Malam penentuan, Malam terakhir pertandingan dan Malam dimana Ratu bagi kerajaan card kingdom akan ditentukan.Para peserta sibuk menyiapkan diri bagi kelihatan anggun dan senang dipandang.
(Ada yang macam badut pun ada..)
Halilintar,Ali dan Moon juga sedang menyiapkan diri dibantu oleh Nia dan Darksia sementara Mel menjadi pengawal tak bergaji dekat luar bilik. Nia sedang membetulkan pakaian Moon dan Darksia sedang memakai Ali eyeshadow,tidak peduli sekali dengan wajah Ali yang menatapnya seram.
Manakala itu,fikiran Halilintar sudah jauh melayang sambil dia menatap wajahnya di cermin. Fikiran tentang malam itu.
*Flashback*
"Kami cuma nak tolong dunia ni je!"kata Riana,dia agak terkejut dengan kata² Halilintar.
"Kenapa kau fikir macam tu..?"tanya Riana.
Halilintar hanya menunduk, dia tidak mahu menjawab atau melihat wajah Riana kerana takut akan apa yang dia akan katakan. Riana hanya melihat Halilintar seketika kemudian melenguh berat.
"Dengar..aku mungkin tak tahu kenapa kau bencikan Ratu Cantik tapi kau juga tak tahu kenapa aku masuk pertandingan ni.."Tersentak Halilintar mendengar itu keluar dari bibir Riana.
Halilintar hanya melihat Riana dengan mata yang melebar, keliru sama ada untuk bertanya 'macam kau tahu aku benci Ratu Cantik?' atau 'kenapa kau sertai?'.Riana yang melihat Halilintar,terus menyambung ceritanya.
"Aku anak yatim. Ibu bapa aku terkorban disebabkan satu serangan. Kami tinggal di perkampungan terpencil di sempadan card kingdom. Raksasa dari devilworld menyerang pada waktu malam. Ramai penduduk kampung yang terkorban,termasuklah ibu bapa aku. Mereka tak sempat larikan diri, dibakar atau dimakan aku tak tahu. Aku sempat larikan diri ke bandar dan maklumkan pada pengawal tentang serangan itu. Tapi....mereka tak lakukan apa².. Ratu pada tahun itu juga tak mengendahkan aku,hanya berkata dia tiada sebab untuk risaukan kerana itu hanya kampung kecil. Sejak dari tu, aku bertekad, akan memasuki pertandingan ini untuk menjadi Ratu. Supaya aku boleh menolong semua penduduk yang pernah mendapat nasib seperti aku. Mungkin aku juga dapat menggunakan beast wand untuk menghalang raksasa dari menyerang card kingdom."
Riana menyesat air mata yang sempat mengalir ketika dia bercerita,sedih mengingati kedua ibu bapanya yang sudah tiada. Halilintar hanya berdiam sambil mendengar dengan teliti. Di dalam hatinya terdapat satu sahaja perasaan.
YOU ARE READING
BBBxEA: FANTASY MAYA DIMENSION
Fantasycover by niasagitarius apa jadi kalau para kembaran boboiboy (taufan, gempa, halilintar) dan fang berjumpa para ejen M. A. T. A.? apa jadi kalau mereka semua disedut masuk ke dalam alam yang lain.? find out in this fanfic.!!! WARNING!!!! typo ber...