BAB 21

1.7K 61 16
                                    

so make it count!
-Chen

<><><>

Afham's POV

"Tutup mulut tu, nanti masuk lalat kang." Kata Hanis kepada Hafiz apabila dia duduk di tempat kosong di sebelah Alia. Hafiz dengan selambanya menutup mulutnya dan memandang ke tempat lain. Wajahnya menunjukkan muka yang segan dan malu.

Daniel, lelaki yang dikatakan oleh Alia itu ingin duduk di tempat kosong sebelah Hafiz tapi Hafiz secara tiba tiba menepuk cushion kerusi tersebut.

PAK, PAK.

Tepuk Hafiz dengan kuatnya dengan muka yang selamba. Hanis, aku, Alia dan Daniel memandang Hafiz dengan muka kekeliruan. Hafiz yang menyedari dirinya dipandang mula berbicara, "Tadi nampak macam ada nyamuk tadi," Kata Hafiz kepada kami semua sebelum memandang Daniel. Dia senyum terhadapnya dengan senyuman yang manis.

"Ah, maaf Daniel, kau boleh duduk." Pelawa Hafiz terhadapnya. Daniel angguk dan senyum, baru sahaja dia mahu duduk, Hafiz memukul lagi sekali cushion kerusi tersebut dengan lebih kuat membuatkan Daniel dan kami bertiga tersentak dengan bunyinya.

"Kau dah kenapa Hafiz? Kerusi tu buat salah ke dekat kau sampai kau asyik pukul je kerusi tu hah?!" Marah Alia.

Hafiz melambaikan kedua dua tangannya dengan muka yang tidak bersalah, "Eh tak, aku dari tadi asyik nampak nyamuk beterbangan kat sebelah aku ni-" Hafiz menunjukkan jarinya ke tempat duduk yang kosong di sebelahnya- atau lebih tepat lagi, menunjukkan jarinya kepada Daniel.

"Aku cuma risau kalau Daniel kena gigit nyamuk je." Senyum Hafiz kepada Alia dan Hanis. Aku ketawa kecil dengan perangainya.

Hafiz mendongak ke arah Daniel yang masih berdiri, "Maaflah Daniel, kau tak dapat duduk sebelah aku ni, aku risau kau kena jangkitan virus nyamuk aedes. Kau boleh duduk kat meja lain." Kata Hafiz sambil tersenyum.

Aku bangun dari tempat duduk aku sebelum Daniel sempat berbicara, "It's okay Daniel, sit here." Aku mempelawanya untuk duduk di tempat aku membuatkan Hafiz menjeling kepadaku.

Daniel senyum dan duduk manakala aku beralih dan duduk di sebelah Hafiz. "Kau tak boleh duduk sini, pergi duduk kat meja lain." Kata Hafiz dengan nada yang geram.

"Takpe, antibodi aku kuat." Aku cakap dengan muka yang selamba.

"Kenapa dengan Hafiz?" Aku terdengar Hanis berbisik dengan Alia.

Alia minum minumannya sebelum mendekati Hanis dan berbisik padanya pula, "Datang bulan."

"Ohhh," Angguk Hanis kemudian dia beralih perhatiannya kepada Daniel. "Daniel, masih ingat lagi tak Alia?" Hanis senyum terhadapnya.

Aku melihat Hafiz yang menunjukkan riak cemburu di wajahnya. Dia menyilangkan kakinya sambil memandang ke arah lain, menunjukkan reaksi muka yang tidak berminat untuk mendengari perbualan mereka.

"Of course," Senyum Daniel sebelum menyambung, "Kau masih kerja sebagai make-up artist ke?" Tanya Daniel sambil menyandarkan dirinya pada kerusi.

Alia mengangguk, "Yup, I still do and- saya ada buka restaurant, feel free to come."

"Bolehlah makan free."

Daniel bergurau, membuatkan Alia dan Hanis ketawa sekali.

Hafiz tiba tiba sahaja mendekatkan dirinya kepada aku dan berbisik, "Nampaknya mamat tu lebih sukakan Alia, baguslah kalau begitu."

Aku memandang dia dengan muka yang sedikut terkejut, "Apa maksud kau ni, diorang kawan jela."

Hafiz berbisik lagi sekali, "Yela, dia mungkin ex boyfriend Hanis, tapi tak mungkin Hanis berminat balik dengan dia, lagipun aku tengok, Alia tu asyik ketawa je bila mamat tu bercakap." Hafiz senyum sinis, dan menyuruh aku melihat mereka.

Aku melihat Alia dan Daniel yang dari tadi asyik ketawa dalam perbualan mereka, begitu juga Hanis.

