BAB 7

2.8K 142 0
                                    

You are mine and I am yours. ♡ So we need to take care of each other.

<><><><>

Aku sedang memasak di dapur, jam menunjukkan pukul 10 pagi. Ketika aku memasak, pintu depan berbunyi seperti ada orang yang membukanya. Tapi pintu tengah kunci sekarang ni.

Aku rasa Hafiz pun masih tidur sekarang ni. Terdengar bunyi seseorang berbisik kepada seseorang. Mungkin ada dua orang. Dengan berani dan perlahannya, aku menjengukkan kepala aku disebalik dinding untuk menjawab persoalan aku yang bermain di kepala itu. Rupanya,

Ianya Ibu Ina dan Mama.

"Eh Hanis." serentak Ibu dan Mama berkata. Aku terasa lega, ingatkan perompak ke apa tadi yang masuk. "Hish mama dan ibu ni, asal main masuk je?"

Mama dan Ibu Ina tersengih mengatakan salaman mereka tidak dijawab lantas memasuki saja rumah kerana tiada balasan salam.

"Ingatkan kamu berdua masih tidur." kata Mama sambil melihat keadaan di rumah. "Rasanya sesuai letak kat sini!" Kata Ibu Ina yang menunjukkan jari telunjuknya di dinding kosong kami. "Letak apa?" aku mula bertanya.

"Apa lagi."

"Apa?"

"Foto family baru kitalah." kata Ibu Ina.

Apa? F- Fo- Foto? Frame ke? Buat apa besar besar? Buat kecil cukup la. Menyemak jela. "Dah pergi cepat bersiap, kita gerak sekali dengan  Papa dan Ayah kamu." kata Mama. Oh, Papa dan Ayah ada kat sini? Aku melihat di belakang mereka, Ya Papa dan Ayah ada di luar sedang berborak.

"Dah pergi tukar, kita makan kat kedai je, kamu masak bukannya sedap sangat!"

.....

Selesai sahaja mengambil foto satu keluarga, perut ahli keluarga masing masing berbunyi. Untuk makan tengah hari, kami semua ke Pizza Hut  untuk mengisi perut!

Ibu, Ayah, Mama dan Papa melihat tempat duduk di restoran, akhirnya kami jumpa tempat duduk yang cukup untuk kami semua. Pekerja di sana datang untuk mengambil pesanan daripada kami.

Kami memesan pizza untuk satu keluarga. Aku juga memesan aiskrim strawberry sebagai dessert. Hafiz menyampuk, "Asyik makan aiskrim je kerja kau ni.."

"Eh biarlah."

Setelah memesan makanan, kami menunggu untuk makanan siap. Hafiz menjadi imam untuk membaca doa.

..

Selesai makan, aku pergi ke kaunter untuk membayar, Hafiz mengikut. "Semuanya Rm87.90." kata cashier itu. Aku mencari dompet di dalam beg tangan. Hafiz tiba tiba berkata, "Eh, biar saya lah bayarkan." Hanis menggelengkan kepala, "Takpe, sekali sekala perempuan kena juga bayarkan." Aku menghulurkan duit dan mengambil resit. Aku berjalan ke meja makan.

Mama bertanya, "Eh siapa yang bayarkan?" Aku menjawab, "Hanis yang bayarkan." Ibu Ina yang kelihatan terkejut lantas bercakap, "Ish mana boleh macam tu, Hafiz bayar balik duit Hanis." Hafiz senyum lalu mengambil dompet di poket seluar, "Eh takpe la, takpe!" Aku menghalang.

"Takpe, biar Hafiz bayar balik." kata Ibu Ina. "Takpe saya ikhlas." aku berkata untuk meyakinkan Ibu. "Biarjela mak, dia ikhlas, tak baik paksa, jom balik." kata Hafiz sambil meletakkan semula beg dompetnya ke dalam poket. Serious aku janggal, tak guna punya lelaki.

Kelihatan Mama hendak ketawa melihat muka aku yang merah padam. Mungkin aku terlalu fikirkan yang Hafiz ni akan berasa simpati. Hish, geramnya!

"Betul tu Ina, Hanis ikhlas, biasakan aje." Kata Mama kepada Ibu, mereka meninggalkan aku dan Hafiz berdiri di depan meja. "Hehe jom!" sengih Hafiz.

.

Hafiz mematikan enjin di Stesen Petronas, dia ingin mengisi minyak di sana. "Saya nak beli sesuatu jap kat Petronas!" kata aku sambil membuka tali pinggang. "Jap!-" Hafiz menghalang, aku memandang ke arah dia dan melihat di menghulurkan not Rm50. "Tolong belikan 50." Aku mengganguk dan mengambil.

Aku membayar ke cashier tersebut, selesai sahaja, aku memasuki Mesra dan membeli-

Ais Krim Mat Kool Butterfly!!

Uishh, ais krim kegemaran ni. Setiap kali pergi petronas mesti kena beli! Aku membayar di kaunter dan memasuki kereta. "Aik, ais krim lagi?" kata Hafiz sambil melihat aku membuka pek aiskrim. "Dia tu memang suka makan aiskrim, senang cerita dia ni hantu aiskrim." Mama menyampuk, aku tersengih.

Aiskrim dikeluarkan daripada pek, "Aik, kenapa ada dua batang?" tanya Hafiz.

Aiskrim Butterfly itu dibelah dua dan dapatlah dua batang aiskrim!! "Wah, boleh belah dua? Hebatnya!" kata Hafiz terasa kagum dengan ciptaan aiskrim tersebut. "Haih, tak pernah tengok ke iklan dia kat tv?"

"Tak," selamba Hafiz jawab. "Nak satu!" minta Hafiz dengan mata yang bersinar, jawapannya, "Tak . Boleh !" Aku menggelengkan kepala dan terus menjilat kedua dua ais krim tersebut dengan perasaan riang seperti kanak kanak ribena.

"Kedekut, " bisik Hafiz yang boleh didengari oleh aku, dia menghidupkan enjin dan kami pulang ke rumah.

...

Aku di ruang tamu sambil melihat televisyen, begitu juga dengan Hafiz, dia khusyuk melihat tv. Tiba tiba sahaja ada iklan Aiskrim Matkool Butterfly di tv. Hafiz bersuara, "Ohh inilah aiskrim yang kau makan tadi eh?"

"Aah, " aku melihat iklan tersebut sambil terseliur, aduhh hausnya. Panas pulak tu cuaca sekarang. Teringin nak makan aiskrim!

Aku mengangkat punggung dan berjalan ke dapur, membuka peti sejuk dan mengambil ais krim 20sen! Aku bergegas semula ke ruang tamu apabila ceritaku bermain semula di kaca tv. "Aiskrim lagi!?" kat Hafiz dengan reaksi muka yang pelik.

"Lapar," aku selamba. Hafiz menggelengkan kepala. Malam itu juga, aku makan aiskrim sebanyak 3 kali! "Kali ni termasuk 6 kali kau makan Aiskrim!"

"Hmm.." Aku tidak mengendahkan dia.

Malam itu juga, terasa sejuk bila tidur. Aduhh, aku tak pasang kipas pun, sejuknya malam ini! Badan aku menggigil.

...



Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now