskan selepas mahkamah bersurai, pada malam tu, aku jumpa dia dalam rumah aku. Dia ... tikam adik aku sampai mati." Aku terhenti.

Aku menundukkan pandangan aku. Aku tak sanggup nak lihat pandangan Alia terhadap pendakwa yang sungguh hina seperti aku ni. "Dan sampai sekarang aku rasa aku masih tak layak untuk jadi pendakwa, sebab tu aku rasa susah nak bagitau orang yang aku ini pendakwa."

Alia diam, dia tak berkata apa apa. "Semua orang kata yang pendakwa ni hebat, pendakwa pembawa kebenaran, pendakwa tahu undang undang dan pendakwa menjaga kesejahteraan. Tapi aku tak Alia."

Pandangan aku masih aku tundukkan, "Aku rasa aku manusia paling hina, pada diri aku, pada masyarakat, negara dan terutamanya pada adik aku."

"Adik akulah yang selalu bagi semangat sebelum aku pergi bekerja, tapi sekarang," Aku berhenti, memori lama kembali menghantui.

"Bila aku pergi kerja, aku rasa macam aku di dalam neraka Alia."

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now