"Kau nak apa datang sini?Nak cari gaduh lagi?Ke nak nak cari maut?" Lelaki berjaket kulit hitam itu menyoal Daniel kasar.
Daniel menelan air liur.Nafas ditarik dalam dalam sebelum dia bersuara.
"Aku nak jumpa boss kau sekarang!" balas Daniel.Lelaki tersebut tergelak kecil.Spek mata hitam yang dipakai diturunkan sedikit,mahu melihat wajah Daniel dengan lebih jelas.Melalui pemerhatiannya,Daniel datang sorang diri.Tak bawak member.
"Buat apa kau nak jumpa dia?"Dia menyoal lagi.Geng geng samseng mula menggerumuni Daniel bila lelaki itu memanggil mereka.
Daniel terpaksa menekup hidung.Bau arak bercampur rokok dari tubuh mereka menyebabkan Daniel tekaknya berasa loya.
"Aku nak bayar ganti rugi atas apa yang berlaku hari tu."
Lelaki tersebut menarik kolar baju Daniel.Buku limanya dinaikkan tinggi ke udara,bersiap sedia mahu melayangkannya pada rahang Daniel.Daniel memejam mata.Dia tak nak melawan.Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh atau keruhkan lagi keadaan.Tujuannya untuk berdamai dan selesaikan masalah mereka.
"Berhenti!Jangan pukul budak tu!" Suara kasar itu sempat menghalang lelaki tersebut daripada memukul Daniel.Seorang lagi lelaki muncul dari belakang lelaki tersebut.Semua geng geng samseng di situ menunduk hormat padanya.Mungkin itu adalah ketua mereka.
"Tapi boss budak ni dah pukul geng kita sampai terlantar kat hospital!" lelaki tersebut masih berkeras.
"Aku cakap berhenti!Tak payah pukul dia!"Dia terus melepaskan tangannya dari kolar baju Daniel sebaik saja Si Ketua meningking memberi arahan.
"Budak,kau ikut aku sekarang."kata Si Ketua sambil menghalakan jari telunjuk ke arah Danial.Daniel akur dan membontotinya menuju ke sebuah bilik.
* * * *
"Tolong tarik balik tuduhan tu pada adik aku.Aku mohon pada kau,tolonglah." Daniel merayu rayu.Si Ketua nampak selamba saja menghisap puntung rokok.Langsung takde belas kasihan pada Daniel.
"Kalau aku tarik balik tuduhan tu,berapa kau nak bayar aku!" balasnya.
Daniel mengeluarkan sampul surat yang berisi duit dari poket jaketnya lalu diletakkan di atas meja.Si Ketua mengambil sampul surat tersebut dan membelek jumlah not won yang berada di dalamnya.Bibirnya tersenyum sinis.
"Banyak ni je kau bayar.Mana cukup!" Sampul surat tersebut terus dilempar di hadapan Daniel.Dia bingkas bangun.Daniel cepat cepat menarik tangan lelaki tersebut,menghalangnya pergi
"Tolonglah.Bebaskan hyung aku.Aku janji nanti aku bayar lagi pada kau." rayu Daniel.Si Ketua berhenti,memandang Daniel sejenak.Sampul surat yang berada di tangan Daniel beralih pada tangannya.
"Ok,aku tarik balik tuduhan pada abang kau tu.Tapi makesure kau bayar duit tu ye.Kalau kau tak bayar,mautlah jawabnya kau dengan abang kau tu."Dia menepuk lembut bahu Daniel.Sampul surat tersebut dihidu lama.Bau duit.Sangat wangi.
* * * *
Musnah.Ya,semuanya sudah munsah.Impiannya,cita citanya habis musnah disebabkan peristiwa pada malam itu.
Kenapa mesti dia yang kena?
Dan kenapa hidupnya tak henti henti didatangi musibah silih berganti?
"Argghhhh!" Seong Woo menjerit kecil,melepaskan sejuta rasa yang berselubung pada dirinya.Rasa sedih,kecewa,marah,sakit...semuanya bercampur baur menjadi satu.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanfictionFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...