BAB 16

2K 113 0
                                    

BAB 16//

*~*~*

Afham's POV

Aku menunggu di salah satu meja di Restaurant Dunkin Donuts. Alia ingin bertemu dengan aku harini. Sebenarnya kami sudah sering kali berjumpa dan,

Alia  girlfriend  aku.

Kami sebenarnya nak bagitahu mereka semua, tapi disebabkan kemalangan yang berlaku hari itu, kami rahsiakan sampai ke hari ini.

Aku melihat sekeliling untuk mencari Alia, terlihat Alia berjalan ke arah aku.

Aku tersenyum melihat wajahnya, malangnya dia tidak. Dia hanya senyum kecil tatkala duduk di kerusi hadapan aku.

"Awak nak order?" Aku bertanya.

Dia menggeleng kepala, "Saya datang ni cuma nak tanya awak."

"Kenapa tak call je?"

Dia menggelengkan kepala, "Apa pekerjaan awak sebenarnya?" Dia bertanya, nadanya series.

Aku hanya mampu menundukkan kepala, aku tak dapat bagitau dia.

"Kenapa susah sangat nak bagitau?" Dia bertanya lagi, aku mengangkat muka dan hanya memandang dia.

Mukanya kelihatan sayu.

"Awak tahu semua pasal saya tapi pasal awak saya tak." Dia menyambung, "Apa yang saya tahu cuma nama awak and basic things."

Aku berkata perlahan, "Saya tak dapat bagitahu awak." Aku menundukkan kepala lagi sekali.

Bagus Afham bagus, kenapa kau tak bagitahu dia je.

Alia ketawa kecil dan memandang aku, "Kalau begitu-" Dia menghentikan kata katanya.

"Kita putus je la."

Aku terkedu.

"Saya langsung tak dapat tahu pasal pekerjaan awak."

"Anggap je yang awak minta putus." Dengan begitu sahaja dia berdiri dan meninggalkan aku seorang diri.

Bagus Afham Bagus, sekarang kau dah hilang dia.

Aku mengeluh.

•~•~•~•

Hanis's POV

Aku memandang Alia yang dari tadi hanya termenung. Aku sudah keluar dari hospital 3 hari lepas. Dan sekarang ni aku dan Alia berada di bilik aku.

Aku makan popcorn di hadapan aku sambil melihat Alia. Dia langsung tak perasan aku ada kat sini, tadi cakap nak tengok movie.

Aku baling sebutir popcorn ke arah dia, dia masih tak sedar. Baling lagi satu. Tak sedar lagi. Baling lagi satu, tak sedar jugak.

Baling lagi,

"Alia!" Aku menjerit membuatkan Alia terkejut lantas jatuh dari katil. Aku ketawa kecil.

"Eih kau ni Hanis." Alia memandang aku tajam lalu berdiri dan duduk semula di atas katil.

"Kau yang dari tadi tak sedar, aku baling popcorn pun kau buat dekk je." Aku berkata sambil makan popcorn.

Crunch crunch wahh manisnya.

"Takdela aku cuma fikir je tadi." Alia berkata menundukkan kepala, mukanya sayu.

"Wei kenapa? Bagitau jela." Aku berkata mengusap belakang Alia.

"Takdelah, Hafiz macam mana?" Dia mengangkat muka dan bertanya. "Hafiz? Oh dia baru keluar semalam." Aku berkata seraya membuat muka pelik dengan persoalan dia tu.

"Oh jom pergi Mcd bawak Hafiz jom." Dia berkata sambil tersenyum.

"Eh buat apa bawak Hafiz tak nak aku." Aku membantah, tetapi Alia tetap menarik tangan aku keluar bilik.

"Alaa kesian dia asyik makan makanan kat hospital, mesti dia rindu makan benda manis." Dia berkata dan kami berdiri di hadapan rumah Hafiz.

"Eih kau ni tiba tiba."

Alia memberi salam. Lantas kelihatan ibu Hafiz keluar rumah menjawab salam.

"Eh Alia, Hanis? Buat apa kat sini?" Ibu Hafiz berkata, dia tersenyum melihat kami.

"Takdelah mak cik ,nak ajak si Hafiz keluar ha makan Mcd." Aku perasan Alia senyum sinis dan mengenyit mata ke arah Ibu Ina.

Apa kena dengan budak ni.

"Oh yeke, tunggu jap eh, mak cik pergi panggil si Hafiz tu." Ibu Ina berkata lalu berlalu pergi tapi sempat mengeyitkan matanya sebelum berlalu pergi.

Eh apa kena dengan diorang ni?

•~•~•~•

Aku duduk di sebelah Alia dan Hafiz duduk di hadapan kami. Hafiz melihat aku sambil tersenyum? Aku memandang belakang, takde orang pun dekat belakang aku, kenapa dia senyum macam tu dekat aku?

"Awak kenapa Hafiz?" Aku bertanya, janggal. Tetapi Hafiz tetap senyum.

"Takdela, awak cantik sangat." Hafiz senyum. Alia di sebelah aku tertawa kecil sambil minum airnya.

Aku rasa aku dah merah padam.

"Awak kenapa Hafiz?" Aku terus bertanya, tergelak kecil.

Hafiz memasukkan straw ke dalam minumannya dan menjawab, "Dalam nama Hanis awak, ada Han kan?" Hafiz beetanya memandang aku tepat di mata.

"Aah?" Aku bercakap, pelik


"So will you be my HANey?"

"Ciaaaaaaaaaa" Alia menumbuk bahu aku kuat dan memandang aku dengan wajah yang ceria.

"Ah hahaha" aku ketawa janggal dan terus makan burger aku. Tak guna punya kawan.

....

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now