CHAPTER 6

279 33 12
                                        

"Mana girlfriend Daniel?Hyung dah tak sabar nak jumpa dia ni!" Seong Woo nampak agak teruja.Nak jumpa adik ipar kan.Daniel pula tersengih sengih dari tadi tak tentu pasal.Entah apa yang lawaknya.

"Takde pun.Betul ke Daniel janji dengan dia nak jumpa dia depan kedai motor ni!"soal Seong Woo lagi.Melilau biji matanya mencari kelibat seseorang.Memang takde.Yang ada hanya seorang wanita berbadan gemuk,muka macam Sherry Al-hadad sedang  menunggu teksi berdekatan mereka.

"Tu ker yeojachingu Daniel!" Seong Woo menunjuk ke arah wanita itu.Dia tergelak kecil.

"Apalah hyung ni.Baby elephant tu mana sesuai dengan Daniel.Kalau dia dengan hyung macam pinang dibelah dua." giliran Daniel pulak ketawa terbahak bahak.Seong Woo mencebik geram.

"Kalau nak tahu,ni lah gf Daniel.Cantik tak?"Daniel halakan telunjuknya pada superbike yang berada di hadapan mereka.Sekali lagi Seong Woo meletuskan tawa.

"Lahhhh ni ke?Dah berapa lama bercinta?"

"Dari tahun lepas lagi!"

"Dah tu asal tak kahwin je dengan dia?"

"Duit tak cukup.Don't worry bulan depan nanti superbike ni akan jadi milik Daniel buat selama lamanya!"balas Daniel,nampak betul betul berazam mahu memilik motor tersebut.

"Nanti bolehlah Daniel bawak hyung pergi jalan jalan dengan motor ni.Kita round satu Korea Selatan!" Tersenyum Seong Woo melihat Daniel membuat gaya sedang menunggang superbike.Kalah budak budak.Perangainya memang tak pernah berubah.Mesti adiknya itu akan lebih gembira bila superbike tersebut menjadi miliknya secepat mungkin.

"Hyung sanggup buat apa saja untuk Daniel.Asalkan Daniel sentiasa tersenyum dan selalu berada di sisi hyung!" bisik hati Seong Woo.

*    *    *    *

"Woi,kita buat datang sini.Kau nak sambung belajar ke?" Mereka agak pelik.Tetiba saja Daniel bawa mereka semua ke Seoul Univercity.Bukannya ada apa pun kat sini.Bukan main lagi tadi kata nak gi tempat best.

"Kau mimpi ke apa nak sambung belajar ni!" sampuk Jae Hwan,menggaru garu kepalanya yang tak gatal dengan berus jamban.Jae Hwa dan berus jamban kesayangannya memang tak pernah berpisah.

"Sejak bila aku cakap aku nak sambung belajar." Berus di tangan Jae Hwan itu dirampas lalu dihempuk pada kepalanya.Yang lain tergelak kecil.

*    *    *    *

"Exam dah habis.Lega rasanya!"Min Hyun menjerit gembira sebaik saja keluar dari dewan peperiksann.Seong Woo yang berada di sebelahnya terpaksa menekup telinga.

"Now,kita hanya perlu tunggu result je.Aku harap sangat yang aku tak gagal ujian kelayakan tu.Malas nak repirt balik!"balas Seong Woo.Min Hyun menepuk nepuk belakang tubuhnya.

"Kau mesti lulus punyalah.Percayalah cakap aku." kata kata Min Hyun sedikit menaikkan semangat Seong Woo.Yakin pada diri sendiri dan kita boleh capai apa yang kita mahu tak kiralah perkara tersebut mudah ataupun susah.

"Hyung!" satu suara memanggil Seong Woo dari arah belakang.Dia kenal suara itu.Suara Daniel.Seong Woo dan Min Hyun menolehkan kepala.Memang betul tekaannya.Daniel bersama kawan kawannya sedang menuju ke arah mereka berdua.Ramai jugak geng geng diorang.

BEAUTIFUL-[wannaone]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang