Masih berbaki 3 hari lagi sebelum perlawanan tinju tersebut berlangsung.Sudah banyak latihan yang Daniel dapat dari Tuan Jin dan Ji Hoon.Hari hari dia berlatih,siang malam sampai takde masa untuk berehat.
"Kau sure ke boleh gerakkan tangan kau ni?Nanti kalau patah balik cam mana?" soal Daniel,risau sekiranya Ji Hoon cedera nanti.Dahla,tangan Ji Hoon tu belum pulih sepenuhnya lagi.Bukan dia yang paksa,Ji Hoon yang tergedik gedik mahu buat demo cara tumbuk pihak lawan dengan betul dan pantas.
"Kau tak yah risaulah.Kalau tangan aku cedera lagi,aku gi hospital.Apa susah?" balas Ji Hoon selamba.Daniel hanya meng'em'kan saja.Cakap banyak banyak bukannya Ji Hoon ambik peduli.
Selesai membuka balutan kain yang memangku tangan kanannya,Ji Hoon bangun dan menuju ke tengah gelanggang tinju bersama Daniel.
"Tengok betul betul apa yang aku buat ni.Jangan buat sesuka hati kau je." Ji Hoon mula menggerakkan tubuhnya dan melakukan beberapa aksi menumbuk pihak lawan.Pergerakannya cukup pantas dan sempurna.Walaupun dalam begitu,Ji Hoon masih nampak bertenaga,langsung tak mengadu kesakitan.Ni mesti minum pamoga akak vida.Mujur ada pamoga!
"Time kau nak balas serangan lawan tu,kangkang kaki kau luas luas untuk stabilkan tubuh kau.Kawal pernafasan lepas tu baru tumbuk!"nasihat Ji Hoon.Daniel meniru pergerakkan yang dilakukan Ji Hoon tadi beberapa kali selagi Ji Hoon tidak menyuruhnya berhenti.
* * * *
Mereka beralih pula ke latihan untuk menguatkan stamina.
"Arrgghh!" Daniel menjerit kecil apabila Ji Hoon menghentak objek berbentuk bola itu pada perutnya.Rasa sangat sakit dan senak tapi dia kena bertahan,beginilah setiap petinju akan lalui.Dan memang sudah biasa bagi seorang petinju apabila tubuh terdapat kesan luka dan lebam.
So,Daniel terpaksa biasakan diri dengan semua tu.Memandangkan ni jalan yang dia pilih.
1 jam berlalu,mereka menghentikan training sekejap untuk berehat.Daniel pun dah nampak lemah.Takut pengsan pulak nanti.Ji Hoon jugak yang disalahkan.
"Nah,aku bagi free.Tapi kalau kau nak bayar pun takpe!" Ji Hoon tersengih,menghulurkan botol air mineral pada Daniel.Daniel menyambutnya.Penutup botol dipulas dan dia terus meneguk air mineral sehingga tinggal separuh.Dahaga sangat tu.
"Thanks bro!"ucap Daniel.Dia menumbuk lembut paha Ji Hoon.Nasib baiklah ada Ji Hoon yang boleh bimbingnya.
" sama sama.Amacam latihan tadi?Dah putus asa ke?Tu baru training,belum perlawanan yang real lagi."Ji Hoon menyakat,sengaja mahu menguji Daniel.Daniel cepat cepat menggelengkan kepalanya tanda semangatnya masih kental.Anak jantan thow.Malulah woi kalau cepat give up.
"Takan.Aku takan give up.."
"Bagus.Aku salute ahh dengan kau.Kau cepat faham dan pick up apa yang aku ajar.Btw,hyung kau tahu tak yang kau nak masuk perlawanan tu?"
Pertanyaan Ji Hoon itu membuatkan Daniel jadi bisu.Seong Woo.Apa rection Seong Woo nanti bila dia tahu tentang hal ni dan sudah tentu Seong Woo tak setuju.
"Aku tak beranilah nak bagitahu dia.Kau tahulah kan hyung aku tu macam mana?" Suara Daniel bernada sedikit kesal.Takut sekiranya keputusan yang dia buat ini akan dibantah keras oleh Seong Woo.
* * * *
"Yahh,pukul betul betullah.Jangan jadi lembik macam ni.Bersemangatlah sikit!" tengking Tuan Jin,melayangkan satu tumbukkan padu ke arah Daniel.Nasib baik Daniel sempat mengelak.Training dengan Tuan Jin macam ni lah gamaknya.Banyak kena maki hamu daripada latihan.Sabor jelah.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanficFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...