Sudah beberapa hari aku menunggu khabar daripada Hilman, namun tidak jua dihubungi. Pernah juga aku cuba menghubungi namun tidak berjawab. Malah ditinggalkan mesej, "sorry, saya busy."
Mungkin betul dia sibuk dengan kerjayanya. Mungkin juga dia malas ingin bertemu Doktor Amer. Dan mungkin juga dia tidak mahu menolong aku.
"Allahurabbi." Aku mengeluh. Kadang-kadang aku berjaya redha dengan semua takdir Ilahi. Kadang-kadang aku pasti akan menyalahi takdir kerana ianya benar-benar tidak adil untukku. Kadang-kadang aku rasa ini semua sekadar mimpi ngeri dan tidak akan pernah terjadi dalam realiti hidup.
Tapi, aku salah menilai. Kadang-kadang Allah hadirkan satu ujian tu bukan sebab Dia nak kita mengeluh, bukan sebab Dia nak tengok kita menderita. Tapi sebab Dia nak tengok hambaNya bangkit kembali dan mencariNya. Mungkin aku yang terlalu ego sehinggakan aku lupa penciptaku. Terlalu sibuk melayan perasaan sehingga aku lupa, Allah Maha Mengetahui.
Belajar untuk redha dengan semua ini yang sepatutnya aku lakukan. Bukannya menyalahi takdir Allah. Kesemua jalan hidup aku, kesemua aturan hidup aku, Allah dah tetapkan dari aku masih dalam kandungan ibu lagi. Jadi mengapa aku kena menidakkan takdir?
Terima yang aku tidak mampu mempunyai anak. Aku tahu, hinanya seorang wanita itu apabila keistimewaannya tiada. Keistimewaan yang semua wanita sepatutnya ada. Tapi wanita itu bukan aku.
"Ya Allah.. Beri aku semangat dan petunjukMu." Sesekali aku berdoa. Aku yakin, saat ini Allah sedang melihatku, sedang memerhatikanku. Aku yakin, Allah cuma nak aku hadapi ujianNya dengan hati yang kuat, dengan iman yang kental.
"Sayang! Buat apa tu?" Jerit Mikhail sambil membawa makanan. Cepat-cepat aku kesat air mataku sambil tersenyum. "Tak buat apa-apa pun. Cuma tengah berangan."
Makanan yang tadi berada di genggaman tangannya, kini sudah diletakkan di atas pinggan. "Oh ye? Berangan apa?"
"Saya tengah berangan yang saya dapat kahwin dengan putera kayangan." Ujarku bergurau. Mungkin di luar, aku kelihatan gembira sekali. Namun, di dalam hatiku, terasa hiba ketika ini. Kalaulah Mikha tahu apa yang aku rasa, mungkinkah dia akan menenangkan aku?
"Yela, orang tu dah ada putera kayangan. Kita je tak ada siapa yang nak. Hm." Perlahan sahaja suaranya. Alee, Mikhail merajuk wey..
Aku ketawa seiring melihat riak wajahnya yang merajuk itu. "Kalau awak senyum mungkin handsome sikit. Tapi sumpah Mikha, kalau awak merajuk macam ni, muka awak buruk gila. Rasanya, chimpanzi dekat hutan tu lagi handsome." Ops!
"Sayang! Teganya hatimu berkata begitu..." Dia berpeluk tubuh sambil mencebik. "Saya tak pandai pujuk orang yang merajuk ni. Tapi, saya nak tanya boleh?" Dia mengangguk perlahan sambil posisinya masih sama.
Mikha..Mikha.. Macam manalah kehidupan saya nanti kalau awak betul-betul nak kahwin dengan perempuan tu? Saya betul-betul tidak mampu nak berkongsi awak dengan siapa pun.
"Hei, mengelamun pulak. Tadi awak nak tanya apa?" Lah, aku mengelamun ke?
"Makanan atas meja tu saya punya ke?" Soalku seiring dengan hilaian tawa. Lagilah dia mencebik panjang. "Aah makanan awak, sayang. Awak tak makan lagi kan? Dari pagi asyik mengelamun je. Sebab tu saya masakkan awak mee goreng. Cuba rasa, sedap tak suami awak yang macam chimpanzi ni masak?"
Ceyh, dia sindir aku pula.
"Saya gurau jelah. Awak suami saya, awak bukan chimpanzi. Serius awak masak? Tak dengar pun awak masak? Yeke masak? Ke beli?"
"Tak nak percaya sudah. Tak nak makan sudah. Bagi saya makanlah. Banyak betul komennya." Gumamnya sambil mengambil pinggan itu.
HAHAHA. Rindu nak tengok dia merajuk macam ni. I love you, sayang.
"Nganga mulut."
Haa?
"Tadi kata awak nak makan? Makanlah. Saya tak lapar pun." Tapi macam biasa, kesemua kata-kataku tidak diendahkan. Terpaksalah aku membuka mulut.
