CHAPTER 5

291 35 7
                                    

Notice board itu sudah penuh dengan poster poster gambar kanak kanak hilang sehingga langsung takde ruang kosong.Kalau ikutkan jumlah poster tersebut yang terkira jelas sekali menunjukkan bahawa kes kehilangan kanak kanak meningkat naik mungkin disebabkan oleh penculikan atau hilang secara tak sengaja.

"Nak tampal kat mana ni?Noticeboar ni dah penuhlah!"

"Bak sini!"Sung Woon merampas poster tersebut dari tangan Daniel.Terus poster itu ditampal pada satu poster milik orang lain dan Daniel langsung tak perasan yang gambar pada poster tersebut adalah gambarnya ketika berusia 5 tahun.

"Finish!Sekarang kau cuma perlu sabar banyak banyak.Mana tau nanti ada orang call kau beritahu yang dia kenal Seong Woo!"ditepuk lembut bahu Daniel.Sung Woon tahu Daniel seorang kuat semangat.Dia betul betul berharap dalam masa terdekat ni Daniel akan menemui adiknya.Harap harap usaha mereka membuahkan hasil.

"Jom pergi makan.Aku belanja sebagai tanda terima kasih aku kat korang sebab korang dah tolong aku hari ni!" kata kata Daniel itu membuatkan Dae Hwi Guan Lin dan Sung Woon bersorak gembira.Semua orang memang suka makan free.

*    *    *    *

3 hari berlalu,masih tetap sama.Daniel langsung tidak mendapat apa apa pun maklumat atau perkembangan mengenai Seong Woo.Ada jugak yang orang yang menelefonnya,tetapi sekadar untuk mengenakannya.
Walaubagaimanapun,Daniel tak pernah berputus asa.Usaha mencari Seong Woo masih tetap diteruskan dengan bantuan kawan kawannya.

Selesai menyusun dan menyemak barang barang jualan,Daniel mengemop lantai kedai runcit itu pula.Selain menjadi cleaner di gym,Daniel juga turut mengambil upah menjaga kedai runcit milik Ahjumma Jung pada setiap kali hujung minggu atau ketika dia free.

Berasa bosan,Daniel meletakkan batang mop.Buku limanya mula dihayunkan memukul udara,seakan akan dia sedang bertinju.Dia memang minat bertinju sayangnya takde orang yang mahu melatihnya.

"Wah,hebatnya anak omma ni!" kata Ahjumma Jung,betul betul mengejutkan Daniel.

"Ehh,omma!Bila omma sampai!" Daniel garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum macam kerang busuk.

"Omma datang bawak makanan untuk kamu ni.Kamu makan ya!" balas Ahjumma Jung.Daniel lekas menganggukkan kepalanya.

"Susah susahkan omma je."

"Takpe.Terima kasih tau sebab Daniel dah tolong omma jaga kedai runcit ni.Ni upah untuk Daniel!" Ahjumma Jung menghulurkan beberapa keping not 4000 won pada Daniel.Agak malu Daniel mahu menerimanya.

"Banyak sangat ni!"

"Ambik je.Omma ikhlas!"

"Terima kasih omma!"

*    *    *    *

Superbike model Suzuki GSX-1250FA,berwarna biru terang dan putih itu sangat menarik perhatiannya.Dari jauh lagi,matanya hanya menumpukkan pandangan pada motor berkuasa tinggi itu.

"Kyeopota!" Ternganga mulut Daniel dibuatnya.Dilekapkan mukanya pada cermin kaca yang menutupi motor tersebut.

Daniel mengeluarkan telefonnya.Dia mengambil beberapa keping gambar selfie bersama motor tersebut.Tak dapat tunggang,ambik gambar pun jadilah.Bulan depan,superbike itu harus menjadi miliknya.Duit simpanannya yang dia kumpul selama beberapa tahun dia kerja sudah hampir cukup rasanya untuk membeli superbike tersebut.

BEAUTIFUL-[wannaone]Where stories live. Discover now