ten

694 118 21
                                    

❝ i'm sorry for everything ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ i'm sorry for everything ❞

✾✾

Jihyo membawa dua minuman ke arah Jimin . Namun langkahnya terhenti apabila melihat kelibat seseorang berpakaian serba hitam duduk di hadapan Jimin .

Sebaik saja Joshua menangkap kelibat Jihyo dia terus berlari keluar .

“ Siapa tu Jimin ? Chingu awak ke ?” tanya Jihyo sebaik mendekati . Jimin mendiamkan diri .

“ Jim-”

“ Jom balik ” katanya dingin , Jihyo hanya menurut pada masa yang sama dia pelik dengan perubahan sikap Jimin .

Tadi bukan main lagi happy

Ketika memandu , sekali sekala Jihyo mencuri curi melihat Jimin . Ketika lampu merah , Jihyo memutuskan untuk bertanyakan pada Jimin .

“ Jimin , kenapa ni ? ” tanya Jihyo .

Jimin hanya mendiamkan diri .

“ Jimin ” panggil Jihyo lagi.

Jimin masih diam .

Jihyo sudah naik angin .

“ Jimin ! Awak dengar tak ni ?! ” suara Jihyo semakin meninggi .

“ kau tutup mulut boleh tak ? Aku tak nak dengar suara kau ! ” balas Jimin , nada suaranya juga tidak kalah tinggi .

Kali ini Jihyo pula terdiam , hatinya sedikit sebanyak terasa dengan kata² Jimin .

Lampu isyarat bertukar hijau . Jihyo meneruskan perjalanan mereka menuju ke rumah .

Pada malam itu , makan malam hanya sunyi . Tiada lagi gelak tawa antara mereka berdua . Tiada lagi jenaka riang dari Jimin .

Jimin hanya menguis² makanan nya , lalu dia berdiri .

❝ aku tak lapar ❞ dan dia terus menuju ke bilik tanpa bantuan Jihyo , Jihyo mengeluh .

Apa salah dirinya ?

Selepas mengemas , Jihyo menapak ke bilik Jimin . Dia mahu tahu apa penyebab Jimin menjauh dari dirinya .

Daun pintu di tolak , Jimin sedang duduk di birai katil .

❝ siapa suruh kau masuk bilik aku tanpa ketuk pintu ? ❞ tanya nya dingin . Kepala di tundukkan, Jihyo melepaskan nafas berat.

“ kenapa awak marah saya ni? ” tanya Jihyo,sebab utama dia masuk ke bilik Jimin.

Jimin diam. Jihyo semakin naik angin.

“ kalau saya tanya tu ! Jawap lah! ” tengking Jihyo, kesabarannya menipis melihat Jimin yang buat derk je tadi.

Jimin memandang arah suara Jihyo, wajahnya merah.

“ KAU KE PENYEBAB AKU BUTA?!” teriak Jimin, Jihyo terkejut dan bahunya terhinjut dengan nada suara Jimin yang menggila. 

Jihyo terdiam, macam mana Jimin boleh tahu?

“ KENAPA DIAM?! ” tanya Jimin.

Jihyo memandang lantai. Dia takut melihat wajah Jimin yang merah

“ AKU TANYA,KAU KE YANG LANGGAR KERETA AKU MALAM TU?! ”

“ Ya! Aku yang langgar kereta kau! Puas?! ” ujar Jihyo, air matanya mengalir.

Jimin terkedu.

“ J-jadi , kau..kahwin dengan aku semata2 nak tebus kesalahan kau ?” tanya Jimin , nada suaranya menjadi lembut dan kedengaran sungguh kecewa .

“ nae ” jawap Jihyo .

“ Tapi-”

“ kau keluar ” halau Jimin .

“ Tapi aku- ”

“ AKU KATA KELUAR KELUAR LAH ! ” suara Jimin memetir, kelam kabut Jihyo keluar lalu menutup pintu bilik Jimin. 

Jihyo berlari masuk ke dalam biliknya lalu menangis semahu mahunya.

Begitu juga dengan Jimin, dia baring di katil sambil air matanya mengalir .

Sungguh dia kecewa , dia ingatkan Jihyo cintakan dirinya tapi dia silap .

Kenyataan bahawa Jihyo lah penyebab dia buta sungguh meremukkan hatinya .

Malam itu,  kedua² mereka menangis kerana hati yang begitu kecewa. 

***

Hari demi hari , sejak berlaku perbalahan antara mereka,  rumah itu menjadi sunyi. Tiada lagi gelak tawa,  tiada lagi belaian kasih, tiada lagi jenaka yang mencuit hati.

Rumah itu bagaikan tidak berpenghuni, sunyi sahaja. 

Jimin tidak lagi mahu bercakap dengan Jihyo, kalau makan pun dia hanya suruh Jihyo meletakkan makanan di atas katilnya .

Jihyo pula sibuk menguruskan hal penting di hospital . Dia menguruskan proses pembedahan Jimin yang semakin mendekat .

Apabila dia balik rumah pun , Jimin tidak akan peduli . Sungguh Jihyo terasa hati ...

“  Hyo , awak okay? ” tanya Seokjin melihatkan wajah Jihyo yang mendung saja.

“ kitaorang gaduh ” kata Jihyo, Seokjin memandang jihyo.

“ maksud awak? ”

“ Jimin dah tahu, saya penyebab dia buta. Hari2 dia palau saya ” luah Jihyo. Seokjin yang duduk di sebelah hanya mendengar.

Setelah lama menyepi, Seokjin bersuara.

“ Saya rasa cuma dia kecewa.. ”

Jihyo memandang Seokjin pelik.

“ kenapa pula kecewa? ”

“ sebab mungkin dia fikir,  awak jaga dia. Awak baik dengan dia sebab awak nak tebus kesalahan awak pada dia. Dia fikir awak tak cintakan dia ” Seokjin menyuarakan pendapatnya , Jihyo terdiam.

“ awak cintakan Jimin tak? ” tanha Seokjin.

“ saya... Saya memang cintakan dia ”

“ lebih baik awak beritahu dia ” cadang Seokjin lagi, Jihyo menggeleng kan kepalanya.

“ kenapa? ” Seokjin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ saya tak nak dia patah hati bila dia tahu tentang saya ”

“ tentang tu? ”

Jihyo mengangguk.

Seokjin tersenyum. Dia mengusap kepala Jihyo.

“ Jihyo Jihyo, besar nya pengorbanan awak. Awak yeoja yang terhebat saya pernah jumpa ” puji Seokjin,  wajah Jihyo membahang. Dia malu

Seokjin ketawa apabila melihat reaksi Jihyo.

“ dah lah jom kita masuk dalam balik, sejuk ni. Musim sejuk pun dah nak tiba ” kata Seokjin mengajak Jihyo masuk ke dalam bangunan hospital semula.

Jihyo mengangguk, dia bersyukur sekurang kurangnya Seokjin memahami dirinya.

“ Jimin, mianhae. Maafkan saya ”


{ c } blind ✾ pjmWhere stories live. Discover now