18

3.5K 58 7
                                    

"Sayang, awak tak payah tunggu saya harini. Saya balik lewat sikit. Oh, saya pun tak balik makan tengah hari." Ujar Mikhail seraya mencium dahiku. Aku sekadar mengangguk lembut dan memberi senyuman nipis.

Aku sekadar menghantar tubuhnya pergi melalui lirikan mata. Aku mengambil keputusan untuk baring sahaja hari ini memandangkan Mikhail pun tidak pulang tengah hari nanti. Jadi, aku ada banyak masa hari ini untuk merehatkan sekejap badanku. Entah kenapa, dua tiga hari ini badanku terlalu letih dan kerap sakit. Mungkin sendi-sendi ototku perlukan rehat juga.

Baru sahaja mataku ingin terpejam, perutku tiba-tiba terasa senak. Bukan senak yang biasa-biasa tapi senak yang aku tak pernah alami seumur hidup. Allahu, kenapa ini?

Tanganku memicit perlahan perutku untuk meredakan kesakitan itu. Namun, ianya gagal. Semakin senak sehingga air mataku menitis perlahan. Lantas, aku gagahkan jua untuk mengambil telefonku di atas meja sebelah katil. Mujur sahaja tidak terlalu jauh untuk aku gapai.

Aku terus mendail nombor Mikhail namun tiada jawapan. Aku dail semula, namun masih sama. Aku terus mendail nombor Maya namun tidak dapat dihubungi. Oh, baru aku ingat. Maya sekarang berada di luar kawasan kerana mengikut tunangnya ke luar negara. Mungkin sahaja tika ini, telefonnya masih di mod pesawat?

Lantas aku mendail nombor Izz. Hanya itu sahaja yang terdetik di fikiranku. Alhamdulillah, dapat dihubungi.

"Assalamualaikum, Hilman. Tolong saya.." Rintihku perlahan sambil menahan sakit di perutku.

"Waalaikumussalam, kenapa Ara?  Awak okay tak ni? Awak nak saya tolong apa?" Suaranya juga kedengaran cemas. Salah aku ke buat dia risau?

"Perut saya sakit. Boleh tolong bawa saya ke hospital? Saya nak jumpa Doktor Amer. Saya takut saya alami pendarahan lagi. Please." Ujarku seraya panggilan diputuskan dan kemudian duniaku gelap.

-*-

Perlahan-lahan, aku buka mataku. Kelihatan cahaya lampu di atasku menyakitkan sejenak mataku. Aku pejam kembali dan perlahan-lahan aku buka kembali. Agak lama aku cuba menyesuaikan diri, akhirnya aku mampu memandang segenap ruang. Aku sedang terbaring di atas katil, berpakaian warna hijau dan di tanganku terlilit satu wayar.

Ye, aku masih berada di hospital. Setelah aku menelefon Hilman, aku lantas pengsan dan aku tak tahu apa yang terjadi setelah itu. Mungkin beberapa minit selepas itu, Hilman datang lalu membawaku ke hospital.

"Ara, dah bangun?" Ujar Hilman setelah melihat mataku melilau memandang ke kiri dan ke kanan.

"Mikha mana?" Soalku tanpa membalas soalannya. Kelihatan riak wajah Hilman sedikit berubah berbanding tadi. "Kenapa?"

"Saya tak call dia lagi. Lagipun, saya tak tahu nombor dia." Betul juga. Aku lupa yang aku tak pernah bagitahu nombor Mikhail ke Hilman. Lagipun, telefonku mempunyai password. Jadi, mungkin sebab itu juga dia tidak dapat menghubungi Mikhail.

Husnuzon.

Terus aku mendail nombor Mikhail. Lama juga aku tunggu untuk dia angkat, namun gagal. Masuk voicemail. Busy sangat ke ni?

Aku cuba lagi dan lagi. Masih juga sama. Gagal dan masuk voicemail. Lalu, aku mengambil keputusan untuk menghantar sms sahaja. Moga-moga nanti dia baca dan terus menuju ke sini.

Me : Mikha, saya ada dekat hospital ni. Tadi, lepas awak pergi kerja, tiba-tiba perut saya sakit. Saya ada call awak tadi tapi tak berangkat. Jadi, saya call kawan saya and dia yang bawak saya ke hospital. Kalau awak dah tak busy, awak datanglah sini. Saya tunggu awak, Mikha :)

Usai menghantar mesej, aku meletakkan telefonku di atas meja. Kemudian, aku memandang Hilman yang ralit duduk sambil merenung jauh. Dia terasa ke?

"Izz, terima kasih sebab sudi tolong saya. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa jadi dekat saya. Doktor Amer kata apa? Saya sakit apa?"

Hilman senyum dan memandangku. "Sama-sama, Ayra. Saya kan kawan awak, jadi tugas kawan untuk bantu kawan-kawan dia. Mana tahu, hari ini saya tolong awak, esok lusa awak tolong saya, kan?"

Aku angguk dan menghadiahkan senyuman buatnya. "Awak mana ada sakit apa-apa. Cuma, hajat awak dah tercapai sepenuhnya."

Err, hajat?

Mungkin terperasan riak wajahku yang seakan tidak mengerti, Hilman kembali melanjutkan kata-katanya.

"Tahniah, Ara. Awak dah mengandung 2minggu. Doktor kata, awak kena duduk rehat je. Jangan buat banyak kerja. Kandungan awak masih baru lagi. Lagi satu, risiko tinggi kali ini. Saya harap, awak jangan stress. Bukan kesihatan janinnya terganggu, kesihatan awak juga akan terganggu."

Aku mengangguk lembut seraya mengucapkan syukur kepada Ilahi. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya.

Kemudian, Hilman menyuakan makanan ke mulutku. Mula-mula aku tolak kerana tidak manis dipandang orang, namun bila memikirkan keadaan aku yang masih lemah, maka aku menuruti sahaja. Perutku juga perlu diisi, lagi-lagi ada nyawa dalam perutku.

Sedang ralit mengunyah makanan, pintu dikuak laju. Kelihatan Mikhail sedang berdiri dan membawa bunga di tangan. Waktu itu juga, Hilman sedang menyuakan makanan ke arah mulutku. Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk mengatakan ini semuanya salah faham, Mikhail terlebih dahulu menghamburkan kata-katanya.

"Ini ke kawan awak? Nice, Ayra." Terus dicampak bunga dan terus berlalu pergi. Aku perasan akan riak wajahnya yang kecewa melihatku dengan lelaki lain. Tapi, aku kan tak sengaja?

Aku terus pandang Hilman yang sedang meletakkan kembali pinggan di atas dulang. "Izz, tolong kejar Mikha dan tolong jelaskan semua ni. Please, Izz. Saya merayu dengan awak."

"Saya tahu, saya akan kejar dia. Awak jangan risau, okay. Saya penyebab semua ni dan saya akan betulkan kembali. Awak jangan stress dan rehat, okay."

Aku mengangguk dan melihat Hilman keluar dari wad ini. Ya Allah, janganlah biarkan Mikhail terus dengan egonya. Aku memerlukannya untuk kehidupan seterusnya bersama anugerahMu ini.

Maafkan aku, Ya Allah.

Saya minta maaf, Mikhail.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now