three

698 120 17
                                    

Jimin meraba² kawasan sekeliling nya , gelap ! Kenapa gelap ni?

Kreekk..

Bunyi daun pintu ditolak menyapa gegendang telinga Jimin .

“ Siapa tu?” tanya Jimin perlahan .

“ Jimin ?” sahut suara itu , mendengar sahaja suara lembut itu automatik bibirnya mengukir senyuman .

“ Rose ”

Jimin cuba membuka matanya , namun dia tidak mampu . Semakin dia cuba , semakin dia rasa sakit mencucuk2 matanya .

Terasa tangan Rose yang hangat menyentuh pipi Jimin .

“ Rose , kenapa dengan aku ? ” tanya Jimin , sedikit keliru .

“ Kau buta Jimin , kau dah buta ” satu suara menyampuk dan yang pastinya bukab milik suara Rose .

Jimin terkedu , dia memegang wajahnya dan kawasan matanya . Berbalut ..

“ Tak mungkin ! ” teriak Jimin , peluh mulai menitik di dahinya . Bibirnya kering serta menjadi pucat .

“ Maafkan aku Jimin ” itulah kalimat terakhir Rose sebelum dia melarikan diri .

“ Rose ! Jangan tinggalkan aku ! ” tangan Jimin meliar liar di udara , dia cuba mengejar Rose dengan menggunakan deria pendengaran nya.

Bukk !

Jimin terjatuh daripada katil , sakit . Kakinya tidak boleh terlampau banyak bergerak , dia mulai merangkak menuju ke pintu .

“ Rose... ” Jimin mengalirkan air mata .

Beberapa minggu kemudian .

Jimin duduk di hadapan tingkap , menghirup udara segar . Namun malang sekali , dia tidak mampu lagi melihat keindahan alam . Semuanya di sebabkan kemalangan tu .

Sesekali Jimim terasa sebak , dia sudah buta . Ya , buta . Cacat . Dia mengalirkan air mata mengenangkan nasib nya .

Tombol pintu dipulas , cepat2 Jimin menghapuskan air matanya . “ Siapa ?”

“ Eomma ” sahut Puan Park .

“ oh eomma ” balas Jimin perlahan di ikuti senyuman paksa . Dia tidak mahu eomma nya tahu dia sedang bersedih sekarang .

Puan Park duduk di hadapan Jimin , dia mula mengusap² kepala anak kesayangan nya itu .

Merasakan tangan hangat itu membuatkan hatinya yang sedikit bergelora kembali tenang . Jika saja dia mampu melihat wajah eomma nya sekarang .

“ Jimin , ada orang nak jumpa kamu ”

“ Siapa ?”

Satu susuk yeoja melangkah masuk ke dslan bilik sakit Jimin . Dia berjalan mendekati Puan Park dan anaknya .

“ Hello , saya Song Jihyo ”

Jihyo memperkenalkan dirinya kepada Jimin . “ Saya Park Jimin ” balas Jimin pendek , senyuman manis dihadiahkan .

“ Jimin , Jihyo akan jadi orang yang jaga Jimin . ” beritahu Puan Park . Jimin sedikit confuse .

“ Jaga Jimin kat sini eh?” tebaknya . Puan Park menguntumkan senyuman .

“ Bukan sayang , Jihyo yang akan jaga kamu sampai bila² ” jelas Puan Park lebih lagi , Jimin terdiam .

Suasana hening buat seketika , Puan Park membuka mulut untuk memecahkan kesunyian .

“ Jimin ? ”

“ Eomma , boleh kita cakap sekejap? Kita dua je ” pinta Jimin , tiada satu pun senyuman terukir di bibirnya .

Puan Park memandang Jihyo , Jihyo faham akan isyarat itu lalu dia melangkah keluar , sempat lagi dia mencuri pandang wajah Jimin yang tegang itu .

Pintu di tutup , lalu Jimin pum bersuara .

“ Maksud eomma , dia kahwin dengan Jimin ?,” tanya Jimin . Nada suaranya serius .

“ Yes sayang , dia akan jaga kamu . Bantu kamu jalani hidup kamu ”

“ Tapi eomma , Jimin ni buta ! Cacat ! Jimin tak layak untuk dia ! Dia sempurna ! Kenapa dia perlu habiskan masa hidup dia untuk jaga orang cacat macam Jimin?! ” protes Jimin , air matanya mulai mengalir membasahi pipinya .

Puan Park sedikit tersentak , Jihyo yang berada diluar dengat segala ucapan Jimin . Hatinya yang keras itu terusik dengan ucapan Jimin tadi .

“ Sayang , dia yang rela jaga kamu . Lagipum , eomma kenal dia . Dia anak kawan eomma ”

Jimin mendiamkan diri , Puan Park mengapai tangan nya lalu diusap perlahan .

“ Kamu terima ya?” pujuk Puan Park .

“ Panggil dia masuk eomma , Jimin nak cakap dengan dia ”

Puan Park bangkit dari kerusi lalu memanggil Jihyo masuk . Jihyo duduk di hadapan Jimin , jantungnya berdengup kencang . Dia tak tahu apakah reaksi Jimin nanti .

Jimin tersenyum .

“ Awak , kenapa awak tawarkan diri nak kahwin dengan saya? Saya ni buta , cacat . Awak tu sempurna ” ucap Jimin perlahan , nada suaranya sedikit bergetar .

“ Jimin , awak nak tahu? Kita mungkin baru kenal , tapi saya pasti . Lama kelamaan awak akan dapat terima kehadiran saya .

Saya tahu awak tak sempurna Jimin , sebab itulah awak perlu saya di sisi awak . Untuk temani awak teruskan hidup . ” atur Jihyo dengan berhati².

Dia mengenggam (?) tangan Jimin . Hati Jimin tersentuh dengan bait² yang dilontarkan Jihyo. 

Jihyo dapat merasa , setitik cecair hangat jatuh mengenai tangan nya . Apabila dia melihat , Jimin mengalirkan air mata dan Bibirnya mengukir senyuman . Air mata itulah yang menitik di atas tangan Jihyo .

“ mianhae , saya bukan orang yang sempurna ”

Sebaik sahaja Jimin mengucapkan ayat itu , air mata Jihyo turut jatuh .

***

Jihyo duduk ditepi katil Jimin , menjaga Jimin yang sudah tidur lena . Jam diding dikerling sekilas , sudah pukul 10:47 malam .

Jihyo membuka hp nya , tertera gambar dia dan Joshua yang sudah dia setkan sebagai wallpaper telefon nya .

Joshua sudah lama menghilang , dia langsung tidak menelefon ataupun menghantar mesej kepada Jihyo . Apabila Jihyo cuba menelefon Joshua , orang lain yang menjawap .

Joshua sudah tidak memakai nombor telefon tersebut lagi , satu² nya nombor telefon Joshua yang dia miliki sudah tidak berguna .

Tangan Jimin , bergerak² lalu meraba² katilnya . Apabila dia tersentuh tangan Jihyo , terus tangan kecil tersebut digenggam erat .

Jihyo tersenyum ,

“ Jimin , mianhae . Aku yang menyebabkan kau buta . ”

Bisiknya di dalam hati .

Jihyo merebahkan kepalanya di sisi katil , lalu perlahan lahan matanya tertutup .

{ c } blind ✾ pjmWhere stories live. Discover now