BAB 18

2.2K 108 9
                                    

All the singles ladies,
put your hands up!
.

.

.

2    B U L A N   K E M U D I A N


L O N D O N


"Alia, I'll call you when I'm in Malaysia." Kata Hanis kepada Alia melalui telefon. Dia baru sahaja habis photoshoot di London dan kini berada di Lapangan Kapal Terbang Oxford London.

Sejurus sahaja Hanis mematikan panggilan, tiba tiba sahaja ada seorang menyapanya dari belakang.

"Hanis!"

Serta merta Hanis memandang belakang terkejut. Siapa sahaja yang kenal Hanis di luar negara ini, dia tidaklah begitu popular seperti Beyonce, hanya model pakaian dan barang berjenama sahaja. Hanis berasa untung kerana diberi peluang untuk ke luar negara dengan pekerjaan ini. Namun begitu, seperti telah ditakdirkan Tuhan, Hanis telah berjumpa dengan seorang lelaki yang kelihatannya mengenali Hanis.

"Hanis? Kenal aku tak?" Lelaki itu terus bertanya. Orang Malaysia rupanya. Hanis berdeham.

"Maaf, awak siapa?" Hanis ketawa kecil, terasa sedikit risau.

"Masih macam Hanis yang dulu, selalu tak ingat orang." Lelaki itu mula ketawa dan menyilangkan tangan. Hanis masih berdebat dengan mindanya untuk mencari jikalau ada memori dia bersama lelaki itu.

"Haih Hanis ni, it's me! Daniel?" Lelaki itu tertanya dengan wajah yang ceria. Hanis tertanya dengan wajah yang-- keliru.

"Haih," lelaki yang mengatakan namanya Daniel itu mengeluh. "Daniel Irwan, your ex-boyfriend." Lelaki itu senyum sinis apabila dia mengatakan perkataan ex-boyfriend itu.

But then something clicked in Hanis.
Wajah ceria Hanis kembali semula.

"Daniel? Daniel Irwan!? Oh god Dani!!" Jerit Hanis gembira. Dia tidak sangka yang dia dapat bertemu dengan kawannya lama itu.

"Hanis, baru berapa tahun tak jumpa, dah lupa dah kat aku?" Kata Daniel sambil membuat muka.

"Alah, takdela! Mana boleh lupa, tadi tu wayar aku terputus sikit je." Sengih Hanis.

"Tak sangka boleh jumpa kau kat sini." Senyum Daniel.

"Memang di luar jangkaan, lagipun aku lat sini sebab ada kerja, kau buat apa kat sini?"

"Saja, melancong. Yela orang dah kerja, dah ada duit pergika melancong. Speaking of job, kau kerja apa sekarang ni?" Tanya Daniel.

"La, aku ingat kau ni stalk aku sampai ke sini. Dulu dulu bukan ke kau suka stalk aku kat facebook la, instagram la." Hanis senyum sinis.

"Mana ada, kau ni cepat perasan la, salah ke aku nak like semua foto kau?"

"Hmm yelatu, aku kat sini kerja sebagai model je, takdela hebat sangat kerja aku ni."

"Bersyukurla dapat kerja, patutla aku tengok kau ni nampak makin putih eh, dulu aku tengok kau ni hitam je macam sapi dalam cerita Upin dan Ipin tu hah!" Seronok Daniel mengejek Hanis, menyebabkan Hanis memukul lengan Daniel.

"Kau ni, tak baik lah. Hitam ke putih ke aku masih nampak comel jugak kan?" Hanis tersengih.

"Comel lah sangat!"

...

M A L A Y S I A

"Aku tak sangka cita cita kau untuk jadi saintis tercapai jugak." Senyum Hanis memuji Daniel.

"Berkat usaha dan tawakkal aku. Alhamdulillah."

"So," Mula Daniel.

"So?" Hanis juga tertanya.

"Kau.. ada boyfriend ke?" Tanya Daniel kelihatan gelisah.

Hanis ketawa kecil. 'Boyfriend?' Tanyanya dalam hati. 'Hafiz boyfriend aku ke? I mean, dia baik dan kadang kadang selalu ada mendengar masalah aku. Selalu belanja aku makan dan selalu buat aku ketawa. Tapi dia boyfriend aku ke?'

"Hanis?"

"Hmm?" Hanis kembali tumpukan perhatian kepada Daniel.

"Diam tu ada la tukan. Haha." Daniel ketawa kecil diikuti oleh Hanis, akhirnya Hanis menjawab persoalan Daniel. "Tak, aku tiada boyfriend." Jawab Hanis.

Daniel mula senyum dengan penuh ceria, tepat selepas Hanis menjawab pertanyaan Daniel, sebuah teksi berhenti di depan mereka. "Well, bye. Aku harap aku dapat jumpa dengan kau lagi." Kata Hanis.

"Oh ye, ni kad business aku, ada no telefon aku. Kalau kau nak jumpa aku ke, lepak lepak ke boleh call." Daniel tersengih.

"Oh, thank you. You know what, how about we meet tomorrow?" Senyum Hanis sambil menyimpan kad yang diberi oleh Daniel ke dalam beg dompetnya. Daniel juga turut senyum.

"Sure, apa salahnya kita lepak kan, macam dulu." Ketawa Daniel.

"Haha, ye macam dulu, tapi kali ni aku yang belanja. Jangan cakap yang aku perlu kerja dulu baru aku boleh belanja, itu kata kata masa kita berdua.. belum bekerja." Kata Hanis.

"Hei, aku kerja okay. Jadi penjual burger, still kerja."

Hanis hanya mampu senyum, "Haha, okay. Here's my number. Simpan." Kata Hanis memberi kadnya.

Tidak sempat Daniel untuk membalas, tiba tiba sahaja teksi bersebelahan mereka menekan hon seraya membuat mereka berdua terkejut.

"Maaf, tapi kamu nak naik ke tidak?" Tanya pemandu teksi itu, kelihatannya dia sudah lama menunggu.

"Ye pak cik, saya naik-- pak cik." Kata Daniel kemudian meletakkan beg bagasinya ke dalam kereta.

"Tomorrow." Kata Daniel.

"Tomorrow." Senyum Hanis.

Hanis melihat teksi tersebut berlalu pergi. Tapi tanpa pengetahuan Hanis, seorang lelaki yang sedang menunggu kedatangan Hanis ke Malaysia telah memerhatikan mereka dari jauh.

Rasa sedih terasa di dalam dada Hafiz.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now