40

11.4K 182 83
                                    

"Mana jantan tak guna tu?!" Suara along bergema di sekitar ruangan wad.

Ibu dengan abah juga berada di belakang along. Wajah ibu kelihatan agak sugul dan matanya kelihatan agak bengkak. Ayra meninggal pada malam hari setelah hampir dua jam bertarung di bilik bersalin.

Doktor Ameer memberitahu bahawa setelah Ayra dibius, itulah kali terakhir Ayra bernafas di dunia ini. Habis sahaja operasi pembedahan, puas juga pihak hospital cuba untuk membangunkannya, tapi Allah lebih menyayanginya.

Hati ibu remuk dan dilanda kesedihan apabila menerima panggilan daripada pihak hospital bahawa Ayra Sophia telah pun meninggal dunia. Berita sedih itu disusuli dengan kehadiran sang putera yang menjadi penebus kesedihan keluarga Ayra. Ibu dan abah dapat menerima kenyataan itu dengan hati yang redha.

Cuma along.. ya along. Along tidak dapat menerima kenyataan bahawa satu-satunya adik yang dia punya telah pun kembali kepada Penciptanya.

"Along, bawak bersabar." Pujuk ibu sambil mengusap lembut belakang anaknya. Dia tahu anaknya pasti sangat sedih tapi memandangkan kawasan yang tidak sesuai untuk menunjukkan rasa marah, ibu terpaksa menghalang along daripada melakukan pergaduhan di sini.

"Ibu nak along bersabar dengan jantan tak guna tu? Tak, ibu. Along nak buat perhitungan dengan dia."

Sebaik sahaja kelibat Mikhail muncul di hadapan mata along, lantas sahaja along mendekatinya dengan gempalan penumbuk. "Jantan tak guna!" Hampir-hampir sahaja penumbuk itu hinggap di pipi Mikhail. Mujur sahaja ada Hilman yang menjadi penghalang antara mereka.

"Ketepi, Izz. Along nak buat perhitungan dengan jantan tak guna tu!" Along cuba menolak Hilman ketepi, namun Hilman menggagahkan dirinya agar tidak berganjak walau sedikit. Dia tidak mahu roh Ayra terseksa melihat alongnya sendiri memukul suaminya. Hilman merasa dia perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mendamaikan Mikhail walaupun dia tidak rela berbuat demikian. Tapi, demi Ayra, dia sanggup melakukan semuanya.

"Sabar along. Kita dekat hospital. Ara ada dekat dalam dan kalau Ara masih hidup pun, dia pasti akan buat macam mana yang saya buat. Dia pasti tak nak along pukul Mikhail."

"Kau ingat aku peduli? Sepatutnya aku pukul dia dekat masjid haritu! Baru padan muka dia. Bukan dia je, patutnya isteri baru dia tu jugak aku pukul. Kalau aku pukul, mesti isteri baru dia tak berani-beraninya nak bunuh adik aku!"

Kenyataan yang dikeluarkan along membuatkan semua terkedu. Ellyda bunuh Ayra?

"Along cakap apa ni? Jangan tuduh sembarangan, along. Jangan seksa Ayra!" Ujar ibu seraya menarik along agar menjauhi Mikhail.

Along menoleh ke arah ibu. "Ibu ingat along tipu? Sebabkan perempuan tak guna tu lah, Ara mati. Sebabkan perempuan tu tolak Ara, Ara mati! Ara mati, ibu. Ara dah tak ada. Adik along, Ayra Sophia, dah tak ada. Along dah tak ada adik. Ibu sedar tak? Along dah kehilangan Ara. Ibu kehilangan anak ibu. Abah kehilangan anak abah. Semua tu disebabkan isteri baru jantan ni!" Along menggempalkan penumbuknya dan seketika penumbuk itu mendarat tepat di pipi Mikhail.

"Along!" Jerit abah sambil menarik along agar menjauhi menantunya. "Apa along buat ni? Ayra baru je meninggal, along dah buat perangai? Daripada along sakitkan tangan along pukul anak orang, baik along tolong abah uruskan jenazah Ayra."

Along diam. Dia masih memandang Mikhail dengan renungan yang agak tajam. Di sebalik renungan itu, terdapat beribu sesalan yang melanda jiwanya. "Dia pisahkan Ara daripada kita. Dia halang Ara daripada berbalas khabar dengan kita. Dia seksa Ara macam Ara bukan isteri dia. Dia curang dengan Ara. Dia kahwin lain. Dia seksa mental adik along. Dan abah dengan ibu suruh along diamkan diri? Ye, along tak sepatutnya sakitkan diri along sekarang. Tapi, along sepatutnya sakitkan diri along dulu. Kalau along buat macamtu dulu, Ara masih ada dengan kita. Ara ada dengan kita dan anak dia pun tak pramatang!"

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now