"Saya dah balik." Ujar Mikhail sambil menguakkan pintu. Belum sempat aku ingin menyambutnya, Ellyda terlebih dahulu berlari anak ke arah muka pintu.
Hipokritnya.
"You dah balik? Meh sini beg you, I bawakkan." Beg bimbit yang berada di genggaman Mikha mula berubah pemiliknya. Matanya melilau mencari sesuatu. Mungkinkah Mikhail mencari aku?
Ayra, stopped it please..
Aku tersenyum hambar lalu melangkah masuk menuju ke bilikku untuk membersihkan diri. Belum sempat aku memulas tombol pintu, Mikhail terlebih dahulu memanggil namaku. "Ayra.."
Aku menoleh dan memandangnya. "Asal tidur bawah? Kenapa tak tidur kat atas?"
Belum sempat aku ingin menjawab, isteri kedua Mikhail terlebih dahulu membuka mulut. Dan semua kata-kata yang dikeluarkan di bibirnya dusta semata-mata. Sampai bila aku nak tengok lakonan dia ye?
"You, kak Ayra kan mengandung. Dah 4 bulan dah, jadi kak Ayra mesti akan lebih penat lepasni kalau dia asyik turun naik tangga je. So, kak Ayra ambil keputusan nak tidur je kat bilik bawah. Lagipun dekat dengan dapur. Mana tahu, bila malam kak Ayra lapar ke, senang nak turun makan."
'So, kak Ayra ambil keputusan nak tidur je kat bilik bawah.'
Sejak bila aku ambil keputusan macam tu? Bukan ke dia yang tiba-tiba herdik aku? Ya Allah.. Aku memandang wajah Mikhail untuk memberi jawapan melalui mata bahawa semua kata-kata Elly dusta. Tapi, aku silap. Pandangan mataku tidak lagi bermakna untuk Mikhail.
"Oh macamtu ye? Haa takpelah. Awak berehatlah. Saya nak naik mandi, nanti kita makan sama-sama ye. Malam ni saya tidur dengan awak, okay?" Ujar Mikhail seraya mencium dahiku.
Tak perlulah berjanji untuk tidur dengan aku, Mikha. Elly pasti akan buat seribu cara untuk halang kau. Aku sekadar tersenyum malas dan melanjutkan perbuatanku yang tergendala sebentar tadi.
***
Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, figura Mikhail muncul di hadapan pintu bilik yang sedikit terkuak. Kenapalah aku tak kunci pintu tadi?
"Assalamualaikum." Ujar Mikhail seraya menutup kembali pintu dan menekan tombol kunci.
"Waalaikumussalam." Aku bangkit dari pembaringanku dan duduk di birai katil. Tiba-tiba situasi ini menjadi sangat janggal untuk aku. Bukannya aku tidak pernah berdua dengannya sepanjang aku kahwin dengan dia. Tapi entah kenapa malam ini aku rasa tidak nyaman berada dekat dengan suamiku sendiri.
"Awak tak tidur dengan Elly ke?" Akhirnya aku memecahkan sunyi yang sudah berdurasi hampir 2 minit. Mikhail menghampiriku dan seraya membaringkan badannya di sampingku. "Kalau saya tidur dengan dia, buat apa pulak saya kat sini kan?"
Aku mengangguk lembut. Bukan itu jawapan yang aku mahukan, Mikha. Baru sahaja aku ingin bangun, Mikhail menarik tanganku menyebabkan aku kembali terduduk.
"Kenapa awak diam je ni? Awak tak suka ke saya tidur dengan awak?"
Aku menggeleng seraya membuatkan dirinya bangun semula dan duduk menghadapku.
"Habistu? Awak tak suka tinggal dalam rumah ni dengan saya?"
Ya Rabbi, kenapa dia ni? Aku menggeleng lagi.
"Habistu? Ayra, awak ada mulut, ada suara. Rasanya awak boleh bagitahu saya kenapa awak diam kan? Say something, Ayra Sophia." Ujar Mikhail serentak mengenggam tanganku. Aku tahu, dia sudah sampai had kesabarannya pabila dia menyebut nama panjangku.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpirituellesAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...