LAST CHAPTER

298 25 5
                                        

"Aku dah lambat!" Daniel bergegas gegas turun dari rooftop.Tetidur kat situ sampai tak sedar yang matahari dah naik,dah pagi rupanya.Nyenyak betul dia tidur semalam biarpun tidur kat luar rumah.

Selesai mandi,Daniel menuju ke biliknya.Baru saja dia mahu memulas tombol pintu,sesuatu telah menarik perhatiannya menyebabkan pergerakan tangannya terhenti.

"Apa ni?"

Terdapat satu stinky note tertampal pada pintu biliknya.Kertas tersebut terus dicabut.Pesanan yang berada di atas kertas berwarna kuning cair itu dibaca.

Maafkan hyung sebab
dah marah Daniel semalam.Hyung bukannya benci Daniel,hyung cuma takut jadi apa apa pada DanielmOk,Hyung janji yang hyung akan balik cepat dan pergi tengok perlawanan tu.
Hyung nak tengok Daniel beraksi.Tentu hebat kan?Adik hyung ni memang hebat pun.

Daniel buat yang terbaik tau.Kalau boleh jangan kalah.Tumbuk lawan lawan Daniel tu sampai masuk hospital.Hahaha!Kejam tak hyung?

Hyung pergi dulu ye!Barang barang kamu hyung dah kemaskan dan letakkan dalam beg.Hyung tahu kamu akan bangun lewat hari ni!

Bye adikku sayang.Fighting!

Kang Seong Woo.

Bibir Daniel terus tersenyum lebar membaca mesej daripada Seong Woo itu.Dia kuak pintu bilik.Di atas katil kelihatan beg sandangnya bersama baju telah disiapkan.

Daniel tarik zip beg tersebut.Di dalamnya terdapat sarung tangan tinju,ubat luka,kain pembalut,minyak wangi,makanan dan banyak lagi.Semuanya cukup.

"Terima kasih hyung.Terima kasih banyak banyak!"

Berkat sokongan yang diberikan Seong Woo itu,Daniel jadi lebih bersemangat.Hilang semua rasa takut dan gugupnya.

*    *    *    *

Cahaya matahari memancar terik pada wajahnya membuatkan pandangannya berpinar.Seluruh tubuhnya terasa sangat panas.Peluh yang merenik di dahi dilap dengan lengan baju.Dalam keadaan yang tak bertenanga cam tu,Seong Woo masih meneruskan kerja memunggah batu bata ke tingkat atas.

Pagi tadi dia keluar terlalu awal sehingga tak sempat bersarapan.Bukan apa,dia ingat nak siapkan semua kerja kerja secepat mungkin.Bolehlah dia balik awal dan pergi tengok perlawanan gusti tu.Dia nak berikan sokongan pada Daniel.Harap harap Daniel baca stinky note yang dia tinggalkan pada pintu tadi.

BEAUTIFUL-[wannaone]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang