BAB 9

2.7K 133 1
                                    

I will always be your only man.

<><><>

Hari di mana Hanis bangun dari pengsannya...

"Aduhh," keluh Hanis lalu bangun dari tidurnya. Penglihatannya sedikit kabur, dia melihat cahaya yang disinari dari arah tingkapnya. "Eh, kenapa aku ada kat sini?" Hanis tertanya tanya, dia membangunkan diri lalu bingkas ke ruang tamu.

"Aik?" Hanis mencari seseorang di rumah tetapi tiada sesiapapun yang ada di rumah. "Mana semua orang pergi?" Hanis terduduk di atas sofa. Dia terasa bosan. "Hmmm," lantas dia mengeluarkan fonnya. "Nak main game la."

"Eh, aku mana ada game.."

"Ha tapi ada satu game!"

....

Kreangg..

Pintu rumahnya dibuka, Hafiz memasuki rumah sambil menjawab salam. Dia terkejut melihat Hanis yang sedang bermain telefon. "Eh, main game?" Tanya Hafiz. "Waalaikumsalam." Jawab Hanis tidak mengendahkan soalannya. Hafiz menghulurkan sesuatu. "Nah ubat, belum sihat dah macam macam."

"Jap," kata Hanis, matanya fokus kepada skrin telefon. Tangan Hafiz penat memegang beg plastik, "Nah!" Hanis masih tidak menghiraukannya. "NAH!" jerit Hafiz membuatkan Hanis terkejut. "Alaaaa aku dah kalah dah! Aish kau ni!" Hanis memukul mukul bahu Hafiz.

"Eh eh eh, kau yang sakit pergi main game pula." Kata Hafiz sambil mengelak pukulan Hanis. Dia melihat skrin telefon Hanis, "Game apa tu?"

Hanis menunjukkan skrin telefon kepadanya, "La game dinasour tu?" Kata Hafiz terkejut melihat Hanis bermain game di Google. Satu satunya game yang wujud di semua telefon. Game offline di google itu sahajalah yang Hanis dapat main.

"Aku takde game lain." Kata Hanis tersengih sambil menggaru kepala. "Eleh, kalau aku lawan dengan kau mesti aku menang." Kata Hafiz tersenyum sinis.

"Eleh mana ada."

"Aku pernah cecah sampai 3000 tau kau tu berapa je?"

"A-aku lebih dari itu lah!" Kata Hanis tergagap gagap.

"Ok jom Fight!" Kata Hafiz menghulurkan tangan untuk salam.

"Ok jom!" Mereka bersalaman dan memulakan perlawanan.

30 minit kemudian,

"Oh oh oh wei lajunya!" Hanis fokus pada skrin telefon.

"Lompat lompat!" Kata Hafiz. Tangan kanan digunakan untuk menekan di skrin manakala tangan kirirnya sibuk mengacau Hanis bermain game. "Eish eish!"

Dua orang itu berlawan untuk melihat siapa yang dapat bertahan lebih lama.

Tangan Hafiz menutup mata Hanis, Tangan Hanis masih ditekan pada skrin.

Akhirnya dinasour Hanis mati terkena kaktus. "YEAH!" jerit Hafiz. Hanis menjeling tajam kepada Hafiz. "Mana acik, kau kacau aku!" Hafiz mendekatkan wajahnya ke wajah Hanis serentak membuatkan Hanis terkejut,

"Acik kat India, ha Yeah!" Kata Hafiz kemudian kembali bersorak untuk kemenangannya.

Telefon Hanis berdering, Hanis mengangkat panggillannya itu. "Hello, ha okay." Hanis memandang telatah suaminya itu. "Nak pergi jumpa Alia jap, "kata Hanis sambil menuju ke biliknya. "Dekat?" Tanya Hafiz.

"Restoran!" Jerit Hanis dari biliknya. "Wei nak ikut," bisik Hafiz pada dirinya dan segera menyiapkan dirinya.

...

Sampai sahaja di Restoran Alia, Hanis melihat Alia sedang memotong epal. "Alia!" Kata Hanis sambil melambaikan tangannya ke arah Alia. Hanis duduk di sebelah kawannya manakala Hafiz duduk di hadapan Hanis.

Hanis mengambil pisau di dapur dan menolongnya mengupas dan memotong buah epal. Hafiz yang hanya melihat mereka mengambil buah epal yang sudah dipotong dan makan.

Baru sahaja Hanis nak berborak dengan Alia, tiba tiba sahaja ada orang memberi salam, "Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam," serentak mereka menjawab salam. Rupanya rupanya Afham.

"Eh Afham?" Tanya Hanis sambil melihat Alia. Dia tidak sangka yang Alia sudah begitu rapat dengan Afham. Hafiz menjemputnya untuk duduk disebelahnya.

"Tak sangka pula korang ada kat sini, " kata Afham.

"Kitaorang lagi tak sangka." Kata Hanis memerhatikan Afham. Tiba tiba sahaja Hanis menanyakan soalan yang pelik, "Kau dah kahwin?" Alia terkejut dengan pertanyaan Hanis, begitu juga Afham. Tapi yang lagi terkejut ialah Hafiz!

Afham yang malu menundukkan kepala, "Belum." Jawabnya. "Ohh," Hanis menyandarkan dirinya di kerusi dan memandang Alia, "Kau beli nak kahwin," Alia memandang Hanis dengan mata yang marah, adaka kawannya tanyakan soalan seperti itu di depan Afham. "Nanti ada rezeki aku kahwin la-" Alia menyambung tetapi dengan nada yang perlahan, "-ngok.." Alia tersenyum begitu juga Hanis.

Alia menyambung mengupas buah epal, "Aduhh!" Alia berhenti mengupas apabila jarinya terluka, lukanya agak dalam. "Eh kau ni." Kata Hanis yang terkejut dengan kecuaian Alia.

Tetapi Hanis lagi terkejut apabila Afham lantas berdiri dan mengambil First Aid Kit di kaunter restoran. 'Selalu ke dia ada kat sini?' Tanya Hanis di dalam hati.

Hanis berdiri dan duduk di tempat Afham membenarkan Afham merawat Alia. Dia menyapu luka Alia menggunakan kain lalu meletakkan ubat dan akhirnya balut dengan plaster.

Alia tersenyum, begitu juga Afham. Manakala Hanis dan Hafiz masing masing memerhatikan gerak geri mereka berdua sambil memakan epal. Alia dan Afham memandang tepat di mata masing masing. Mereka memandang terlalu lama.

"Ehem!" Berdehem Hanis dan Hafiz dengan serentak. Reaksi mereka berdua berbeza, Alia tersengih manakala Afham pula kelihatan  berbeza.

"Eish korang ni, bersweet sweet pula!" Kata Hafiz mengejek mereka berdua. Afham yang kelihatan malu mengambil pisau dan menolong Alia mengupas dan memotong buah.

Hanis yang dari tadi memerhatikan Alia mengenyitkan matanya ke Alia, Alia tersengih dan tersenyum.

<><><><><<>

sesiapa yang tak tahu game dinasour tu boleh tgk kat google, cuma korang kena offline. Hehe.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now