Daniel memecut laju superbikenya.Nasib baik jalan tak jammed sangat.Dari cermin pandang belakang motornya,Daniel melihat Ji Hoon sedang memegang tangan kirinya yang cedera.Tepi bibirnya pecah dan luka.Dia menyandarkan kepala pada belakang Daniel.Dia nampak betul betul lemah.
"Kau bertahan ok.Sikit lagi kita nak sampai kat hospital." kata Daniel.Dia takut kalau Ji Hoon pengsan.Gear motor dipertingkatkan dan motornya terus memecut laju.
10 minit kemudian,mereka sampai di hospital Kanghan.Daniel terus memapah Ji Hoon masuk ke dalam hospital.
* * * *
Semalaman Seong Woo ditahan di dalam longkap,menjadi banduan buat pertama kalinya.Biarlah dia sorang saja yang tanggung semua ni,jangan Daniel dan kawan kawannya.
Seong Woo mengesat pipinya yang dibasahi air mata.Ya,dia menangis kerana ketakutan.Takut sekiranya pihak polis akan jatuhkan hukuman penjara padanya kerana telah membunuh.Tapi,bukan dia yang bunuh lelaki tu.
Apa yang harus dia buat.Terus berbohong atau memberitahu perkara sebenar.
Di sebelah Seong Woo,beberapa orang banduan sedang nyenyak tidur.Mereka nampak tenang saja,seakan akan bila mereka bangun mereka semua masalah mereka hilang.Bagi Seong Woo tak.Apa apa masalah yang dia hadapi pasti akan membuatnya tak senang duduk,tak dapat tidur lena.
* * * *
Selepas 15 minit menunggu di luar bilik rawatan itu bersama sama dengan Dae Hwi dan Guan Lin,Ji Hoon keluar bersama sama dengan seorang doktor yang merawatnya.Mereka bertiga terus pergi mendapatkan Ji Hoon.
"Macam mana dengan keadaan kawan saya?" soal Daniel memapah tubuh Ji Hoon dengan bantuan Guan Lin.
"Dia ok.Cuma tangannya patah.Kaki kanannya pula terseliuh.Nanti pergi ambil ubat luka dan ubat sapu ambik kat kaunter."balas doktor itu dan berlalu pergi meninggalkan mereka.
Daniel dan Guan Lin membawa Ji Hoon ke kerusi.Mereka berempat duduk berbincang di situ.Daniel mahukan penjelasan daripada Ji Hoon mengenai kejadian semalam.
" Boleh tak kau explain kenapa korang bergaduh dengan geng samseng tu?"soal Daniel dengan suara yang naik seoktaf.
"Diorang yang mulakan dulu.Salah sorang samseng tu cuba pukul Ji Sung sebab Ji Sung terlanggar dia.Aku pukullah dia balik.Aku cuma nak lindungi kawan aku je.Tapi tak sangka boleh menyebabkan pergaduhan besar macam ni."terang Ji Hoon bersungguh sungguh.
"Nasib baik lelaki tu hidup lagi.Cuma cedera teruk." tambah Dae Hwi.Kes tersebut dah masuk newspaper dan menjadi berita hangat.
"Apa dah jadi pada Seong Woo?Daniel,mana hyung kau?"Ji Hoon menyoal lagi.Kalau bukan disebabkan Seong Woo,rasanya sekarang dia sedang meringkup di dalam longkap.
" Dia kat balai.Polis tahan dia buat sementara waktu.Oklah,aku nak pergi balai polis.Nak settlekan masalah Seong Woo pulak.Nanti Guan Lin dan Dae Hwi hantar kau kat gym.Tuan Jin cakap dia nak jumpa kau sekarang!"Belum sempat Ji Hoon berkata apa apa,Daniel bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari hospital.
Ji Hoon mula diserba rasa bersalah pada Daniel dan Seong Woo.
* * * *

ANDA SEDANG MEMBACA
BEAUTIFUL-[wannaone]
FanfictionFf ini ditulis berdasarkan video beautiful movie version.90% jalan cerita diambil daripada video berkenaan.Beberapa babak ditambah berdasarkan idea sendiri. Kang Daniel dan Kang Seong Woo,dua orang adik beradik yang sangat rapat.Namun siapa sangka s...