"Saya tahu awak lapar. Saya dah makan tadi, lagipun makanan ni awak punya. Kalau awak tak nak suap sendiri, tak apa. Biar saya suapkan. Biar rasa dia lagi manis." Mikhail cuba melawak. Akhirnya, kami sama-sama ketawa.
Jujur, aku tidak mampu kehilangan suamiku, Danish Mikhail. Hari-hari, rasa sayangku padanya, rasa cintaku, rasa rinduku seakan bertambah walaupun aku tahu kini perasaannya bukan hanya untukku seorang.
Ada wanita lain yang mampu bertempat di hatinya. Bukan aku seorang sahaja tapi ada perempuan lain yang aku hanya kenal melalui berita yang entah dari siapa. Setakat ini, cuma nama sahaja yang aku tahu. Mungkin, dia mampu bahagiakan Mikhail? Mungkin juga dia mampu hadiahkan Mikhail yang aku sendiri tak mampu beri.
Apa seharusnya aku redha dan izinkan dia berkahwin lain? Terima diri ini bakal dimadukan dan terima poligami dalam kehidupan. Poligami itu sunnah nabi dan aku sendiri tidak mampu mengubahnya. Kata orang diluar sana, poligami itu perit, pedih dan sakit. Terpaksa berkongsi orang yang paling kita sayang dengan wanita lain.
Allahu..
Aku menayangkan tapak tanganku ke arah Mikhail sebagai tanda aku tidak mahu makan lagi. Perutku juga sudah diisi, jadi aku tidak perlu risau kalau nanti perutku masuk angin. "Saya dah kenyanglah, Mikha."
Seperti biasa, Mikhail langsung tak mengendahkan kata-kata aku. Sudu masih disuakan ke mulut. Tak baik melawan kata suami, neraka tempatnya. Akhirnya, aku buka juga mulut dan menelan mee goreng itu. Sejak dua menjak ni, aku langsung tiada selera makan walaupun disuap.
"Sikit sangat awak makan ni.. Awak tak sihat ke? Kita jumpa doktor, okay?" Ujarnya seraya meletakkan pinggan itu kembali di atas meja. Aku geleng perlahan sambil melentokkan kepalaku di bahunya.
"Saya cuma nak awak di sisi saya je. Boleh?"
"Boleh je sayang. Saya kan milik awak?" Ujarnya sambil perlahan-lahan mengusap rambutku. Sesekali dia menyelak rambutku ke belakang telinga. Sentuhannya membuatkan aku terbuai. Aku rindu kemesraan Mikhail yang dulu. Terima kasih Ya Allah.
"Kalau diberi peluang, saya akan jaga diri awak baik-baik. Kalau diberi peluang juga, saya nak jadi orang yang paling penting dalam hidup awak. Kalau diberi peluang, saya nak awak bahagia dengan saya. Kalau diberi peluang, cuma awak dalam hati saya. Tapi sekarang sa-"
Lantas aku meletakkan jariku ke bibirnya. "Takdir Allah itu indah, Mikha. Saya tahu, kalau boleh awak tak nak duakan cinta saya tapi saya juga kena faham keadaan dan situasi awak. Mungkin, Allah aturkan jalan hidup awak macam ni sebab nak awak rasa bagaimana indahnya jadi seorang ayah. Awak sendiri tahu, saya takkan mampu bagi awak zuriat dan awak takkan dapat jadi seorang ayah kalau awak tak jatuh cinta dengan dia."
Terasa sebak apabila aku mengutarakan kata-kata itu. Hatiku terasa sakit sekali. Namun, aku seharusnya redha dengan semua ini. Sudah tiba masanya, aku mengalah dengan semua ni. Aku tak boleh egois, aku kena fikirkan keinginan Mikhail juga.
"Kalau awak sayangkan saya, tolonglah cari kebahagiaan awak. Saya akan belajar redha dengan semuanya."
"Mulalah tu nak merepek. Ayra, I love you. Love you so much. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa sayangnya saya pada awak, sayang. Menjadikan awak yang halal bagi saya pun dah jadikan saya orang yang paling bahagia. Cuma saya tersilap langkah sehingga mampu membuka hati untuk wanita lain. It's my fault, sayang."
Riak wajah Mikhail berubah. Sedikit keruh dan sedikit bergenang di kelopak matanya. Allahu, aku tiada niat nak tunding jari padanya.
"Dan ini semua takkan terjadi tanpa izin Allah. Percayalah, semua ni aturan dari Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Cukuplah saya tahu, awak mampu bahagiakan saya dan awak masih di sisi saya. Itu dah mampu buat saya bahagia, Mikha."
Mikhail menarikku ke dalam pelukannya. Ya Allah, aku rindu kehangatan pelukan ini. Aku rindu sentuhannya. Seandainya Mikha tahu, jauh di sudut hati aku, aku tak terima kalau Mikha akan berkahwin dengan perempuan tu. Aku sayangkan dia. Aku sayang sangat sampai aku tak mampu nak berkongsi kasih. Aku nak dia jadi milik aku. Hanya aku.
"I love you too, hubby."
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...