I PROMISE YOU

272 20 5
                                        

Special Chapter

"Daniel takan hampakan hyung.Daniel akan buktikan yang Daniel boleh menang!"

Lelaki itu mula mengangkat kedua dua belah tangannya sambil bersorak gembira. Tanpa dia sedar,Daniel yang berada di belakangnya itu bingkas bangun. Dari bahagian belakang,Daniel melayangkan tumbukan pada kepala lelaki tersebut. Perut lelaki tersebut dihenjut dengan pahanya. Satu pukulan lagi singgah di kepala lawannya itu.

Lelaki itu terus terjelopok di atas lantai. Pengadil mula membuat kiraan.

"1"
"2"
"3"

Dan lelaki tersebut tetap jugak tidak bangun menandakan dia sudah tewas dan kemenagan menyebelahi Daniel. Pengadil mengangkat tangan Daniel.

"Pemenangnya adalah Kang Daniel," jeritnya. Semua penonton memberikan sorakan dan tepukan gemuruh pada Daniel. Sebuah piala berserta madel disarungkan pada leher Daniel. Tuan Jin bersama kawan kawan Daniel naik ke atas dan mereka bersama sama mengangkat Daniel.

"Aku banggalah dengan kau Daniel," kata Ji Hoon,membuat thumbs up.

"Tengoklah anak buah sape ni," sampuk Tuan Jin menggosok kepala Daniel.

"Memandangkan kau dah menang ni,apa kata kita pergi makan. Jae Hwan janji yang dia nak belanja kita semua malam ni," tambah Jin Young.

"Wei gila,bila masa aku janji. Pandai pandai je,"

"Eleh,kau kan menang loteri semalam. Tak nak share ke duit yang kau dapat tu," Guan Lin seluk poket seluar Jae Hwan dan tarik keluar wallet Jae Hwan. Semua ternganga melihat ketebalan wallet Jae Hwan yang penuh dengan duit.

"Korang,aku ada satu berita buruk!" Sung Woo yang nampak kalut dengan wajah yang pucat itu berlari mendapatkan Daniel.

"Pehal dengan kau ni Sung Woon?" soal Daniel. Sung Woon pegang bahu Daniel.

"Abang kau! Seong Woo kat hospital sekarang! Dia kemalangan!"

Di saat Sung Woon menghabiskan kata katanya,Daniel seperti dipukau. Piala yang digenggam erat terus terhempas jatuh ke lantai. Daniel terus berlari keluar dari gelanggang tinju.

*     *     *    *

"Tolonglah bagi saya masuk. Saya nak tengok hyung saya. Tolonglah!" tiga orang jururawat mengahalang Daniel yang cuba menerpa masuk ke dalam wad.

"Encik kena tunggu kat luar. Encik tak boleh masuk," kata jururawat itu lalu terus menutup pintu wad. Daniel tersungkur rebah di atas lantai. Jihoon datang memeluknya. Cuba untuk menenangkan Daniel. Di dalam pelukan Jihoon,teresak esak Daniel menangis sambil menjerit menyebut nama abangnya Seong Woo.

"Kau kena sabar Daniel. Seong Woo pasti akan selamat," kata Sung Woon.

"Aku tak nak hilang Seong Woo. Korang pun tahu kan yang aku dah 11 tahun berpisah dengan abang aku. Aku tak nak kehilangan abang aku buat selama lamanya," balas Daniel dalam tangisan. Hanya Tuhan yang tahu,betapa seksanya Daniel menunggu Seong Woo dengan begitu lama. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia sangat gembira kerana takdir telah menemukannya dengan Seong Woo. Dan hanya Tuhan yang tahu betapa dia sangat memerlukan Seong Woo dalam hidupnya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 31, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

BEAUTIFUL-[wannaone]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang