"Kau ni memang suka menyusahkan aku dari kecik kan? Ada suami tak nak suruh suami hantarkan. Nak juga suruh aku datang ambil." Yoongi membebel apabila adiknya telah masuk ke dalam kereta.
"Kau ni tak kesian dekat aku ke? Kaki aku ni dahlah tengah sakit." kata Yoonjae kemudian melihat kakinya yang masih berbalut.
"Dah tahu sakit gatal nak keluar kenapa? Tak reti nak duduk rumah rehat ke? Lepas tu sekarang menyusahkan aku." kata Yoongi lagi.
"Ish, biarlah aku nak pergi mana pun. Lagipun aku rindu dekat ibu. Salah ke?" Yoonjae menjeling abangnya.
"Tak salah pun. Ni kau macam mana boleh jatuh ni?" Yoongi mula memandu keretanya.
"Tak tahulah. Aku nak turun tangga lepas tu terjatuh. Kaki aku tersilap langkah kot." kata Yoonjae.
"Hati-hatilah lain kali. Ini kalau ibu tahu, habislah kau kena bebel."
"Hmm aku tahu."
—————
"What the– Banyaknya biskut. Kau nak jual ke apa biskut-biskut ni, bang?" Yoonjae terkejut apabila dia masuk ke dalam rumah, dia melihat banyak balang biskut yang tersusun cantik di atas meja ruang tamu.
"Taklah." jawab Yoongi sepatah kemudian dia terus duduk di atas sofa. Kunci keretanya diletakkan atas meja.
"Habis tu? Ni semua biskut yang mak mertua aku buat kan? Kenapa kau beli banyak-banyak?" Yoonjae duduk di sebelah abangnya.
"Aku nak bagi dekat rumah anak-anak yatim. Saja nak buat baik sikit."
"Serius?" Yoonjae sedikit tidak percaya.
Yoongi hanya mengangguk.
"Aku tak tahu pulak kau ada hati yang sebaik ini. Sejuk hati aku ada abang macam kau." Yoonjae hanya sengih.
"Aku memang baik. Kau je pandang aku macam orang jahat. Kejap lagi kau nak ikut aku tak hantar biskut-biskut ni?"
"Nak! Nak!" Yoonjae menjerit teruja. "Tapi sekarang ni ibu mana? Sunyi je rumah." Yoonjae memandang sekeliling rumahnya. Memang sedikit sunyi.
"Ibu dengan ayah keluar. Tak tahulah ke mana. Dengar tadi macam pergi rumah kawan ayah."
"Oh. Dah lama ke dorang pergi?"
"Dari pagi tadi. Petang sikit nanti baliklah tu."
—————
"Terima kasih." Jungkook mengangguk kemudian senyum kepada gadis yang menjaga kaunter. Kakinya mula beredar keluar dari kedai pau tersebut.
Plastik yang berisi pau di tangannya itu dipandang sebelum dia berjalan masuk ke dalam keretanya. Sekali sekala belikan makanan untuk isteri tercinta.
"Cepatnya dah pukul 8.." kata Jungkook sendirian sambil melihat telefon di tangannya. Dia mahu menelefon Yoonjae.
Telefon pintarnya diletakkan di telinga setelah dia mendail nombor Yoonjae. Beberapa saat dia menunggu, Yoonjae tak jawab panggilannya. Dia cuba telefon lagi dan Yoonjae masih tak menjawab.
"Mana pulak dia ni pergi..?" Jungkook letakkan telefonnya ke tepi dan hidupkan enjin kereta. Dia mula memandu untuk ke rumah mertuanya.
Nak ambik isteri balik.
—————
"Hodohnya rupa penguin kau, adik." Yoongi ketawa kuat melihat bentuk penguin yang adiknya buat menggunakan tanah liat.
"Berani kau cakap penguin aku hodoh?" Yoonjae tak puas hati melihat abangnya yang seronok ketawakan dia.
"Dah memang hodoh nak buat macam mana?" Yoongi ketawa lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTS
Fiksi PenggemarKahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..
