"Kau balik dengan siapa?"
Terkejut aku mendengar soalan itu. Aku kenal sangat suara siapa yang menyapaku tadi. Tapi kenapa...?
"Mikha?"
Dalam keadaan yang gelap, aku cuba mengamati di mana posisi Mikhail sebenarnya namun gagal. Mataku tidak dapat mengenal pasti. Kemungkinan Mikhail memakai pakaian berwarna hitam?
"Kau tak payah nak cari aku. Jawab soalan aku tu!"
Terketar-ketar aku mendengar jerkahan itu. Kenapa bila aku pulang ke rumah lewat malam sebegini, pasti bibirnya akan menjerkah aku. Tapi kali ini berbeza sedikit. Panggilan saya-awak telah ditukar kepada aku-kau. Entah kenapa ini semua terjadi...
"Ka..kawan saya hantar balik." Mungkin kerana ketakutan menyerbu menyebabkan saraf mulutku sedikit terganggu dan menyebabkan aku sedikit gagap. Dua ketakutan menyerbuku sekaligus. Ketakutan dengan Mikhail dan ketakutan gelap. Mungkin agak kelakar tapi ya, aku memang takut gelap.
"Kawan ke boyfriend kau? Pengganti baru aku ke?"
Aku tak tahu nak tafsirkan bagaimana keadaan ini. Bayangkan, kau berinteraksi dengan seseorang tanpa melihat wajah dan dalam kegelapan! Bayangkan, apa yang bakal mata kau nampak nanti?
"My friend not my boyfriend. Siapa yang nak saya ni? Saya isteri orang. Hak orang. For what dia nak saya?" Bidasku. Mikhail dah gila ke? Dia lupa ke yang status aku masih isteri dia?
Mikhail ketawa. Bergema ruang tamu ini. Ketakutan yang aku rasa lebih menakutkan berbanding tadi. Aku takut kalau-kalau aku bakal melihat kak ponti atau kak pocong. Hish! Mulut ni pun.
Pap! Terkelip-kelip mataku untuk menyesuaikan keadaan. Mikhail dah tekan suis lampu. Barulah aku perasan yang Mikha berada di sisiku sahaja cuma jaraknya yang agak jauh sedikit.
"Balutan kat kepala kau ni kenapa?" Soalnya. Intonasinya masih agak sama. Tiada tanda-tanda bahawa dia akan mendekatiku. Masih dalam posisi yang sama.
"Err.. Tak ada apalah. Sikit je." Balasku senada. Aku tak nak kalau-kalau dia risau tentang aku.
"Aku tak nak peduli pun pasal kau. Perempuan macam kau ni tak layak nak peduli. Bila orang peduli, kau naik minyak!"
"What do you mean, Mikha?" Soalku sambil mengangkat pandanganku lalu memandang wajah yang sangat aku rindui. Kata-katanya agak kasar dan menyinggung perasaanku.
"Tak payah nak acah dengan aku boleh? Tiga hari kau tak balik rumah kau pergi mana?! Pergi hotel dengan jantan lain?! Hebat kau, Ayra!"
Rambutnya direntap kasar. Aku tahu kemarahannya sudah memuncak. Tapi kenapa sebegitu dia menuduhku? Aku tak balik sebab aku ditahan wad bukan pergi hotel.
"Saya tak ke mana-mana pun. Ke hotel jauh sekali, Mikha. Saya..saya.." Tergagap aku ingin menjawab soalan Mikha memandangkan wajahnya sudah berubah riak.
"Saya apa?!"
Aku diam seribu bahasa. Aku tak nak membalas apa-apa. Aku takut. Sumpah aku takut.
"Kau marah bila aku curang, tapi kau? Kau pun curang belakang aku! Keluar dengan jantan lain, siap makan pulak tu! Kau fikir aku tak tahu apa kau buat belakang aku? Konon bercuti padahal pergi keluar dengan jantan lain! Hey, aku suami kau lah! Pahal kau nak tagih kasih jantan lain?!"
Makan? Maksudnya, Mikha nampak aku dekat hospital? Mikha buat apa dekat hospital?
"Awak ada dekat hospital? Awak buat apa dekat sana?" Aku tak peduli tentang statement apa yang Mikha tahu, yang penting aku nak tahu Mikha buat apa dekat hospital petang tadi. Itu lebih penting daripada bertekak dengannya.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
DuchoweAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...