Beg bagasi yang tersandar di dinding dikerling perlahan oleh sepasang anak mataku. Tubir mataku sudah ditakungi air mata yang sedari tadi ralit menangis. Aku tak tahu kenapa aku yang kena lalui semua ini. Kalau aku tahu, Mikhail akan ambil keputusan macam ni, aku takkan datang ke rumah Ellyda untuk mengetahui kebenarannya. Lebih baik aku menunggu sahaja panggilan daripada Mikhail.
Memang kalau orang dah gembira, dia memang tak sedar eh apa yang dia cakap tu akan guriskan hati orang yang mendengarnya?
Puas aku memujuknya semalam melalui telefon tapi Mikhail tetap dengan keputusannya. Dia sayangkan kedua-duanya dan kedua-duanya juga mengandungkan anaknya. MasyaAllah, beratnya dugaanMu ya Allah.
Aku mengandung.
Ellyda mengandung.
Anak Mikha.
Apa semua ni?
Mungkin itu agak perit untuk dijalani oleh orang lain, tapi lagi perit dan sakit apabila aku kena sebumbung dengan madu aku sendiri. Aku, Mikha dan Ellyda duduk dalam rumah yang sama?!
Orang yang tak ada hati je akan lakukan semua tu. Tapi, Mikha tetap memaksa aku. Dia menggunakan agama dalam hal ini dan aku, aku tak mampu menolaknya.
"Kalau awak rasa awak nak syurga, jadi ikut cakap saya. Awak jangan lupa ye, syurga isteri di bawah telapak kaki suami."
Aku ingat Mikhail dah berubah tapi tak. Sangkaan aku meleset jauh. Mikhail hanya berpura-pura meraih maaf aku dan ini kali kedua Mikha menipu aku. Sudahlah, aku dah penat dengan semua drama ni. Perlahan-lahan, aku mengesat air mataku.
"Kalau ini yang kau nak, okay aku buat. Aku ikut cakap kau, aku dengar arahan kau. Tapi semua yang aku buat tu bukan atas dasar cinta, tapi atas dasar kau suami aku. Cinta aku dekat kau dah mati. Buat apa aku cintakan kau, kalau kau sendiri seksa aku dalam permainan kau. Maaf, Mikha. Aku dah penat."
Ujarku perlahan sambil menarik bagasi itu keluar dari bilik. Aku nekad dengan apa yang aku buat. Lagipun tak lama. Lepas semua ni selesai, aku takkan menyusahkan mereka berdua lagi.
-*-
"Assalamualaikum." Ujarku seraya menarik bagasiku dan berdiri di hadapan pintu rumah. Rumah aku dan Mikha. Rumah yang dulunya Mikhail pernah kata bahawa tiada perempuan lain yang akan menginap di sini kecuali aku. Tapi, hari ini dan hari-hari berikutnya dapat membuktikan bahawa kata-kata Mikhail itu semuanya dusta belaka.
Mataku bergenang lagi. Tapi, dengan pantasnya aku mengesat. Mikhail tidak layak ditangisi langsung. Perangainya tidak akan berubah walaupun selama ini, layanan dia cukup baik. Sehinggakan usaha yang dia cuba tunjukkan untuk meraih maafku juga hanyalah pembohongan yang dirancang.
"Waalaikumussalam. Ayra, marilah masuk." Ujar Ellyda Zahra yang merupakan maduku dan setelah ini, aku akan tinggal sebumbung dengannya. Aku mengangguk lembut dan menarik bagasiku ke dalam rumah.
Baru sahaja aku ingin melangkah menuju ke bilik aku dan Mikhail, Ellyda lantas menghalang jalanku.
"Nak pergi mana?"
Lantas aku menunjukkan bilik di hadapanku. "Saya nak masuk bilik sayalah."
Ellyda terus melepaskan ketawanya. "Hei, berangannya kau. Kau tak layaklah. Kau sedar tak? Mikha tak sayang kau pun sebenarnya. Kalau dia sayang kau kenapa dia ajak kau tinggal sebumbung dengan kami? Eww, tak malunya kau. Dah, bilik kau kat bawah. Kau tak payah nak mengada-ngada nak tidur dekat situ. Duduk bilik bawah tu."
Aku terkedu. Mana perginya Ellyda yang aku sangkakan lemah lembut? Mana perginya Ellyda yang aku sangkakan hormatkan aku sebagai isteri pertama Mikhail. Mana perginya Ellyda yang aku sangkakan berbudi bahasa? Jadi, sia-sia aku memaafkan salah perempuan belagak di hadapan aku tika ini. Perempuan ini tidak layak langsung untuk mendapatkan maaf daripada aku. Bagi aku, dia cuma sampah yang tak layak dihormati.
Dadaku berombak naik. Amarah yang semakin membuak di dalam dadaku, aku cuba tahan sepenuhnya. Aku tak boleh menengking atau mengherdiknya. Aku tahu, ini salah satu rancangannya untuk membuat Mikha membenciku. Ellyda, kau salah. Aku bukan semudah tu untuk ditipu.
"Oh yeke? Maaflah, aku tak tahu pun. Takpelah, aku turun dulu." Untuk apa aku bersaya-awak dengannya? Kalau dia sendiri tiada budi bahasa.
Hello, Ellyda Zahra. Ini Ayra Sophia, okay. Bukan semudah tu kau boleh permainkan aku. Mungkin dulu aku mudah ditipu dengan semua sandiwara yang dicipta oleh suami aku sendiri, tapi sekarang tidak. Demi anak aku, aku tak akan benarkan orang macam kau jadi ibu untuk anak aku.
Aku ingat, anak aku dah dapat pengganti ibu yang lebih baik sebab kau sendiri mampu mencuri hati suamiku. Jadi, tidak mustahil juga kalau hati anak aku juga kau mampu curi. Tapi, aku salah. Sekali lagi aku salah. Kau tak layak untuk jadi seorang ibu pun!
Baru sahaja aku ingin menuruni anak tangga, Ellyda terus menyapaku kasar. "Hei, perempuan. Kau jangan nak berehat pulak kat bawah tu. Kau ingat tau, kerja kau dalam rumah ni tak ubah macam orang gaji je. Jadi, kau letak barang kau dalam bilik dan terus masakkan untuk aku. Semua menu aku dah tulis dan dah tampal kat peti ais. Sebelum Mikhail balik, aku tahu semua dah siap."
MasyaAllah. Kuatkan hatiku, ya Allah...
Aku mengangguk lembut dan menuruni anak tangga dengan perlahan. Sampai sahaja di bilik, aku hamburkan segala tangisku. Sesekali itu, aku usap perutku dan perlahan-lahan aku usap air mataku sendiri.
"Anak mama, doakan mama kuat ye, sayang. Mama buat semua ni sebab mama nak masuk syurga. Mama nak jumpa anak mama dekat sana nanti. Doakan mama ye sayang? Kita sama-sama kuat okay?"
Aku bangun dari dudukku dan melangkah ke dapur. Tercari-cari juga aku menu makanan yang dikatakan oleh Elly, tapi tidak ketemu. Terus mataku tertancap di peti ais dan kelihatan satu nota terlekat di situ. Aku ambil nota itu dan melihat hampir 5 jenis makanan yang perlu aku sediakan. MasyaAllah, banyaknya!
Belum sempat aku ingin menyediakan bahan-bahan, Elly terus menyapaku. "Hei, ingat tau. Masak sedap-sedap. Aku tunggu kat atas. Nanti dah siap, panggil aku. Ingat, dah siap je terus panggil aku. Jangan nak tunggu Mikha balik, baru kau nak panggil aku."
Aku mengangguk lembut dan kemudiannya aku tersenyum. "Nak acah-acah kau yang masak ke?" Ujarku perlahan, sambil menggelengkan kepalaku.
Permainan baru sahaja mulai, Ellyda Zahra. Kau yang mulakan dan aku yang akan tamatkan.
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...