fantasy 1: permulaan.

3K 146 54
                                    

Pagi yang ceria dan cerah di sekolah kebangsaan cycberraya. Para pelajar sedang berjalan memasuki kelas kerana sesi pembelajaran hampir bermula. Terlihat seorang lelaki berjalan sambil bermain permainan tablet, ke arah rakan karibnya.

"yo, Ali! Awal lagi kau! Kau sudah main hang jebat 10 ultimate.. Best kot. " kata lelaki itu sambil menunjukkan game dalam tabletnya. Pelajar itu memusingkan dirinya memandang rakannya. Dia mempunyai wajah yang hampir seperti perempuan,matanya bulat dan bersinar, bibirnya yang berwarna merah jambu dan pipi chubby yang sentiasa membuat orang nak cubit. " oh? Hai viktor! Tak aku tak main lagi? Sibuk sampai tak ada masa nak main. " kata Ali, mengeluh

"aik? Sibuk dengan apa? "viktor curiga dengan kawan nya ini. "adalah" balas Ali, dia tidak mahu beritahu bahawa dia sibuk menjalankan misi di sekitar cycberraya.

"oh ya! Kau dengar tak yang kita akan ada pelajar baru. " kata viktor sambil menumpukan perhatian pada permainan digitalnya. "murid baru? Siapa? " Ali sangat panasaran dengan kedatangan pelajar baru tu. Viktor hanya menjongket bahu menandakan dia tidak mengetahui.

KRING!!!

Kedengaran loceng sekolah berbunyi, puan munah berjalan masuk ke kelas. Para pelajar memberi salam yang juga turut disambut oleh puan munah. "sebelum kita mulakan sesi pembelajaran, cikgu nak memperkenalkan pelajar baru. Mereka adalah pelajar pertama dari kawasan tempatan yang berjaya dapat markah tinggi dalam matapelajaran teras. Silakan masuk. "

Kesemua pelajar menumpukan perhatian pada pintu masuk kelas.Tiga orang pelajar berjalan memasuki kelas, langsung mendapat pandangan yang selalu terjadi apabila fangirl mula meliar.

"KYAHH!! Heshem nya!!! " kesemua para gadis mula meliar tak tentu pasal. Puan munah mula mengeluarkan rotannya sambil mengukir muka bengis di mukanya. Melihat itu, para pelajar yang tadi meliar sekarang sudah senyap.

"perkenalkan diri kamu semua"kata puan munah sambil memanjat(?) meja. Lelaki berambut cacak berwarna purple berjalan ke depan. "nama aku fang. Cuma satu amaran,jangan kacau masa bacaan aku"fang mendelik kesemua pelajar dalam kelas itu.

"sudahlah tu fang. Jangan layan sangat dia memang macamtu. Nama aku boboiboy gempa.kembar sulung Dan ini kembar aku boboiboy taufan" kata gempa sambil menunjukkan kearah taufan yang membuat peace sign.

"kembar lah... Patutlah rupa sama""comelkan mereka""kau rasa yang rambut purple tu single or taken.... Kalau tak aku nak. ""mana boleh. Aku ambil dia dulu" kelas sudah riuh dengan bisikkan pelajar perempuan. Ali memandang datar rakan perempuan kelasnya. *perempuan.. Kalau benda macam ni selalu kecoh* lenguh Ali di dalam hati.

Puan munah memerhati tiga rakan itu dan berkata " bukan kamu ada empat orang ke? "kata puan munah yang masih memegang rotannya.

Tok! Tok!

Kedengaran ketukkan pintu, semua orang memerhati orang yang berada di hadapan pintu kelas. Terlihat seorang pelajar yang mempunyai iras seperti taufan dan gempa tapi lebih manis. Bulu mata lentik, hidung mancung, bibir merah seperti bunga mawar dan tak terlupa juga mata merahnya yang bersinar seperti permata. Pada seketika, para pelajar lelaki tergoda dengan pemandangan di hadapan pintu.

"oh! Panjang umur kau! Masuklah kau saja yang tak kenalkan diri lagi" kata taufan, ceria. "oh.. Okay.. Nama aku boboiboy halilintar tapi korang boleh panggil aku hali. Kembaran terakhir selepas taufan." hali memperkenalkan dirinya, senyuman masih terukir di wajahnya.

"baguslah tu. Ada soalan? " puan munah bertanya pada kelas, terlihat seorang perempuan berambut tocang, mia. " hali kau ni lelaki ke perempuan? " untuk seketika hali terpana tapi menundukkan kepalanya. Taufan, fang, dan gempa tahu akan apa yang akan berlaku, terus bersembunyi di bawah meja.

"AKU TAHULAH SEBAB MUKA AKU MACAM PEREMPUAN TAPI TAK PERLULAH SAMPAI NAK TANYA SOALAN TU!!!! " bentak hali sampai begegar satu sekolah dibuatnya. Para pelajar hanya boleh mengedik takut dengan peluh bercucuran turun. Taufan cuba menenangkan hali yang baru saja meletup tu.

"okay... Rasanya itu dah jadi jawapannya. Hehehehe..... Cuma jangan tanya tu lagi" kata gempa sambil menggaru lehernya yang tidak gatal itu. "jadi kes sama dengan Ali lah ni" kata viktor tetiba, perli. Para pelajar ketawa apa bila mendengar apa yang viktor cakap. "apa ni viktor!? Kenapa kau ulang semula kejadian memalukan tu!! " kata Ali sambil menggembungkan pipinya, tanda protes.

Hali memandang ke arah Ali, dan Ali memandang semula hali. *kenapa aku rasa macam kenal dia? * kata hali dan Ali dalam hati. "sudah tu. Mari kita mulakan pelajaran " puan munah menghentikan sesi gurau senda itu. Kelas kembali senyap.

S
K
I
P
T
I
M
E

KRING!!!!

Loceng rehat berbunyi, para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke kafeteria. Ramai pelajar berada di kafeteria mahu mengisi kekosongan perut. Sebahagian pelajar hanya duduk melepak sambil berbual. Terlihat Ali dan viktor yang duduk di satu meja di kafeteria.

"kau rasa pelik tak dekat pelajar baru tu, hali.? " Ali masih curiga dengan apa yang di rasanya bila dia melihat hali. "tak lah. Aku rasa kau melebih saja tu. " kata viktor yang masih bermain permainan digital di dalam tablet.

Ali termenung, dia tahu yang dia kenal hali tapi bila dan macam mana? Banyak persoalan dalam kepala Ali. "hey. Kau Ali kan? " Ali menoleh kearah suara tu. Terlihat hali yang memaparkan senyuman manis di wajahnya. Ali melihat sekeliling, tiada kesan viktor. "urmm... Ya. Aku Ali. Kau nak apa? " Ali curiga.

"bukan apa... Tapi kita pernah jumpa ke sebelum ni? Sebab aku rasa macam kenal kau. " kata hali, mengharapkan jawapan dari Ali namun sia2 setelah mendapat gelenggan dari Ali. "entah.... Aku pun tak tahu...tapi aku rasa macam kenal kau juga.." balas Ali. Mereka memandang satu sama lain.

____________________________________

Yo! Author datang kembali dengan fanfic baru!! Tapi kali ni boboiboy crossover Ejen Ali. Fanfic ini juga terinpirasi dari cerita kak nia.

Random tags!!!

Niasagitarius Sleepy_Lunar adynasofea

Maaf kepada kena tag atau tidak. Setakat ni saya tahu mereka sebagai RuLi shipper.

BBBxEA: FANTASY MAYA DIMENSION Where stories live. Discover now