Aku melangkah gembira dari pusat membeli belah itu. Sebentar tadi aku telah bertembung dengan kawan lamaku, Izz Hilman. Asyik juga aku berbual tanpa menyedari waktu sudah berginjak sehingga lewat petang.
Berjanji untuk pulang ke rumah selepas zuhur namun ketika ini waktu sudah pun berlalu. Malah tidak lama lagi, azan maghrib pula berkumandang.
Ah!
Aku langsung tidak mempedulikan tentang perjanjian di antara aku dengan Mikhail.
Hilman ralit bermain telefon pintarnya tanpa memandang ke hadapan. Bukk! Telefonnya terjatuh menyembah ke lantai dan seorang gadis di hadapannya juga turut menyertai telefonnya.
Ingin sekali ketawa dilepaskan dari bibirnya yang dari tadi ditahan namun apabila melihat wajah gadis yang sangat dikenali itu, niatnya dilupakan. Hilman menundukkan badannya dan mahu menolong gadis itu agar berdiri.
"Ara, nak saya tolong tak?" aku menggeleng laju. Bukan aku tidak mahu namun tidak mahu orang di sekeliling berfikir bukan-bukan tentang aku dan dia. Lagipula aku sudah menikah dan tidak manis jika aku menyambut huluran tangan daripada orang yang bukan mahramku.
Aku bangun dari dudukku akibat terjatuh tadi dan membersihkan kekotoran yang melekat di pakaian. Setelah berpuas hati, aku memandang ke hadapan dan menghadiahkan satu senyuman untuknya.
"Hai, Izz." Sapa aku dengan sangat mesra. Telefon Hilman yang turut terjatuh tadi dicapai dan diberikan semula kepada tuannya.
"Thanks and saya minta maaf tau sebab tak sengaja langgar awak tadi. Ralit sangat main handphone." Telefonnya ditayangkan di hadapanku. Aku sekadar menggelengkan kepala.
Hilman menyimpan kembali telefonnya di dalam poket seluar dan menatap wajahku. "Dah lama saya tak jumpa awak. Jom saya belanja makan?"
Aku apa lagi, mataku lantas bersinar dan terus mengangguk. Langkah kami diiringi dengan hilaian tawa.
Sampai sahaja di restoran, kami berdua mengambil tempat berdekatan dengan pintu restoran. Senang nanti untuk keluar dari restoran. Maklumlah, sekarang sudah memasuki waktu makan tengah hari dan pastilah agak sesak sedikit. Selesai memesan makanan serta minuman, kami melanjutkan perbualan yang tergantung tadi.
"So, apa khabar suami awak sekarang?" Soal Hilman. Aku mengangguk lembut tanda suamiku baik-baik saja. Pandanganku dilarikan daripada memandang Hilman.
Aku tahu, Hilman pasti ingin mengorek rahsiaku. Dalam ramai-ramai kawan lelaki, Hilmanlah yang aku selesa bercerita. Sampai bila soal kecurangan Mikhail ini ingin dirahsiakan? Lambat-laun rahsia ini akan terbongkar jua.
"Mikha curang, Izz."
Riak wajah Hilman berubah. Niat di hatinya sekadar ingin menceriakan topik perbualan dan tidak sesekali niatnya ingin mengetahui soal pernikahan Ayra dan Mikhail. Tapi jika sudah dibuka sendiri oleh tuan punya badan, apa salahnya jika dia menjadi pendengar yang setia. Selama ini, telinganya jugalah yang mendengar segala curahan hati gadis ini.
"What?"
Aku mengangguk lemah. Aku juga tidak tahu kenapa mulut ini menceritakan masalah rumahtangganya kepada orang luar. Ah! Aku tak kisah. Hati aku sakit sangat..
Perbualan itu terhenti dek penghantaran pesanan makanan. Kami berdua sekadar membalas senyuman agar tidak dihidu oleh pelayan itu. Setelah pelayan lelaki itu beredar, Hilman melanjutkan kembali.
"Mana awak tahu ni, Ara?"
Aku membuka tas tanganku dan mengeluarkan sampul putih itu lalu disuakan kepada Hilman. Hilman mengambilnya dan melihat segala isinya termasuk nota yang disertakan. Aku sekadar menjadi pemerhati sahaja.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...