Seawal pukul 8.00 malam lagi mereka sudah berada di depan pusat snoker Gwanjong.Diorang tak kesah kena tunggu 30 minit barulah tempat tersebut beroperasi.Kalau datang lewat,confirm meja meja snoker dah penuh.Tak boleh main snokerlah jawabnya.
"Korang masuk dulu.Aku nak gi bayar sewa meja snoker." ujar Ji Hoon menuju ke kaunter.Member yang lain pula mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Kelihatan beberapa orang pelanggang sedang beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.Masih awal dan nampaknya pelanggang taklah ramai sangat dan sesak.
Bayaran dikira pada meja yang disewa.Sebuah meja snoker telah ditetapkan harga sewanya dan pemain boleh main snoker tanpa had jam,maksudnya boleh main sampai kedai tutup pun takpe.
Sekumpulan lelaki berjaket kulit hitam tetiba muncul di belakang Ji Hoon.Selamba saja mereka menolak Ji Hoon dan memintas barisan Ji Hoon yang berada di hadapan.Kurang ajar gila.
Ji Hoon dah mula panas.Rasa nak je tumbuk muka diorang tu.Nasib baik dia dapat tahan sabar.Kalau dia bertindak kasar macam tu,tak pasal pasal kena halau keluar nanti.Tak ke menangis tak berlagu si Jae Hwan tak dapat main snoker.
* * * *
Tajam matanya menikam ke arah cue ball.Sasarannya pada sebiji bola berwarna kuning yang bernilai dua mata.Bola tersebut berada berhampiran kawasan lubang pocket.Kalau bola tu masuk,confirm Jin Young akan menang dan Ji Sung terpaksa belanja pizza untuknya.
Kayu snooker digenggam erat.Posisi diambil.Jin Young menghela nafas panjang lalu menolak hujung kayu snooker ke arah cue ball.Cue ball bergolek laju ke arah bola berwarna kuning dan menolak bola itu ke satu arah tapi ia tersasar jauh dari lubang pocket.
Jin Young menepuk dahi tanda kesal.Member yang lain mula bersorak padanya.Malu wei kalau dia kalah dengan Ji Sung.
"Hoi,cepatlah Ji Sung.Turn kau pulak!"
Ji Sung memilih bola berwarna merah yang berada di sisi kiri meja snoker.Ketika menuju ke arah tersebut,kayu snoker yang dipegang oleh Ji Sung terlanggar pada bontot seorang lelaki yang sedang duduk menonggeng di sebelahnya.Saper suruh tayang bontot sangat.Ingat bontot anda tu cantik dan seksi ke.Lagipun,Ji Sung bukannya sengaja.
"Mian..." kata Ji Sung menundukkan kepala meminta maaf pada lelaki itu.
"Hoi budak,kau buta ke?" tengking lelaki tersebut,menjeling Ji Sung tajam.Dia melanggar bahu Ji Sung kasar.Pipi Ji Sung ditampar tampar lembut sebelum tangannya diangkat naik ke udara,mahu menumbuk Ji Sung nampaknya.
Member yang lain hanya diam kecuali Ji Hoon.Dia betul betul hilang sabar.Lelaki itu,lelaki yang sama melanggarnya di kaunter tadi.Ji Hoon meluru laju ke arah lelaki tersebut dan menahan tangannya dari memukul Ji Sung.
"Jangan berani kau sentuh kawan aku!"Tangan lelaki tersebut direntap kasar.Ji Hoon menumbuk perut lelaki tersebut sehingga jatuh terlentar di atas lantai.Dia segera menarik tangan Ji Sung mendekatinya.
"Lari!" jerit Ji Hoon pada lima orang membernya yang masih tercegang di situ.Mereka bergegas meluru ke pintu masuk.Geng geng lelaki tersebut yang agak ramai bilangannya mula mengepung mereka arah semua arah.Mereka berada dalam bahaya.Seakan akan tahu apa yang akan berlaku,Ji Hoon terus memukul tiga orang lelaki yang datang menyerang di hadapannya.
Mereka berlari keluar,tergesa gesa menuruni anak tangga.Ji Hoon berhenti sekejap dan memukul lelaki lelaki samseng tersebut bagi menghalang mereka menangkap kawan kawannya.
Mereka berjaya keluar dari pusat snoker tersebut.Ingatkan dah bebas,tapi kumpulan lelaki itu terus mengejar mereka dari belakang.
Ketika sedang berlari,kaki Jaehwan terseliuh.Jaehwan jatuh bergolek di atas tar jalan.Ji Hoon berundur ke belakang,melayangkan tedangan ke arah seorang lelaki yang cuba mendekati Jaehwan.Dia menangkat Jaehwan bangun.Kebetulan,kumpulan lelaki itu sudah berada dekat dengan mereka.Mereka dikepung.Tiada peluang lagi mahu melarikan diri,tambahan pula dengan keadaan kaki Jae Hwan yang cedera.Yang mereka boleh buat ketika itu ialah lawan dan lawan setiap serangan dari kumpulan lelaki samseng itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanfictionFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...