"You tahu tak I bosan? Baru kahwin, suami I dah tinggalkan I. Sibuk dengan bini pertama dia tu. I ni macam bukan bini dia je." Luah Ellyda sambil meneguk minuman haram itu.
Sejak Mikhail pergi bercuti, dia lebih suka meluangkan masa di club malam itu. Perkara ini menjadi hobinya sejak emosinya terganggu dek suaminya yang ralit sahaja dengan madunya. Entah kenapa, dia memerlukan ketenangan dan cara yang salah ini diambil sebagai hobi.
Emosinya juga menghalang mindanya berfikir secara waras. Hampir setiap malam dia menghabiskan masanya di club itu sahaja. Berpuluh-puluh ribu duit dihabiskan pun dia tidak peduli, janji fikirannya tenang daripada masalah yang melanda hatinya. Bohong sahaja jika dia mengatakan dia okay jika suaminya tidak bersamanya. Manakan dia dapat menahan rasa, padahal dia baru sahaja mendirikan rumahtangga. Sepatutnya yang pergi bercuti berdua itu dia, bukan madunya. Lagi pula, dia yang seharusnya bercuti dan meluangkan masa berdua kerana madunya sudahpun hamil.
"I tahu, tapi you tak perlu kot sampai nak mabuk teruk macam ni." Ujar Raf, lelaki yang baru berkenalan dengannya sejak beberapa hari yang lalu. Seiring pemergian Mikhail bercuti di Terengganu, dia juga pergi ke club itu untuk menghilangkan stres.
Raf seorang lelaki yang masih bujang dan tidak peduli berkawan dengan Ellyda walaupun statusnya sudah berkahwin. Bagi Raf, sesiapa sahaja yang datang ke club itu mempunyai matlamat yang sama, menghilangkan stres. Raf dahulunya lelaki yang baik tetapi berubah setelah kekasih hatinya meninggalkannya dek lelaki lain. Hal yang paling menyayat hati, kekasih hatinya itu membuat perkara sumbang di hadapan matanya sendiri untuk menyakinkan Raf bahawa dia langsung tidak mencintai Raf, malah selama ini dia sekadar ingin menghabiskan duit Raf sahaja.
Sejak itu, Raf tekad untuk tidak lagi setia pada cinta. Dia hanya mahu mempermainkan cinta dan baginya cinta itu sampah dan melemahkan manusia. Sejak itu, dia sering mengunjungi club itu sekadar untuk melempiaskan nafsunya pada perempuan lain. Baginya, perempuan sekadar hamba seks bagi semua lelaki. Sama seperti kekasih hatinya yang mendambakan seks dan bukannya kasih sayang.
"I buntu, I tak tahu nak buat apa lagi. I rasa I ni macam bukan bini dia je." Ujar Ellyda sambil meneguk lagi arak di hadapannya. Masuk kali ini, sudah hampir tiga gelas air itu masuk ke kerongkongnya.
Tangan Ellyda diraih Raf. Raf mengenggam erat tangan Ellyda dan mengelus lembut. "Elly, you masih ada cara nak dapatkan suami you balik. Well, cara baik tak jalan, so you must use the dirty ways."
Lantas Ellyda memandang Raf yang sedang mencium lembut tangannya. "What do you mean by dirty ways?"
Raf merapati Ellyda dan membisikkan sesuatu. Terus terbungkam bibir Ellyda tanpa sebarang kata. Dia memandang Raf tanpa berkelip. "You gila ke apa? No, I tak nak."
Raf ketawa dan memeluk bahu Ellyda. "Elly, Elly. You buat baik pun, laki you tak pandang you pun. Dia still sibuk dengan madu you. So, you kenalah guna cara kotor kalau nak dapatkan perhatian daripada dia. Well, itupun kalau you nak dia sayang you lah. If you tak nak, I tak paksa. I cuma nak tolong you je. Lagipun, I tak dapat apa-apa pun kan? You je akan dapat laki you balik." Kemudian, Raf kembali meneguk arak di hadapannya dan menghulur segelas lagi kepada Ellyda. Sesekali itu, senyuman sinis terukir di bibirnya.
***
"Kita balik awal sikit boleh tak?"
Mikhail yang sedang ralit bermain telefon bimbit terus menoleh ke arah aku yang sedang terbaring di birai katil.
"Kenapa? Awak tak suka holiday lama-lama dengan saya ke?"
Ini aku malas nak ajak bincang. Sejak berbaik ni, Mikha lebih suka berfikiran negatif sahaja tentang aku. Ingat aku jahat sangat ke? Lantas jelingan maut aku hadiahkan buatnya.
"Tak ada kerja eh nak fikir buruk pasal saya? Awak lupa eh apa saya cakap haritu? Kan saya dah kata, saya tak nak cuti lama-lama sebab Maya dah nak kahwin."
Terus Mikhail mengangguk dan membuat reaksi 'ohh'. "Takkanlah kawan saya kahwin, saya tak nak datang kan? Lagipun, dia seorang sahaja kawan yang saya ada dan dia seorang sahaja yang saya dapat tolong apa yang patut."
"Yelah, saya minta maaf. Saya lupa pasal tu. Esok kita baliklah eh? Maya kahwin hari jumaat kan? So, esoklah kita gerak balik sebab saya malas nak redah jammed." Aku mengangguk sahaja tanda setuju.
Tak sabarnya nak tengok kawan baik aku menikah. Akhirnya, percintaan mereka diakhiri dengan pernikahan. Dulu pernah jugalah aku ajak Maya kahwin sekali dengan aku. Biar kitaorang kongsi bulan nikah yang sama tapi bak kata Maya, "Kahwin ni bukan nak ikut orang, kahwin ikut kemampuan masing-masing." Jadinya, aku sahaja yang naik pelamin awal.
Jenis aku pula, aku tak suka tangguh benda baik. Biarpun majlis tu tak semeriah dan semegah orang lain, yang penting mengikut ajaran Islam. Lagi pula, buat apa nak membazir duit untuk hari perkahwinan sahaja? Sedangkan hari-hari yang mendatang selepas perkahwinan itu lebih banyak memerlukan duit. Dunia yang serba moden ini, duit amat penting untuk melangsungkan kehidupan.
Lebih-lebih lagi, pasangan yang mempunyai rezeki awal untuk memperolehi zuriat. Lagilah kena pakai duit banyak. Tapi tak apelah, rezeki masing-masing kan? Apa-apa pun, aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi walau hujungnya agak perit juga untuk ditelan.
Biarlah, walau aku dah agak lama dalam perkahwinan dan ini kali pertama aku mengetahui sendiri pengalaman mengandung walau sudah beberapa kali aku mengandung tanpa aku sedari dan semuanya berakhir dengan berita duka. Tapi, Allah gantikan dengan anugerah kecil yang kini berada dalam perutku.
Sekali lagi aku diuji dengan kehadiran seorang wanita yang berjaya memperoleh cinta suamiku. Aku tidak tahu silapnya di mana, tapi aku terpaksa akur dengan takdir aku sendiri. Biarlah terpaksa bermadu, yang penting Mikha tahu membahagikan masanya. Lagipun, aku tak nak digelar isteri nusyuz.
Jap. Cerita pasal bahagi masa, aku rasa masa yang dibahagikan Mikha untuk kedua-dua isterinya macam tak adil sahaja? Mikha lebih meluangkan masa dengan aku padahal dia baru sahaja mendirikan masjid untuk kali kedua.
Apa yang aku dah buat ni?
"Mikha, awak tak perlu teman saya ke kenduri Maya lah nanti. Lebih baik awak luangkan masa dengan Ellyda. Lagipun dia isteri awak jugak, bukan saya seorang sahaja."
"Kenapa awak nak buat baik ni, sayang? Saya buat semua ni sebab nak tebus salah saya. Saya sepatutnya tak buat semua tu dan lebih banyak luangkan masa dengan awak. Awakkan tengah mengandung dan tahu kan risiko awak tinggi sangat. Saya tak nak kehilangan awak."
Tapi hujungnya, awak bakal kehilangan saya jugak, Mikhail.
"Tapi awak ada dua tanggungjawab tau. Saya cuma tak nak awak jadi dayus je. Awak dah berkahwin dua, jadi awak kena bersikap adil. Awak pun kena terima takdir ni. Don't worry, saya okay. Saya dah terima yang awak berpoligami. As long awak ada dengan saya, I'm happy. But please, jangan main-main dengan perkahwinan. Jangan suka-suka pinang anak dara orang, dan jangan suka-suka lepaskan macam tu je."
Mikhail mengangguk dan perlahan-lahan dia mengatakan okay walau aku tahu dia separuh rela sahaja. Tak apalah, yang penting dia menjalankan tanggungjawabnya untuk Ellyda. Walaupun aku benci kenyataan ini, tapi sebelum aku pergi, aku nak jadi isteri yang solehah yang mampu memberi dan mengajak suamiku ke syurga.
In shaa Allah.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualitéAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...