15 tahun kemudian,
"Selamat pagi haelmoni!" ucapnya pada wanita tua itu.Dulang yang dibawa itu diletakkan di atas lantai berhadapan wanita tersebut.
"Haelmoni makanlah.Seong Woo cuma masak nasi goreng kimchi je hari ni." kata Seong sambil tersenyum.Dua pinggan nasi goreng air tangannya dialihkan dari dulang lalu dihulurkan kepada Haelmoni.Haelmoninya menyambut pinggan tersebut sambil tergelak kecil.
"Kenapa nasi goreng kamu lain,macam bubur nasi je!" soal Haelmoninya sambil mencedok sedikit nasi itu dengan sudu lalu disuap masuk ke dalam mulut.Nasib baik haelmoninya tidak memuntahkannya balik.
"Sedap ke tak Haelmoni?"
"Oklah!Jap,kamu letak air ke masa goreng nasi ni!"
Seong Woo menganggukkan kepala.Haelmoninya meletuskan tawa.
"Kenapa Haelmoni gelak?Wae?" Dia menyoal pelik.
"Orang goreng nasi mana letak air.Nanti jadi lembiklah nasi tu!"
"Yeke.Kalau macam tu boleh tak Haelmoni ajar Seong Woo masak."
"Boleh je.Dah,makan.Nanti kamu lambat pulak nak pergi class!"balas Haelmoninya.Seong Woo sebenarnya risau mahu meninggalkan haelmoninya itu yang dah beberapa hari demam.Selepas mengemaskan pinggan pinggan,Seong Woo bersiap siap untuk pergi ke kampus.Begnya dan beberapa helai kertas yang berada di atas meja diambil.
"Kamu masih nak cari Daniel ke?" soal Haelmoninya.
"Seong Woo akan tetap cari Daniel sehingga Seong Woo jumpa dia!" balas Seong Woo.Bila ditanya,itulah jawapan yang dia bagi.
"Teruskan usaha kamu.Haelmoni yakin yang satu hari nanti kamu pasti akan jumpa Daniel balik!"Haelmoninya itu sentiasa menyokong dan memberi kata kata semangat pada Seong Woo.Seong Woo lakukan ini semua untuk appanya jugak.Encik Kang sudah meninggal 5 tahun yang lepas akibat serangan strok.Selepas itu,Seong Woo dan Haelmoninya nekad berpindah ke rumah lama mereka di Seoul.
" Terima kasih Haelmoni.Seong Woo pergi dulu ye.Haelmoni jaga diri baik baik.Jangan lupa makan ubat!"pesan Seong Woo sebelum melangkah keluar dari rumah.
* * * *
Poster gambar Daniel yang bersaiz A4 itu ditampal pada notice board bersama timbunan poster poster yang lain.Seong Woo tersenyum.Gambar Daniel ketika berusia 5 tahun itu diamati lama.Entah bagaimana rupa Daniel sekarang?Adakah masih seperti dulu?Tentu sudah banyak yang berubah selepas 15 tahun berlalu.Keadaan Daniel pun Seong Woo tak tahu mana?
"Hyung rindu sangat pada kamu,"ujarnya lalu keluar dari balai polis.Seong Woo mengerling jam tangannya.8.30 pagi.Classnya bermula pada jam 8.00 pagi.Alamak!Dia sudah lewat.Seong Woo terus pecut menuju ke kampusnya yang jarak lebih kurang 1 kilometer dari balai polis Seoul.
Pukul 8.45 barulah dia sampai di kampus.Dia sudah terlepas waktu pertama.Tercungap cungap Seong Woo bernafas kerana keletihan.Tanpa membuang masa,dia menuju ke dewan.
Pintu dewan dikuak perlahan.Kelihatan Prof.Kim sedang khusyuk menulis sesuatu di blackboard.Seong Woo senyap senyap menyusup masuk ke dalam dewan dan menuju ke tempat duduknya bersebelahan Hwang Min Hyun.
"Mian aku lambat lagi!"
" Yelah.Ni mesti kau baru lepas pergi merata rata tempat untuk tampal poster pasal adik kau tu kan!"teka Min Hyun.Dia memang faham sangat dengan Seong Woo.
"Waktu pagi dengan malam je aku ada masa buat semua tu.Lepas kelas aku kena pergi kerja.Malam pulak baru aku free!" balas Seong Woo.Dia belajar pada masa yang sama dia jugak bekerja sebagai buruh binaan.Kalau dia tak kerja,saper nak sara dia dan haelmoninya.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanfictionFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...