Pagi ini aku bangun lebih awal daripada biasanya. Mikha kata, kami tidak jadi pulang ke rumah kediaman kami tapi ke tempat yang lebih menyeronokkan. Bukan itu sahaja, dia mengatakan bahawa itu sahaja caranya untuk menebus kesalahannya dan meraih kembali cinta aku.
Pada mulanya, aku berkeras menolak kerana aku tak ingin dia menjadi suami yang dayus kerana tidak bersikap adil. Tetapi setelah dia menelefon Ellyda di hadapanku dan mengatakan dia ingin membawa aku bercuti sebentar, aku menerima pelawaannya. Itu hanya kerana keizinan yang diberi oleh Ellyda. Cukuplah dia seksa perasaan aku, tak perlu melibatkan Ellyda sekali.
Ibu dan abah juga sedia maklum tentang keberangkatan kami pagi ini. Sarapan juga disediakan lebih awal kerana tidak mahu aku muntah sewaktu dalam perjalanan. Along juga ingin pulang ke rumahnya di Perak. Tapi seperti biasa, along memang sengaja nak menyakat aku.
"Hati-hati ye adik along. Tak mau nakal-nakal okay." Ujar along seraya mengusap lembut kepalaku yang sudah berbalut selendang.
Aku mengangguk seraya memeluknya. "Jap? Siapa cakap dengan Ara?"
Terus aku melepaskan pelukanku dan mencebik ke arahnya. "Habis tadi adik along tu apa? Bukan Ara?" Along menggeleng. "Bukan, adik along dah besar dah. Dia tak merajuk macam Ara sampai nak pergi bercuti baru nak baik."
Lalu, aku berikan cubitan menyengat ke perut along. Baru dia rasakan betapa sakitnya hati aku tika ini. Suka-suka ye cari masalah dengan ibu mengandung.
"Along.. tak baik kacau adik tu. Dah along pergi bersiap. Kata nak balik harini kan?"
"Baik ibu." Ujar along sebelum mengucup dahiku dan berlalu pergi. Itulah tanda along meminta maaf kepadaku jika dia membuat salah. Agak sukar untuk mendengar perkataan 'maaf' di bibirnya, tapi cukuplah ciuman kasih itu dihadiahkan untukku.
Setelah bersalaman dengan ibu dan abah, serta kak Rya, aku menerobos ke dalam kereta milik Mikha. Kedengaran tangisan dari ibu ketika kereta berlalu pergi. Hm, aku rindu ibu.
"Sayang? Sayang okay tak?" Soal Mikhail seraya melihat aku memejam mata sedari masuk kereta tadi. Aku mengangguk lembut tanpa bersuara.
"Nak muntah?" Ujar Mikhail lagi seraya mencapai tanganku dan dibawa ke dadanya. Lalu aku menggeleng lembut. "Tak adalah, saya okay je. Kenapa?"
Mikhail diam sambil tangannya mengenggam tanganku erat. "Terima kasih sayang sebab sudi maafkan saya walaupun saya tahu saya tak patut dimaafkan."
Mataku dibuka dan memandang ke arah pemilik empunya suara itu. "Semua di luar jangkaan awak kan? Sejauh mana saya bencikan awak, cinta saya lebih banyak untuk awak. Saya tak dapat nafikan yang saya tak sanggup nak kehilangan awak pun, Mikha. Mungkin sebab perasaan tu buatkan saya terkilan dengan apa yang awak buat." Senyumanku dihadiahkan untuknya.
Seraya itu aku dapat melihat wajahnya yang sedang tersenyum riang walau tiada balasan kata darinya. Aku tahu, dia suami yang baik. Apa salahnya kalau dia berpoligami kalau masih ada cinta untuk aku?
"I love you, sayang."
Dan akhirnya aku terlelap dengan kepalaku dilentokkan di bahunya.
***
"Sayang?" Mikhail menampar pipiku lembut setelah kami sampai ke destinasi. Aku mengeliat kecil sambil menggosok mataku. Hm, letihnya rasa.
Posisiku ditegakkan kembali dan menyandarkan kepala di penyandar kepala. Sesekali aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat di mana kami berada ketika ini. Mataku tertarik pada papan tanda yang berwarna biru di sebelah kiri kereta ini.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
EspiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...