Aku dah diibaratkan macam menunggu buah tak jatuh je. Berhari-hari aku tunggu dia balik tapi jangan kata batang hidung, bayang dia pun aku tak nampak.
"Dia dah failkan penceraian ke?" aku mengomel sendiri. Entah kenapa sejak dua menjak ni, fikiran aku menerewang tentang penceraian sahaja. Mana tahu kalau Mikhail serius dengan apa yang dia cakap haritu.
"Ara, jom makan. Tak payah kau nak acah mati laki sangatlah. Laki kau hidup je tu."
Lantas aku menjeling Maya. Anak dara ke macam tu? Mulut pakai lepas je. Tak sedar pula tu, lagi berapa bulan diri tu nak jadi raja sehari.
"Betullah kan apa aku cakap? Dari hari first kau datang sini, diri tu dah macam tak rupa orang. Ingat sikit, kau tu tak boleh sedih sangat. Hormon kau masih tak stabil. Kau kena berpantang jugak."
"Berpantang? Untuk apa, Maya? Aku still tak boleh mengandung jugak. Kalau aku mengandung, risiko untuk aku pergi dari dunia ni tinggi. Aku tak nak bahayakan diri sendiri."
Maya menghampiriku. "Itu kata doktor bukan kata Allah. Ada ke Allah kata dekat kau yang kau tak boleh mengandung dah? Babe, ramalan doktor je tu. In shaa Allah, kalau Allah izinkan kau ada anak, kau tetap ada anak eventhough bukan sekarang. Sekarang waktunya kau rehatkan segala sendi, otot dan tulang kau tu. Tak penat ke asyik fikir pasal orang lain tapi dia tak fikir pun pasal kau. Pasal kau gugur pun dia tak tahu."
Hatiku bagai dipanah. Ada benar kata-kata kawan baikku. Mikha tak tahu pasal aku gugur dan dia takkan kisah pun kalau aku gugur. Kan dia dah ada pengganti aku. Aku tak penting langsung dalam hidup dia lagi.
"Dahlah tu, Ara. Kalau Mikha tak sayang kau, aku ni. Aku yang comel lagi lawa ni tetap akan sayangkan kau tau." ujarnya dihiasi dengan gelak tawa yang membuatkan aku juga turut serta.
"Haa, kan bagus macam ni. Baru ada seri. Bukan macam tadi, macam nenek kebayan tunggu anak cucunya. HAHAHA!"
"Eh lebih kau ni, Maya. Dah dah, memekak pulak. Aku nak makan ni. Kau masak apa tadi?"
Maya yang tadi tak habis-habis memburaikan tawanya kini terhenti dek kata-kataku. Maya berdiri lalu mencekak pinggang dengan wajah yang seringai. Woo, gempak gila!
"Walawei, Ara! Apa engkau ingat aku ni tukang masak?"
Kini, aku pula yang menggantikan tempatnya. Habis diburaikan tawaku yang aku tahan sedari tadi.
"Aku ingatlah kan, aku nak makan KFC yang paling latest sekali. Kau kan sayang aku? Apa kata, harini makanan yang kau masak tu, kau edar je kat jiran. Alih-alih dah dapat dua pahala. Satu pahala sebab belanja kawan kau ni. Satu lagi sebab kau sedekahkan makanan kat jiran."
"Apabila Ayra mula membebel tak tentu pasal. Sepatah aku kata berpuluh-puluh kata kau balas ye? Apa kau ingat ni pertandingan debat mendebat ke?"
"Apa kau ingat aku ni Ustaz Syamsul Debat?"
Maya ketawa. "Alih-alih kau boleh gantikan dia!"
Terburai isi perutku. Mana tidaknya, Maya memang suka buat lawak walau kadang-kadang agak menghambarkan. Tapi, bolehlah. Nice try, orang putih kata.
"Cukup kot aku rasa kau punya lawak. Aku rasa perut aku ni macam nak terkeluar isi buah yang kau bagi aku makan pagi tadi."
"Buah apa tu? Rambutan? Pisang? Durian? Atau mangga?"
Okay, dia cuba lagi nak buat lawak tapi hambar.
"Maya...."
Tangannya diangkat ke atas. Ketawa yang ditahan, terburai lagi. Tak guna punya kawan.
"Tak sporting langsung lah perempuan ni. Aku baru nak cuba masuk maharaja lawak mega. Ni baru sikit kau dah halau aku pulak."
Kalau aku kenakan dia, boleh tak?
"Itu baru aku jadi juri kau. Kalau juri yang terkemuka tu macam mana? Mahu kau baru mulakan pendahuluan dah kena heret keluar. Kalau kena halau tak apa tau, ni kena heret. Kau bayangkan sejenak. Wanita pertama yang diheret oleh juri keluar dari bilik temu duga untuk masuk maharaja lawak mega. Walawei, tajuk utama berita harian, harian metro dan kosmo!"
Aku ketawa lagi. Sesekali aku perhatikan wajah Maya yang dah mencebik masam. Ala, bukan selalu aku kenakan si buncit tu. Eh? Terkutuk pula!
