BAB 4

3.6K 186 4
                                    

My hearts flutter when I see you, I guess I like you.

<><><><

"So dia punya gambar akan jadi macam ini.." Bincang boss dengan Hanis. "Ohh."

"Okay rehat 5 minit ya."

Hanis senyum lalu Bossnya pergi. Hafiz datang menyapa Hanis. "Okay tak?" Hanis senyum dengan gembira, "Okay sangat, kali pertama Boss tak banyak cakap."

Hafiz tersenyum sinis sambil menyilangkan tangan di dada, "Tengoklah siapa photographernya." Hafiz menjongketkan keningnya, Hanis ketawa dengan geligatnya.

"Oh mama saya baru je call." Hanis menyambung, "Dia cakap sesuatu pasal awak.." Hafiz menjadi teringin tahu, "Dia cakap apa?"

"Dia cakap awak ni ada keturunan darah raja. Cuma kehidupan awak tu normal, betul ke?" Hanis tertanya.

Hafiz ketawa dengan sinis, "Hehe, tiba tiba berminat ke? Memang betul. Tapi," Hafiz mendekatkan mukanya ke muka Hanis, "Sejak bila kita guna 'awak saya' ni?" Hanis terkejut dengan gerakan Hafiz lantas menjawab, "kita kan sekejap lagi dah nak bergelar suami isteri, tak bagus guna aku kau..." Hanis tersenyum janggal. Hafiz tersenyum melihat gelagat Hanis.

Hanis yang ingin menundukkan kepala tiba tiba sahaja memandang tepat kepada muka Hafiz, "Kalau begitu, saya dah buat keputusan!" Hafiz tergaru kepala, "Keputusan apa?"

"Saya akan kahwin dengan awak," Hanis tersengih, dia memberikan senyuman yang boleh memikat para para jejaka kepada Hafiz, dia kemudian menyambung, "Saya Sa-yanggggggggggg Awak." kata Hanis.

Hafiz yang terkejut dengan Hanis segera meninggalkan Hanis, dia tergagap, "Saya- Aku na-nak buat kerja lah.." Dia berkata sambil memandang skrin pada kamera. Hanis mengikut dia dan mengacau, "Awak sayang saya tak?"

Tetapi, mereka tidak sedar, perbuatan mereka itu dilihat oleh seseorang dari tadi lagi. Siapa lagi kalau bukan Alia, dia cemburu melihat kawannya yang akan kahwin. "Haih, Hanis dah nak kahwin, bila pula giliran aku." Alia berjalan tetapi terlanggar seseorang, membuatkan Alia jatuh. "Oh saya minta ma-maaf." kata geranan itu.

"Aduhh, takpe takpe." Alia berdiri dan memandang ke arah geranan itu. Lelaki itu memandang Alia dengan mata yang bersinar, tetapi lantas dia menundukkan kepala. "Saya minta maaf," kata lelaki itu sambil tertunduk. Dia ingin melarikan diri daripada Alia tetapi Alia halang. "Saya maafkan," Lelaki itu tetap tertunduk. "Tapi, siapa awak, saya tak pernah nampak pun?" Alia yang ingin melihat muka lelaki itu menggerakkan kepalanya untuk mengecam lelaki tersebut.

"Alia!" sebut Hafiz dari jauh, Hanis mengikutinya dari belakang, Alia menghentikan niatnya tersebut, dia mula menyilangkan tangan ke dada. Lelaki tersebut tetap menunduk. "Awak- Eh kau buat apa kat sini?" Tanya Hafiz sambil menggaru kepala, Alia menjongketkan kening dengan pertanyaan Hafiz itu, "Saya memang dari tadi dekat sini lagi lah." Hafiz tersenyum janggal. Hanis yang dibelakang Hafiz mula menanyakan tentang lelaki misteri di sebelah Hafiz itu. "Siapa dia?" tanya Hanis.

"Umm," Hafiz menggaru kepala, Alia dan Hanis berasa pelik dengan tingkah laku Hafiz. Akhirnya dia bersuara, "Dia ni kawan saya, dia saja je datang Istanbul, jadi saya bawa dia ke sini. Eh- Aku. Haha hehe." Senyum Hafiz dengan janggalnya.

"Oh bagitau jela, tak payahlah nak jawab macam kena soal polis." kata Alia, kemudian dia menyambung, "Nama dia?"

"Afham." kata Hafiz.

"Ohhh." serentak Hanis dan Alia.

"Well Afham, welcome to Istanbul." kata Alia sambil tersenyum sinis, dia memberikan kad business nya kepada Afham, Afham mengambilnya dengan senyuman. Hafiz menarik Afham ke suatu tempat dimana jauh daripada Alia dan Hanis.