Hafiz menyambung, "Lagi satu-" Dia tiba tiba sahaja mendekatkan dirinya ke telinga aku, "Alia palau kau."

Hafiz ketawa seorang diri dengan muka yang puas hati menyebabkan aku menampar paha kakinya.

Bunyi tamparan itu menyebabkan Alia, Daniel dan Hanis tersentak dan berhenti berbual. Hafiz mendengus kesakitan sambil menahan ketawanya.

"Korang-" Tak sempat Hanis ingin berbicara, staff Starbuck telah memanggilnya untuk mengambil minuman yang telah mereka pesan.

Hanis bangun dan berkata, "Biar aku ambil Daniel."

Daniel pula bangun dan memberitahu kami, "Aku nak pergi tandas jap." Alia dan aku mengangguk.

Apabila mereka berdua bergerak menjauhi meja kami, Hafiz tiba tiba sahaja duduk tegak dan memandang Alia yang kelihatan pasrah dengan kami berdua, "Aku rasa kan, sebab Daniel tu nampak kayalah Hanis terpikat kan. Tapi kalau nak dibandingkan mana satu lagi handsome, aku lagi handsome kan? Eh Daniel tu kerja ap-"

Hafiz terhenti dan terus menyandar pada kerusinya sambil memandang ke tempat lain apabila Hanis kembali dengan dulang yang mempunyai minumannya dan Daniel.

Alia menggigit straw minumannya melihat gelagat si Hafiz. Aku hanya mampu berdiam diri sambil menyandarkan diri pada kerusi.

"Korang berdua ni dah kenapa?" Tanya Alia apabila Hanis telah menduduki sebelahnya.

Hanis ketawa kecil, "Aku dengan Hafiz haritu bergaduh-"

"Korang bergaduh?" Aku bertanya.

"Ya."

"Tak." Jawab Hafiz sebelum dia kembali memandang ke tempat lain.

Hanis memandang Hafiz sambil menggelengkan kepalanya sebelum menyambung, "Anyway, Hafiz merajuk sebab aku tak ajak dia keluar jalan jalan."

Aku dan Alia ketawa menyebabkan Hafiz menjeling ke arah kami.

Bukannya merajuk budak ni, dia jealous je sebenarnya. Hanis, hanis, kau tak perasan ke?

"Macam budak budak!" Kata Alia. Hafiz hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Eh Hanis, aku ada idea!" Alia memulakan perbicaraan, "Apa kata, kita hangout sama sama dengan Daniel? Macam dulu, kita selalu ada barbeque party bila salah seorang dari kita naik pangkat."

Hanis mengangguk tanda setuju, "Boleh jugak tu, dah lama kita tak lepak sama sama sebab masing masing makin sibuk. Daniel pun ada masa lagi sebelum dia balik ke luar negara, dia sekarang ni dah ada rumah kat Kuwait."

Alia ternganga menunjukkan muka yang kagum. "Kalau begitu, apa kata kali ni kita buat camp sekali dekat bukit atau mana mana tempat yang kita boleh go camping?"

Hanis mengangguk dengan rasa teruja, "Boleh jugak!"

Camp?

Aku tertanya, nampaknya Hafiz juga tertarik dengan perbualan mereka. Daniel kembali dari tandas dan duduk di sebelah Alia.

"Daniel, aku dan Hanis plan nak hangout dengan kau macam dulu, cuma kalini kita buat macam camping? Nak tak?" Tanya Alia dengan muka yang teruja.

"Camping? Wah, aku on je."

Alia dan Hanis tersenyum gembira.

"Kita bertiga jeke pergi?" Tanya Hanis tiba tiba.

"Aku nak ikut." Aku dan Hafiz serentak berkata seraya memandang masing masing.

"Kenapa awak- nak ikut?" Tanya Hanis sambil menyilangkan tangan ke dada. Mata memadang Hafiz dengan tajam.

"Saya dah lama tak pergi camping, apa salahnya saya ikut?" Kata Hafiz, aku mengangguk dan menjawab, "Aku pun."

"Maaf aku lupa nak perkenalkan diri, I'm Daniel. You guys?" Kata Daniel sambil melihat kami berdua.

"Afham."

"Hafiz."

"Korang boleh je ikut, lagi ramai lagi seronok." Senyum Daniel dengan mesra. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Hafiz mengambil minumannya di meja, menyilangkan kaki dan menyandar pada kerusi. Sambil meminum airnya, dia kemudian berkata, "Aku tetap akan ikut walaupun korang tak kasi."

slurp, slurp.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now