BAB 3

3.9K 239 4
                                    

I wish the time can stop, so I can love you longer.

<><><>

Pesawat I17 akan berlepas. Penumpang penumpang diarah untuk memakai tali pinggang keselamatan ketika perlepasan.

...

Aku selamat tiba di Istanbul. Udara di sini sungguh nyaman. Aku mencari cari kelibat kawan aku di sana.

"Hanis!" Seseorang memanggil.
Aku memandang ke belakang. Rupanya itu kawan aku, nama dia Alia. Aku senyum lalu berlari ke arah kawan aku. Kami berpelukan.

"Babe, Miss you so much.." Aku membalas, "Miss you too."

Untuk pengetahuan kamu semua, Alia ni juga orang yang make-up kan aku. So she's always there beside me!

/////

Aku berjalan jalan sekitar Istanbul dengan Scooter yang aku sewa selepas meletakkan beg di hotel. Orang orangnya di sini memang peramah!

Yang paling penting, makanan dia paling sedap! Ha, korang pernah makan ais krim dekat Istanbul tak? Lain daripada yang lain! Harga pun tak begitu mahal. Siap ada show lagi dari uncle yang jual ais krim tu.

Aku berhenti di satu kedai, ada banyak tudung dijual di sana. Bermacam macam jenis tudung. Selendang warna merah ala-ala tudung Turki itu menarik perhatian aku.

"Is this from Turkey?" Aku menanya orang kedai itu. "You guess it right, it is from Turkey. It was made by the famous Fashion Designer." Aku memegang selendang itu dengan perasaan kagum. Kainnya lembut, ala ala kain sutera.

Tiba tiba ada bunyi bising di kedai sebelah, "Take some photos of us too." Perempuan perempuan di kedai sebelah tertawa tawa. Aku menjenguk. Oh, tengah ambil gambar. Seorang lelaki mengambil gambar perempuan tersebut dengan kameranya Nikon. Perempuan perempuan tersebut posing ala ala model. "Thank you," kata mereka.

"Thank you Madam." Aku bercakap dan kemudian pergi ke kedai lain. Kedai seterusnya aku pergi ke kedai menjual  lukisan pelukis. Lukisannya sangat kreatif dan cantik! Dan yang paling penting, lukisannya mestilah mahal.

Click!

Bunyi kamera yang menunjukkan gambar diambil. Oh, lelaki tadi itu mengambil gambar. Aku memandang tepat kepada mukanya. Dia memakai mask di mulutnya.

"Oh Hanis!" Lelaki itu meyapa. Macam mana dia tahu nama aku? Aku kenal dia ke? Ke dia kenal aku? "Haih, tak ingat ke?" Dia melambai lambai tangannya ke arah aku, aku masih blur. "Oh!" Dia membuka mask dia.

Ohh, rupanya dia Hafiz.

Jap HAFIZ?

Macam mana dia ada di sini?

Dia buat apa kat sini?

"Tutup mulut tu nanti lalat masuk.." Dia ketawa, aku menutup mulutku dengan malunya lalu aku terus menanya, "Apa kau buat kat sini?"

"Oh aku ada kerja." Dia senyum.

Sekali lagi aku ternganga, kerja apa. Kau jangan tipu, apa kau buat kat sini hahhhh!

Hafiz tertawa, Dia mengangkat kamera itu ke arah aku, aku senyum sambil mengangkat dua jari, tapi kameranya dialihkan ke kedai bunga di sebelah. Aduii buat malu sahaja!

Sekali lagi dia ketawa, aku menyilangkan tangan di dada dan bergerak jauh dari dia. "Eh Hanis tunggu!" Kedengaran Hafiz berlari mengejar aku dari belakang.

Dia berjalan di sebelah aku. "Kau buat apa di sini?" Dia senyum sambil ada senyuman manis di wajahnya. "Kan aku dah cakap ada photoshoot.."

Dia membalas, "Oh aku pun ada.."

Aku hanya mengangguk. Perjalanan kami terlalu senyap, Hafiz yang kelihatan tidak selesa segera bertanya, bertanya, "Jadi kau setuju ke nak kahwin dengan aku?"

"Entahlah. Kau rasa?" Aku tidak memandang dia. "Kalau aku, aku setuju je." Aku terhenti, Aku memandang tepat di wajah dia dan ternganga. Dia ketawa, "Terkejut?"

"Kenapa pula aku nak terima?"

"Yelah, kau kan pernah ada crush dengan aku." Dia senyum menampakkan gigi.

"Hello! Mana ada! Kau tahu kan kawan aku tu je yang suka mengejek aku!"

"Sebab itulah aku suruh kau terima je lamaran tu.." Dia menundukkan kepala. Aku yang kekeliruan terus bertanya, "Kenapa?"

"Sebab start dari situ aku jatuh cinta pada kau."

////

"Jadi kau nak terima ke tak lamaran tu?" tanya Alia sambil me-makeup kan aku untuk photoshoot nanti.

"I don't know!"

"Tapi dia cakap dia suka kau kan?" Alia berhenti membuat kerjanya dan memandang aku dengan kekeliruan.

"Tapi...." aku mencari alasan untuk membenci Hafiz, sungguh tiada! "Hah! Dia nak stalk aku sampai ke Istanbul tau tak!"

Alia menyambung dengan kerjanya, "Haih, kau cakap dia datang sebab ada kerja.."

"Uhhhhh,"

"By the way, what's his name?"

"Alia!!!!" Panggil boss kami. "Photoshoot dah nak mula!"

Kami berdua masing masing mencepatkan pergerakan, aku berlari ke sana dengan kasut tinggi aku. Sampai sahaja di sana, boss menyapa aku. "Hanis, kenalkan photographer baru kita." Aku bertanya, "Siapa?" Photographer yang sedang bercakap dengan seseorang itu lantas pandang ke hadapan.

"Hafiz!/Hanis!" Serentak kami berkata. Boss terkejut, "Eh kamu kenal masing masing?" Aku lantas memandang ke Alia yang kekeliruan. Aku menggerakkan mata aku memberi isyarat kepada Alia.

'Dia lah lelaki ni!'

'Ha dia?!'

Hafiz tertawa, "Hai Hanis." Aku memandang ke dia semula sambil tersengih, "Hai.."

Kenapa aku selalu berjumpa dengan dia ni? Padahal aku nak mengelak dia..

Aku membuat muka tidak percaya, Hafiz tiba tiba berkata, "Itulah yang dinamakan takdir.."

"Huh?" Aku kepelikan. Jap, dia boleh baca fikiran aku ke!?

Sekali lagi Hafiz tersenyum. Aku terus berjalan ke tempat photoshoot kami untuk mengelak dia. Aduhh, macam mana nak elak? Dia yang ambilkan gambar aku!

///

Thank you for supporting Mr.Crush Depan Rumah, this idea was inspired by my friends. Sorry for slow update but I hope that you will be keep reading this book. Stay tune okay :)

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now