"Hoi,korang semua tengok ni!" Jae Hwan menjerit gembira sambil berlari anak menuju ke arah membernya.Sehelai kertas bersaiz A4 yang digengam erat olehnya ditayang pada mereka semua.Mereka hanya memandang Jae Hwan dengan pandangan yang pelik.Dah terencat ke budak ni?
"Kertas apa yang kau pegang tu?" soal Jin Young menunjukkan ke arah kertas yang berada di tangan Jae Hwan.
"Ada pertandingan tinju tak lama lagi." Jae Hwan menyerahkan kertas itu pada Jin Young.Woo Jin,Ji Hoon,Ji Sung dan Daniel mula menggerumuni Jin Young,berebut rebut mahu melihat kertas tersebut.
PERLAWANAN TINJU 2017
ajuran kelab tinju Seoul.
tarikh:29 November 2017
masa:5.00 petang
tempat:pusat tinju seoulpeserta dikehendaki membayar wang kemasukan terlebih dahulu sebanyak 3400 won untuk menyertai perlawanan ini.
hadiah yang diberikan adalah lumayan dan berbaloi.jom sertai ramai ramai.
"Alah,ruginya.Aku takleh joinlah.Tangan aku aku cedera.Nak tumbuk orang macam mana?" Ji Hoon mengeluh kesal.Poster tersebut terus digumpal.Dia berlatih dengan Tuan Jin selama ni pun sebab nak join contest ni lah.Dengan keadaannya yang tak beberapa nak stabil macam ni,memang tak boleh joinlah jawabnya.
"Kalau macam tu,apa kata aku je yang join." Dengan muka yang tak tahu malu,Jae Hwan dengan suka rela menawarkan dirinya.Mereka semua meletuskan tawa dengan kata kata Jae Hwan tadi.
"Tak payahlah.Kau tu lembik!Belum sempat masuk gelanggang dah pengsan." Ji Hoon tergelak panjang mengutuk Jae Hwan.Tak padan dengan sakit.Tangan je sakit tapi mulut tak.
Jae Hwan yang berasa geram menjentik tangan kiri Ji Hoon yang berbalut itu.Terus menjerit kesakitan Ji Hoon dibuatnya.Rasakan!
"Hahahaha,tu baru sikit.Kalau kau kutuk aku lagi,aku tumbuk tangan kau sampai putus."Jae Hwan ketawa besar.Nasib menyebelahinya kali ini.Ji Hoon hanya mampu zip mulut je.Tak berani melawan.
Daniel mengambil poster yang digumpal oleh Ji Hoon tadi lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.Dia nekad.Dia nak masuk perlawanan tinju tu.Mungkin dengan cara ini dia boleh dapatkan duit dan langsaikan hutangnya dengan geng semsang tersebut.
* * * *
Gym tersebut menjadi sunyi sebaik saja Woo Jin,Jae Hwan,Ji Sung,Jin Young dan Ji Hoon pulang ke rumah masing masing apabila tamat waktu bekerja.Hanya tinggal Daniel sorang saja yang masih berada di situ.
Tuan Jin pulak dah balik rasanya.Lagipun,proses membuka dan menutup gym tersebut diberikan kepercayaan sepenuhnya pada Daniel.Maksudnya,kunci gym tu ada pada Daniel.Jadi tak kesahkan kalau dia nak gunakan peralatan peralatan dalam gym tu untuk berlatih tinju.
Daniel memanaskan dirinya terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.Tekan tubi sebanyak 20 kali dilakukan.Dibalut kedua dua bulu lima tangannya dengan kain dan dia mula menumbuk samsak bertubi tubi.Segela bentuk pergerakkan yang dia lihat semasa Ji Hoon berlatih diaplikasikan.

ANDA SEDANG MEMBACA
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanfictionFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...