"Yang kau ni dah kenapa? Senyum bukan main, macam kerang busuk!" kata Hanis sambil mengejek Alia. "Ish kau ni, kau tak nampak ke?" marah Alia. "Nampak apa?"

"Afham tu kan handsome, tu sebab aku bagi kad business, mana tau esok lusa dah kahwin.." senyum Alia dengan gediknya. Hanis hanya menggelengkan kepala dengan gelagat si Alia itu.

/////

Di dalam kapal terbang yang bergerak ke Malaysia. Hanis dan Hafiz duduk bersebelahan. "Ish  kau ni, tiada tempat lain ke nak duduk!" marah Hanis kepada Hafiz. "Aik? Tak boleh ke bakal suami duduk di sebelah bakal isteri?"

"Ep, aku belum terima lagi lamaran tu!"

"Kau sendiri yang buat keputusan.." Kata Hafiz, dia mengingatkan Hanis kembali tentang keputusan yang dibuatnya semasa di Istanbul. "Ahhh, aku main main jela.." Hanis tidak lagi memandang muka Hafiz. Hafiz menjawab dengan sinisnya, "Mana boleh, sebab saya Sayanggggggg awak jugak!"

"Herghh.."

///////

"Amyyyy! Amy Amy Amy!" Mama memeluk aku bila aku memasuki rumah. Aku membalas pelukannya, "Ye Mama.."  Mama berhenti memeluk, dia memandang ke wajah aku. "Amy dah buat keputusan?"

Aku membuat muka, "Mama ni, tak tanya khabar ke apa ke, terus tanya pasal benda ni.."

"Haih yela, Amy dah makan?"

"Dah, tapi nak makan lagi!" aku senyum kepada mama. Mama menggelengkan kepala melihat sikap aku.

"Ye ye, mama ada siapkan makanan di meja," Aku segera berdiri untuk pergi ke dapur pabila mama menahan aku, "Amy dah buat keputusan belum!?" Mama kelihatan terdesak. Haih mama ni! "Yela yela, Amy terima!" Aku menjawab. Mama kelihatan gembira dan tidak percaya, "Ha betul ke!?"

"Yeye dah Amy nak makan.." Aku segera pergi ke dapur untuk mengambil pinggan.

"Alhamdullilah.." Mama mengucapkan syukur terhadap Ilahi.

////

Puan Fazura menelefon Puan Ina, "Assalammualaikum, Ha Ina! Ni, ni Faz ni!"

"Oh Faz! Waalaikumsalam, kenapa ni?"

"Alhamdullilah oiii, anak kami terima lamaran anak cikk!"

"Masya Allah!! Alhamdullilah! Syukur Ya Allah! Apa si Hanis tu cakap?"

"Oii, dia cakap dia setuju la. Tak nampak ke tadi bila dia balik sini dia naik teksi dengan si Hafiz tu ha!"

"Laa iyeke, Hafiz ni tak cakap apa apa pula eh, diam diam anak kita ni. Heheh"

"Si Hanis tu rasanya dah mula jatuh cinta balik dekat si Hafiz tu ha rasanya, kan dulu dia pernah ada- apa orang zaman sekarang cakap ni, ha crush dekat anak hang! Tula mungkin sebabnya dia terima je. Syukur oii."

"Oh aah, ni nak bagitahu si Hafiz pun ada bagitau yang dia selalu nampak si Hanis tu asyik kena ejek je dengan kawan dia. Dia kesiankan Hanis. Huishh, nampak muka dia macam ada suka suka je dengan si Hanis tu ha."

"Uiii, jodoh diorang ni memang dekat la!"

1 jam 59 minit 59 saat kemudian.

"Mama! mana mama letak minyak rambut ma!" Aku menanyakan mama sambil menuruni anak tangga.

Mama tengah sibuk berbual di telefon, "Ha Ina anak aku ni dah panggil dah ni, lain kali kita bincangkan lagi eh, okay okay, Assalammualaikum. Ah waalaikumsalam."

Aku menunggu mama sambil melihat ke arah jam di dinding, biar betul mama aku ni, "Ha?" Mama berdiri dengan senyuman yang sungguh jarang aku tengok. "Mama borak dengan Auntie Ina nak dekat 2 jam tapi tak bincang apa apa lagi?"

Mama menarik aku untuk duduk di sebelah dia di atas sofa, "Haish kamu ni." Aku memandang mama pelik. Mama secara tiba tiba sahaja memeluk aku, "Sayang anak mama!"

.....




Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now