"Daniel-ah!"
Daniel menolehkan kepala.Seong Woo sedang tersengih berada belakangnya.
"Ada apa hyung?" soal Daniel.Matanya tertumpu pada skrin tv,ralit menonton drama While You Were Sleeping.Bukan dia sorang je,haelmoninya tu pun sama.Selagi drama While You Were Sleeping tak habis selagi tulah haelmoninya takan beralih dari depan tv.Haelmoni ni kipas Lee Jong Suk tau.
"Esok hyung dah nak masuk kerja.So,boleh tak kalau Daniel hantar hyung kat balai polis Seoul.Hyung malas nak jalan kaki!" Seong Woo memujuk manja.Punggung dilabuhkan bersebelahan Daniel.Bahu Daniel dicuit.Dahi Daniel nampak berkerut.
"Daniel nak hantar dengan apa?Transport pun Daniel takde?Ke hyung nak Daniel dukung Hyung sampai sana!"balas Daniel hampa.Kalau ada superbike tu kan senang.Pergi mana mana pun tak payah jalan kaki dah.
"Kalau macam tu,pergilah beli superbike tu sekarang." Seong Woo menyeluk kocek seluar denamnya dan menarik keluar beberapa helai not won.Boleh tahan banyak jugak jumlahnya.
"Apa ni hyung?Daniel nak buat apa dengan duit hyung ni?"Daniel agak tergamam apabila Seong Woo bagi semua duit tu padanya.
"Pergi beli superbike idaman kamu tulah.Hyung boleh bagi ni je.Cukup tak kalau campur dengan duit simpanan kamu!" kata Seong Woo dengan riak selamba.Daniel punyalah nak pengsan kat situ.
"Tak payahlah hyung.Bazirkan duit hyung je.Hyung letih letih kerja nak dapatkan duit!" Daniel menolak keras.Dia akan rasa bersalah sangat pada Seong Woo sekiranya dia ambik duit tu.
"Alah,duit hyung banyak lagi dalam bank tu.Lagipun,tak lama lagi kan hyung akan jadi polis so tentulah gaji hyung makin banyak." Seong Woo masih tetap memaksa.Daniel jadi serba salah.Nak ambik ke tak?
"Tapi hyung........."
"Pergi beli superbike kamu tu sekarang sebelum orang lain rembat.Frust menonggenglah Daniel nanti."Dia akan tetap paksa dan paksa Daniel sampai Daniel ambil duit tu.Dia cuma tak nak Daniel kecewa nanti bila superbike yang menjadi kegilaannya itu jatuh ke tangan orang lain.Seong Woo kenal perangai Daniel,kalau dia minat pada sesuatu benda....benda tu jugaklah yang dia nak.
"Terima kasih hyung!!!" jerit Daniel gembira.Tubuh Seong Woo terus ditarik ke dalam dakapannya.
"Yeay,dapat naik superbike!"Daniel bersorak sakan.
Bila tengok Daniel senyum,secara automatik membuatkan Seong Woo rasa sangat gembira dan bahagia,bagaikan Daniel itu adalah separuh daripada jiwanya.
* * * *
" Hoi,jom keluar nak malam ni.Korang tak boring ke asyik terperap je kat rumah!"ujar Ji Hoon mula membuka kelab bual.Tuan Jin takde.Keluar rasanya.Katanya ada emergency.So,bolehlah mereka curi tulang.
"Ha'ah kan.Sejak Daniel keluar dari rumah sewa dan stay dengan hyung dia kita dah jarang lepak!"sambung Ji Sung,menyokong kata kata Ji Hoon.Sebelum jumpa dengan Seong Woo,dulu Daniel tinggal bersama mereka di rumah sewa berdekatan gym Tuan Jin.
"Daniel asyik berkepit dengan hyung dia.Kita semua ni dia dah tak ingat."tambah Ji Sung menjeling Daniel seperti merajuk.
"Mana ada.Nama nama korang ni selalu ada dalam otak dan hati aku."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanficFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...