"Kau ni, Ara. Melebih tahu tak? Tak nak kawan kau."
"Lah, dah kena heret keluar terus tak nak kawan aku dah? Apa kau tak ingat jasa baik kawan kau ni? Yelah, dah popular keluar surat khabar mana nak ingat kawan dia yang tak popular ni."
"Ayra Sophia............."
Aku ketawa lagi. Tapi dalam masa yang sama, aku teringat akan Mikhail. Kalaulah dia tak jumpa perempuan tu, mesti anak dalam kandungan aku masih bernyawa lagi. Tapi semua tu hanya impian aku.. Mikhail dah ada perempuan lain.
"Ni aku tak suka ni. Tadi beriya-iya kau gelak tapi sekarang? Boleh tak sekali je, Ara. Please buang fikiran kau tu pasal Mikhail. Aku tak minta berkali-kali, cuma sekali. Time kau kat rumah aku, please aku nak kau happy. Aku tak nak kau murung macam ni. Tak eloklah untuk kau." Maya kembali duduk di sebelah aku. Dipegang bahuku sebelah kanan lalu ditarik kepalaku sandar di bahunya.
"Aku rindu Mikha yang dulu. Rindu sangat, Maya."
Maya menggosok belakang badanku. Titisan jernih mula mengalir keluar dari iras mataku. Aku tahu, kalau aku sedih mungkin akan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman. Tapi sumpah, aku tak boleh kawal perasaan dan emosi tika ini. Perasaan rindu, sayang, cinta dan benci menyerbu diri ini. Aku tak tahu nak pilih yang mana. Jika rindu yang aku pilih, inilah jadinya. Merenung seorang diri, mengelamun dan memikirkan perubahan dirinya. Jika sayang yang aku pilih, mungkinkah perasaan itu akan indah seperti dulu? Jika cinta yang aku pilih, mampukah aku memberinya zuriat? Jika benci yang aku pilih, adakah aku sanggup membenci lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku?
Arghh!! Serabutnya aku.
"Sekarang aku nak kau senyum." dipegang kedua-dua belah bahuku agar tegak menghadapnya. Diusap air mata yang mengalir di pipi. Ditarik sedikit pipiku agar bibirku terukir senyuman. Aku ikutkan sahaja gerak geri Maya. "Haa, ni baru kawan baik aku. Ni baru bestfriend aku. Tak maulah sedih-sedih lagi, sayang."
Aku sayang Maya. Dialah satu-satunya kawan aku yang dari zaman sekolah sampailah sekarang. Dulu, waktu Maya pergi PLKN, menangis-menangis aku tak bagi dia pergi. Tak nak dia tinggalkan aku sorang-sorang. Tapi bila dipujuk ibu, aku akur jua. Merah jugalah mata aku ni. Yelah, asyik menangis je. Dah macam mati laki pula.
Yang tak boleh aku lupa, lepas isyak je, aku mesti nak video call dengan Maya. Sehari tak video call, aku merajuklah dengan dia. Dia call aku tak angkat, dia whatsapp aku tak balas. Sampaikan dia guna ibu untuk pujuk aku. Dah macam gaduh dengan boyfriend je. Ceyh, gedik je aku dulu.
Sekarang, sejak dah kahwin ni, aku pula yang tinggalkan Maya. Adalah sehari dua Maya menangis sebab aku tinggalkan dia. Bukan tinggalkan dia sekejap. Yelah, dah kahwin kan? Kenalah ikut suami. Tapi lama-lama, dia dah biasa dah. Adalah hujung minggu kalau Mikha sibuk, aku selalu melepak dekat rumah dia. Naik jemu dah dia tengok muka aku.
"Haa ni pasal diam? Ingat Mikha lagi?"
Aku pukul lengannya. "Apa kau ingat aku ni tak reti nak moveon ke? Aku bukan ingat pasal Mikha. Aku ingat pasal kau. Pasal kita."
Maya terkedu. Mulutnya ditekup. Matanya dibesarkan. Dia nak buat lawak tu.
"Pasal kita? Adakah kita......"
Aku angguk mengiyakan. "Yelah, sayang. Hubby kan sayangkan sayang. Sangat-sangat. Muah kiri muah kanan muah depan eh, haramlah sayang!"
"Tak guna. Sekali kau menganjing aku daaa."
Habis tersembur gelak tawa aku. Padan muka. Nak sangatkan. HAHAHAHA! Bila tengok muka dia dah merah padam, aku tahu dia tengah marah campur merajuk dengan aku.
"Lek lah, aku gurau je. Oh sekarang dah tak boleh gurau. Nak menangis lah macam ni. Huhu huuhuu."
"Nangislah kau. Aku nak pergi bersiap. Nak makan KFC yang paling latest. Bye!" berlari Maya mendaki tangga. Ditinggalkan aku sorang-sorang di bawah.
"MAYAAAAAAAAAAAAA!!"
YOU ARE READING
Ayra Sophia
SpiritualAYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta...