^ baca sambil dengar lagu ni .
BGM ; All with you by Taeyeon
* * * *
Jihyo memulas tombol pintu bilik Jimin , sebaik sahaja dia menolak daun pintu . Jimin yang tadinya baring terus duduk , senyuman secara tiba tiba terukir di bibirnya .
❝ Jihyo ? ❞ Panggilnya dengan senyuman di bibir . Jihyo membalas senyuman Jimin , biarpun dia tahu Jimin tidak akan dapat melihat senyuman nya .
Melihat keadaan Jimin begitu , hati Jihyo sedikit tersentuh dengan kelakuan Jimin . Biarpun buta , dia tetap tersenyum .
❝ mari , saya papah awak ke bilik air ❞ kata Jihyo lalu lengan Jimin di raih . Lengan tersebut dipeluk erat sambil menunjukkan jalan kepada Jimin .
Jimin dengan mata yang tertutup , menggunakan deria sentuh dan pendengarannya sahaja . Tangan nya meraba² di sana sini .
Sesampainya di depan pintu bilik air , dia menepis lembut tangan Jihyo .
❝ err..sampai sini je lah eh? ❞ katanya malu² . Pipinya sedikit merah .
❝ kenapa ? Saya kan boleh tolong awak ? ❞ protes Jihyo .
❝ Saya segan ❞ sebaik berkata begitu , tanpa menunggu balasan dari Jihyo . Jimin terus melangkah masuk ke dalam bilik air .
Jihyo hanya mampu tersenyum dengan kelakuan Jimin . ❝ Comel ❞ katanya .
Setelah Jimin siap , Jihyo membantu Jimin memakai baju . Baju berlengan panjang yang dipakai kan pada Jimin hampir membuat jarinya hilang .
❝ HAHAHA ! JARI AWAK KECIK ! ❞ Jihyo gelakkan Jimin kerana jarinya yang kecil . Kalau di bandingkan , jari Jihyo lebih besar darinya .
Pipi Jimin terus merona merah bagaikan tomato . ❝ Jangan lah ❞ katanya lalu memuncungkan bibirnya , Jihyo secara tiba² mencubit pipi gebu Jimin .
❝ Awak ni comel lah ! ❞ katanya , makin bertambah merah wajah Jimin. Dia malu .
❝ Okaylah , saya tak usik lagi ❞ Jihyo terus menarik lengan Jimin , membawa Jimin menuju ke meja makan.
Ketika Jihyo hampir menyuapkan makanan ke mulut , dia perasan bahawa Jimin tidak menyentuh makanan di hadapannya .
❝ kenapa tak makan ? ❞ tanya Jihyo , Jimin yang dari tadi menunduk , mengangkat kepalanya .
❝ Suap ? ❞ pinta Jimin manja . Jihyo menjulingkan matanya , manjanya namja ni .
Pada awalnya , Jihyo hendak menolak . Tapi apabila memikirkan keadaan Jimin yang buta kerana dirinya , timbul rasa bersalah di hati .
Tanpa banyak membantah , Jihyo bangun lalu duduk di sebelah Jimin . Serta merta senyuman terukir di wajah .
Jimin membuka mulutnya , lalu makanan di sua ke mulut . Sekali sekala gelagat Jimin yang bagai budak² mengusik hati Jihyo .
❝ Saya beruntung , sebab awak sanggup terima saya yang buta ni ❞ katanya perlahan . Jihyo terdiam , dia mengukir senyuman .
❝ takde apa² sangat lah Jimin , saya ikhlas ❞ balas Jihyo , semakin lebar senyuman Jimin .
❝ Jihyo , petang ni pergi taman jom ?! ❞ ajak Jimin sambil memegang lengan Jihyo .
Jihyo berfikir sebentar , dan akhirnya dia bersetuju .
『✾』
Pada petang itu , Jimin dan Jihyo duduk di atas rumput , di bawah pokok dan di kelilingi dengan bunga .
Suara kanak kanak yang gembira bermain menyapa gegendang telinga Jimin . Dia tersenyum , biarpun dia tidak dapat melihat tapi sekurang kurangnya dia masih mampu merasa dan mendengar .
Jihyo memetik 2 bunga dandelion yang terdapat berdekatan dengannya . Satu diberikan kepada Jimin , dan satu lagi untuk Jihyo .
❝ Make a wish Jimin . Baru tiup bunga tu ❞ pesan Jihyo .
Jimin duduk dengan tegak .
❝ Saya harap , saya dapat melihat lagi❞ itulah hajat Jimin lalu dia meniup bunga tersebut menyebabkan benih bunga tersebut berterbangan di udara .
Jihyo yang mendengarkan hajat Jimin itu terdiam sebentar . Dia menutup matanya , lalu membuat hajat dalam hati .
Mata di buka , maka bunga tersebut pun ditiup . Benih² bunga itu berterbangan di udara .
Jimin memalingkan wajahnya kepada Jihyo yang berada di sebelah . Jihyo menjulurkan kakinya
❝ Apa hajat awak tadi? Saya tak dengar apa² pun ❞ tanya Jimin .
❝ Nanti awak tahulah , mana boleh saya bagitau awak ❞ kata Jihyo , Jimin memuncungkan bibir .
❝ alaa.. Mana aci ❞ rajuk Jimin , dia tiba² baring di pangkuan Jihyo . Jihyo terkejut sebentar .
Jihyo mengelus lembut rambut Jimin . Dalam sekelip mata sahaja Jimin terlena di pangkuannya .
❝ satu hari nanti , kau akan tahu Jimin❞
『✾』
Jimin yang mamai di papah masuk ke dalam bilik lalu badannya dihempas atas katil .
Penat , itu yang Jimin rasa . Sekejap sahaja Jimin sudah kembali menyambung tidurnya yang terputus tadi .
Jihyo duduk di birai katil , selimut di naikkan sampai paras bawah dagu Jimin , sempat lagi dia mengelus rambut Jimin yang terjuntai .
Sedang sibuk bermain dengan rambut Jimin , Jihyo teringat akan hajat Jimin pada petang tadi .
❝ saya harap , saya dapat melihat lagi ❞
Mengingatkan hal tersebut membuatkan senyuman terbit di hujung bibir .
Lampu tidur yang berada di sebelah katil di matikan , Jihyo mengorak langkah menuju ke pintu .
Sempat lagi dia melihat Jimin yang tidur lena , lalu dia berbisik ;
❝ Aku harap hajat kau tercapai Jimin ❞
Lalu dengan perlahan pintu pun tertutup
YOU ARE READING
{ c } blind ✾ pjm
FanfictionPark Jimin , pemuda yang sempurna namun kesempurnaan itu diragut serta merta apabila dia kehilangan deria penglihatannya . Ketika dalam kegelapan , di mana dia di tinggalkan oleh kekasih hati . Datang cahaya menyapa hidupnya , Song Jihyo , yeoja yan...