Aku tak tahu sama ada ingin gembira atau sedih dengan berita ini. Di telingaku ini, masih lagi terngiang-ngiang di mindaku apa yang doktor Ameer cakap. Di mata ini, masih lagi terbayang-bayang apa yang berlaku di hadapan mataku. MasyaAllah...
"Jangan-jangan dia mengandung tak?"
"What?!"
Aku menghembus nafas. "Yelah, dah kerap sangat muntah, apa lagi? Mengandunglah."
Itu juga simptom yang aku alami. Tapi tidaklah teruk sangat. Cuma muntah biasa sahaja dan dalam sehari tu, hanya berapa kali dan itupun waktu pagi sahaja. Orang putih kata apa? Haa, morning sickness. Lagipun waktu tu, aku tak ambil endah sangat dan menganggap perkara biasa sampailah aku gugur.
Untuk kehamilan yang ini, aku mencari info dengan lebih teliti kerana ini sahaja peluang terakhir yang aku ada untuk diberikan kepada suami aku, Danish Mikhail.
"Yeke? Tak semua orang yang mengandung sama simptom dia. Saya rasa dia keracunanlah."
Ujar Mikhail. Nadanya kedengaran seperti tidak puas hati sahaja. Ish, aku cakap tak nak percaya. Degil.
"Awak dah telefon doktor ke belum?" Soalku. Selepas sahaja Mikhail membalas 'dah', aku lanjutkan lagi kataku. "So tunggu dia datang and tengoklah sama ada apa yang saya cakap tu betul ke tak."
Mikhail diam. Sesekali itu, terdengar deruan nafasnya. Nafasnya tidak teratur seperti sedang gelisah. "Awak okay tak ni?"
"Saya okay je. Kalau apa yang awak cakap tu salah macam mana?"
Sedih ke kalau salah? Oh..
"Jadi awak sedihlah ni kalau yang saya cakap tu salah? Maknanya awak memang harapkan anak daripada dia? Bukan daripada saya? Kan?"
"No, sayang. Tapi saya-" lantas aku memotong bicaranya. "Saya apa? Sudahlah, Mikha. Cakap je awak memang harapkan anak daripada dia. Yelah, dia kan subur. Baru berapa minggu kahwin, dah mengandung. Orang kata apa? Bunting pelamin! Bestnya. Tak apalah, kalau ye, nanti adalah anak saya kawan. Tak adalah dia bosan sorang-sorang."
Baru sahaja Mikhail ingin membidas, aku terlebih dahulu memotong bicaranya. "It's okay, Mikha. Anak tu kan rezeki? Kenapa nak tolak? Kalau salah apa saya cakap tu, cuba lagi lain kali. Mana tahu boleh dapat kembar. Kan?"
"Apa awak ni sayang? Saya tak cakap pun saya sedih atau apa. Cuma, takkanlah dia mengandung? Kitaorang baru kahwin berapa minggu."
Heh.
"Habistu? Awak tak buat ke malam pertama?"
Ya Allah, Ayra Sophia! Apa jenis soalan kau tanya ni? Itu kan peribadi dia?!
"Okay, lupakan. Macamnilah eh, saya datang rumah tu, nanti kita dengar sama-sama okay? Bagi alamat, nanti saya datang." Lantas aku mematikan panggilan itu. Sesekali itu, aku menyumpah diriku sendiri. Ya Allah! Kenapalah mulut ni boleh tanya soalan macamtu? Ish, tak malunya...
Selepas beberapa minit, akhirnya aku tiba di rumah suamiku atau lebih tepat, rumah isteri keduanya, Ellyda Zahra. Sampai sekarang aku tak faham dengan Mikhail. Kenapa dia tak nak bawa Ellyda ke rumah dia? Lagipun, aku dah tak duduk situ dah kan?
Hm.
Ke dia tak nak sesiapa gantikan tempat aku?
Eh! Lupa ke? Dia pun dah gantikan tempat kau pun. Dia dah kahwin dua. Lupa?
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...